Monday, November 22, 2010
hati harus tenang, ok :0
alhamdu lillahi rabbil a'lamin
saya terasa rajin ingin menaip di sini. padahal tidak tahu sebenarnya mahu menulis mengenai apa pada waktu petang begini. sedang mencari sedikit ilham sesudah usai menjalani peperiksaan akhir semester sebentar tadi. kertas pertama peperiksaan saya, iaitu subjek perlombongan data (data mining). lega sedikit sebab this is a very tough subject for this sem!
haha. tidak tahu la apa yang saya jawab tadi. ada yang konfius, ada yang konfiden. apa pun - segala puji bagi Allah s.w.t . saya berserah sahaja bagaimana keputusannya nanti, insyAllah moga DIA akan menjanjikan yang terbaik untuk semua.
(imbas kembali beberapa minggu sebelum hari ini...)
sekejap sahaja cuti tiga minggu di rumah dihabiskan begitu sahaja. nah, sekarang sudah kembali lagi ke kampus ini. bagi saya lah, seronok sungguh bila kembali menjadi seorang pelajar. sebab apa? kalau di rumah, simptom malas belajar biasanya menguasai segala-gala. saya lebih suka melayan kerenah adik kecik saya daripada menghadap buku-buku nota. hehe. biarlah semua nota-nota subjek saya angkut bawa balik ke rumah juga. kononnya mahu stadi di rumah, tapi hasilnya - kosooonggg! ish2 memang amat malas jadinya
saya memang tidak akan stadi kalau stay di rumah lama-lama. better saya stay every day cuti minggu stadi yang ada di hostel saja. sambil bertemankan laptop, pegang buku dan stadi, juga asyik dengar mp3. masuk la juga ilmu sikit-sikit op. hehe.
tetapi hati saya lebih betah untuk pulang ke rumah juga. rindu nak mandikan amrina, nak tukar pampers dia (saya seorang saja yang rela buat ini, hikhik), buat susu amrina, bawa dia jalan-jalan pusing taman chukai indah dan semuanya la. yang ini memang saya suka.
love it, ummuahh :0
saya terpilih lagi lorr. dengan rasmi saya dan beberapa rakan kelas saya dikerah mengikuti kursus kebolehpasaran graduan di hulu terengganu. yang ini i didn't love it. hukhuk sedih. beberapa hari cuti semester saya harus dikorbankan begitu sahaja. mintalah masa hari kejadian, tidak ada hujan terlalu lebat. takmau lah banjir di sana nanti op.
moralnya - "hadapilah semua ini dengan tenang dan redha selepas berusaha sebaik mungkin."
mulai harimu dengan bismillah. moga diberkati perjalanan hidupmu sehari-hari, ok :D
Thursday, November 18, 2010
pengorbanan
saya baru tergerak hati ingin wish "selamat hari raya aidiladha" pada kali ini. so, kepada semua umat Islam yang meraikan hari raya aidiladha - selamat berkorban, selamat berkorban, dan selamat berkorban :D
sudah dua hari berlalu, raya tetap diraikan bersederhana. lembu dan kerbau tetap ditumbangkan seekor demi seekor. semangat masing-masing untuk menghabiskan daging korban yang ada di rumah tetap diteruskan * jugaaaaaaaa hingga ke cebisan yang terakhir. hikhik terpaksalah kan, kalau tidak membazir aje
raya tetap raya. tetapi raya aidiladha ini situasinya amat berbeza tau. tidak sama dengan raya aidilfitri. kalau tengok ejaannya pun memang dah lain sangat-sangat op. hehe
aidiladha : lagu raya
"Pulanglah berhari raya...begitulah harapan ayahanda"
haa'ah. saya sudah lupa lirik seterusnya. saya memang tidak pernah hafal semua lirik-lirik lagu gini. kalau lagu nasyid, konfim saya excited lebih sikit. hehe. ini lagu aidilfitri. semua orang pun dah pernah dengar lagu ini. tetapi saya tertanya-tanya juga, lagu aidiladha takda ke? teringin juga nak dengar lagu versi hari raya korban. mesti bertambah meriah suasananya, op :|
aidiladha : pengorbanan
soal lagu tidak penting mana pun. soal pengorbanan yang harus kita fikirkan sambil buat amal apa yang sepatutnya. kebiasaannya, apabila setiap kali on time 10 dan 11 zulhijjah, nilai erti pengorbanan di kalangan umat islam itu yang harus kita amik cakna sebenarnya. bukan senang untuk kita melakukan pengorbanan. asal sahaja niat pertama kita dah setting mahu buat baik, tiba-tiba datang si polan itu suruh kita buat jahat sikit jeh. adushh hati kita pun dah mula berbolak-balik jadinya. masyAllah - begitu banyak godaan nafsu dan mainan akal yang berada di sekeliling kita ini. itu sebab umat Islam harus kuat untuk melakukan satu pengorbanan. tidak kiralah pengorbanan berbentuk material, persahabatan, keluarga dsb.
