Bukan senang kita nak menerima teguran orang lain.Walhah dia itu adalah famili terdekat kita mahupun sahabat rapat kita.Fenomena dan situasi yang makin mencabar (juga mendesak keadaan) sekarang menyaksikan ramai sahabat dan sahibab kecundang di dalam kancah "hubungan bermakna".Saya sendiri pun tidak laa terlalu faham mengenai urusan ini, tetapi apabila membaca artikel ini, banyak benda yang difikirkan.Serasa ingin kembali menjadi budak2 semula.Kadang2 saya tewas dengan perasaan sendiri.Kadang2 tiada apa yang mahu difikirkan..
Mari kita fikir bersama
Kami tidak berzina!
Maaf saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.
Kami hanya berbual-bual, berbincang..bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat pesanan Rasulullah: Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Tabrani). Kita lemah menghadapi tipu daya iblis.
Tidak semestinya semua orang bercinta menjerumus kepada penzinaan.
Betul. Tapi itu adalah sesuatu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu akan membawa kepada penzinaan akhirnya?
Takkan nak berbual-bual pung tak boleh? Itu pun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya.
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja. (Bagi kes belajar berdua-duaan sahaja)
Berdiskusi pelajaran? Betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagilah. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah.Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis oleh malaikat rakib dan atid.
Sungguh! Berbincang pelajaran sahaja! Ni study group. (Bagi kes berdua-duaan sahaja)
Study group?? Nampak lain macam saja.Manja, senyum memanjang, tak macam
Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran!
Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah fitrah manusia.
Kami berdua sama-sama belajar.Study group.Saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang yang cemerlang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.
Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri bercinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud dalam diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak menyuruh membunuh naluri seperti yang dilakukan paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong ada diri sendiri. Bukan salah atau berdosa jika perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu dan patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.
Sambungan Versi 2 insyA akan menyusul...
0 komen sahaja:
Post a Comment