Saturday, October 10, 2009

DIALOG CINTA VERSI 2.(Tak Baca Rugi Anda)

Sambungan DIALOG CINTA Versi 2.
(Jangan menunding jari pada orang lain.Tolong cermin diri sendiri dahulu).

Termasuk diri saya sendiri.TQ


Tentu ada cinta secara islam.

Cinta secara islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab Kabul, cinta selepas kahwin.Itulah cinta suci dan kudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan islam. Apabila islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut dari dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.(ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri penzinaan?

Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu, tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang hingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin. Baru semalam, bukankah mereka sudah hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang bercinta telah sampai ke daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang bercinta tetapi tetap selamat tidak berzina. Kami tahan diuji!

Allah yang menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia tidak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok khuldi itu. Firman Allah : Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok khuldi. (Jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim.(al-Araf:19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan adalah dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas berkahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum membuat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan semasa bercinta? Bercinta penuh lakonan dan kepura-puraan. Masing-masing berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, pemurah, penyabar dan pelbagai lagi. Masa bercinta, merajuk ada yang pujuk. Jangan harap selepas kahwin, bila merajuk akan ada orang yang pujuk. Banyak orang tertipu dan kecewa dengan keperibadian orang semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang penyayang, penyabar…sanggup tunggu pasangan berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit dah kena tengking. Jadi perwatakan semasa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan hanyakepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat kebahagiaan, jika jalan mendapatkan kebahagiaan tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumahtangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga bahagia jika langkah mula sudah canggung, bagaimanakah kesudahannya?

Tanya sikit..adik angkat, abang angkat, kakak angkat, boleh ke?? Ganti bercinta

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya tetap sama. Adik angkat, abang angkat, kakak angkat, adalah satu bentuk tipu daya syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa dikorbankan. Namakan apa saja sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semua adalah sama. Jalan akhirnya tetap akan bertemu zina.

Jadi seolah-olah orang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpah kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu, ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah Taala.

Sambungan untuk Versi 3 akan coming soon..InsyA

0 komen sahaja:

Post a Comment