aidiladha : daging
ooh, bila dapat makan daging, mahu lupa habis segala penyakit darah tinggi yang dihadapi kan. yang terlantar boleh bangun tegak disebabkan terliur akan daging yang gebu-gebu gitu. hehe mengarut loor. biasanya seekor lembu atau kerbau yang dijadikan korban akan dibahagikan kepada 7 bahagian. bila dah dapat bahagian daging masing-masing, semua pakat berebut nak sedekahkan kepada si A, si B, si C, si D sampai lah si Z.
kemudian ada pula jiran kita bagi lagi daging pada kita. alhamdulillah rezeki daging korban biasanya berlebihan sokmooo. sampai kan mak kita pun dah pening nak masak lauk apa lagi ek - masak singgang sudah, goreng pun sudah, buat gulai, rendang, tumis pun puas sudah. akhirnya masuk tong sampah juga kadang-kadang op. ishh2 janganlah sampai ada pembaziran sebegitu rupa.
itulah ia - "pengorbanan tidak pernah akan habis". so, renungkan dan selamat beramal _(',')_
Tuesday, November 16, 2010
haramkah aku.
Haram Haramkah Aku
Bila Hati Dah Jadi Cinta
Tuhan Pertemu Hatiku
Biar Aku Tak Jadi Melanggar
Aku Cinta Pada Dirinya
Cinta Pada Pandang Pertama
Sifat Manusia Yang Ada Padaku
Aku Bukan Tuhan
Haram Haramkah Aku
Bila Aku Terus Menantinya
Biar Waktu Berakhir
Bumi Dan Langit Berantakan
Aku Tetap Ingin Dirimu
Tak Mungkin Aku Berdusta
Hanya Tuhan Yang Bisa Jadikan
Yang Tak Mungkin Menjadi Mungkin
Aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal
Di Mata Dunia Juga Akhirat
Biar Aku Sepi Aku Tapi Aku Masih
Tuhan Sayang Aku
Aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal
Dengan Dia Tentu Atasi Zina
Ketika Cinta Bertasbih
Tuhan Beri Aku Cinta
Ku Menanti Cinta...
Haram Haramkah Aku
Bila Aku Terus Menantinya
Biar Waktu Berakhir
Bumi Dan Langit Berantakan
Aku Tetap Ingin Dirimu
Tak Mungkin Aku Berdusta
Hanya Tuhan Yang Bisa Jadikan
Yang Tak Mungkin Menjadi Mungkin
Aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal
Di Mata Dunia Juga Akhirat
Biar Aku Sepi Tapi Aku Masih
Tuhan Sayang Aku
Aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal
Dengan Dia Tentu Atasi Zina
Ketika Cinta Bertasbih
Tuhan Beri Aku Cinta
Ku Menanti Cinta...
Menghayati Hari Raya Korban :D
| MENGHAYATI HARI RAYA KORBAN oleh Ustaz Syed Hasan Alatas 'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh umat Islam untuk membantu mereka yang susah. Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh umat Islam, IsyaAllah akan wujud ketenangan dan kedamaian dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan di antara yang kaya dengan yang miskin, di antara yang kuat dengan yang lemah, di antara penguasa dengan rakyat biasa. Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang di dalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertolongan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga serta tidak hanya bergantung kepada pemberian orang. Rasullah S.A.W.telah mengingatkan bahawa : "Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah". Oleh kerana itu perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha, seperti mengolah (mengerjakan) tanah yang terbiar, menanam berbagai tanaman, memelihara haiwan ternakan, memelihara ikan dan sebagainya, InsyaAllah di satu masa taraf kehidupan kita akan berubah kepada yang lebih baik. Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakannya sekali seumur hidup. Allah S.W.T berfirman yang maksudnya : "Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, kerana rezeki yang Allah S.W.T telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternakan. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan kepada orang yang sengsara dan fakir." (Surah Al-Hajj : 27-28) Sungguh besar manfaat yang akan diperolehi mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, di antaranya, InsyaAllah akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cubaan. Dapat melihat sendiri tempat tempat sejarah Nabi Ibrahim A.S dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulallah S.A.W dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia ke jalan yang benar jalan yang diredhai Allah S.W.T yang terkandung dalam Islam. Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada pelbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak. Pelbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi pelbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeza dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup. Kita berdoa kepada Allah S.W.T. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah S.W.T semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan dari segala mala petaka mungkin karena dosa-dosa yang pernah kita lakukan sengaja ataupun tidak sengaja. Amin ya Rabbal Alamin! |
Monday, November 15, 2010
note 25 random things.
i've been tagged again! excited lorr mahu jawab ini soalan-soalan cepu emas.

walaupun saya kurang frendship dengan dia, saya hargailah juga dia as one of my classmate. (biarlah dia nak kata apa pun pada saya nanti. saya terima semuanya ek).
arahan-arahan nya senang sahaja :
“once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random, things, facts or goal about you. at the end, choose 25 people to be tagged. you have to tagged the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you.”
jom semak siapa saya sebenarnya, ok -
1. saya suka nama saya, sebab nama saya cantik. hehe perasan
2. nama penuh saya - `Aishah Zunairah Binti Abdullah
3. 02 hb november adalah tarikh lahir saya
4. saya anak dara negeri terengganu darul iman
5. kampung saya di jambu bongkok dan teluk kalong
6. saya tinggal di taman chukai indah
7. sekolah saya ada lima buah (tiga rendah dan dua menengah)
8. saya pelajar lompat dari darjah tiga ke darjah lima
9. saya pernah sekelas dengan abang saya semasa darjah lima
10. upsr saya dapat 5A. ngeh-ngeh :P
11. pmr saya dapat 5A jeh. hukhuk :(
12. spm tidak payah cakap lah op. kisah lama :D
13. saya mudah terasa dan juga sensitif. so, jangan berkasar dengan saya
14. kawan-kawan di kampus mostly kata saya memang cepat bersiap (dressing to class) dan suka jalan laju. hehe
15. saya agak mudah percaya pada cakap orang kadang-kadang
16. room-mate saya cakap saya suka bolot. haha mengarut la
17. saya suka sengih senyum. kalau saya bad mood jeh, saya akan senyap terus
18. saya tidak suka dipuji dan tidak suka dikritik
19. saya sayang pada semua kawan-kawan, sahabat2, keluarga saya juga
20. ubat saya adalah minuman 100 plus sahaja
21. saya tidak pandai makan ubat pil langsung dan tidak pernah makan panadol jika tidak sihat
22. i am quite less confident in front of the audiences. sokmo berdebar loor
23. i am currently single and available. (jangan ganggu privasi saya)
24. saya mahu kahwin as soon as possible! hehe galok
25. saya dambakan seorang pasangan yang akan sentiasa sayang saya di dalam keimanan kepada-Nya selalu.
sekian. the end -
