Thursday, November 11, 2010

exam dekat dah :D


Keputusan UPSR 2010 telah diumumkan pada hari ini. saya pun ada seorang adik. adik lelaki bongsu dalam famili besar saya. namanya aimin. dia pun salah seorang calon UPSR 2010. saya kata pada dia - "kakak bangga dengan aimin. bagus dah
result awak tue, ok".

so, alhamdulillah banyak-banyak la - ini hasil usaha dia sendiri. walaupun selalu kena sound dengan abah sebab suka main-main and tak mahu study. oh, lupa nak tanya semalam, aimin nak hadiah apa ye? rasanya banyak dah kakak belanja aimin macam-macam, op

(padahal saya memang dah tahu dia takkan baca blog saya ini. rela dia buka website bola 24jam daripada menghadap tulisan kakak dia yang perasan ini op.) haha :D

dia sudah selesai dengan peperiksaan besarnya. lega lah sikit op. saya pula yang semakin takut menghadapi final exam saya untuk semester ini. dekat dah tarikhnya, tidak sampai 2minggu dari sekarang. ohh. berdebar sangat-sangat. "Ya Tuhan - tolongi aku. Rahmati aku. Lindungi aku jua.."


Kalau nak diikutkan perasaan takut tiap kali tiba time exam, memang wajib ada dalam diri setiap pelajar. Tidak kiralah kursus apa pun yang mereka ambil. Tidak terkecuali saya juga - nama sahaja pelajar Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian), tetapi saya amatlah tidak terror langsung dalam komputer. Banyak sangat-sangat ilmu berkaitan bidang ini yang saya memang tidak tahu. Orang cakap "failed terus laa op". hehe

Kesimpulan dia - Jagalah hati. jangan kau kotori. Jagalah hati. Cahaya Illahi! Dengan ini, senang lah ilmu itu akan diterima oleh kita.


Ok. stop di sini. I've got to go first. Saya mahu berjalan kaki ke kedai. Teringin makan popia crab stick la. Nak masak sendiri nanti.

Sekian, ma'assalamah. Senyum-senyum selalu yeeh :P

Wednesday, November 10, 2010

Dunia adalah ladang akhirat.


Assalamualaikum W.B.T pembuka bicara yang mulia.

Sebelum baca celoteh saya ini, cuba exercise kan sedikit mulut anda, ikhlaskan hati dan kira bilangan 1..2..3 senyummm la, ok, haha :D

"Dunia Adalah Ladang Akhirat"

- Jadi isilah ia dengan amal kita yang sebaiknya di sisi-NYA, insyAllah -

Kita mulakan tugas dan kerja kita pada hari ini dengan lafaz
Bismillahirrahmanirrahim. Juga tidak dilupa kalimah yang mulia Alhamdulillah. Syukur kerana kita masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan seharian kita seperti biasa.

"Peluang yang ada jangan disia2kan begitu sahaja, ok. Jika dihitung selama mana kita bernafas di bumi pinjaman Allah S.W.T ini, setiap saat dan waktu, pasti ada sahaja peluang yang DIA telah bagi pada kita. Mungkin kita kadang-kala kurang cerdik untuk menggunakan peluang yang ada, kan :D"

Oh. Maaf pertamanya. Saya tidak tujukan ayat ini kepada sesiapa. Termasuklah saya juga, banyak sangat benda yang saya selalu gagal untuk mendapatkannya. Tidak kira lah di dalam pelajaran, hubungan dengan-NYA, hubungan sesama manusia, kasih sayang, persahabatan dan sebagainya. Bila sahaja kita kecewa, terus kita marah-marah pada Pencipta-NYA.

MasyaAllah, mana boleh kita bertindak begitu. Kerana sejak dari awal lagi, Tuhan telah menetapkan setiap tindakan kita dengan tatacara dan peraturannya yang tersendiri dan mengikut syariat yang ada di dalam kitab suci Al-Quran. Yang kita menafikannya, kenapa op?

P/s : Jadi - beringatlah selalu. Saya kena hati-hati sokmo la nampaknya, kan. hehe :0

Monday, November 8, 2010

apabila kata hati mula bersuara :D


1. Apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang
menangis di dalam hatinya.

2. Apabila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar mencari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati apabila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Apabila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat cadburry. hehe. (wah. hebatnya cinta op!)

6. Wanita memang sukakan pujian
tetapi selalunya wanita tidak tahu macam mana ingin menerima pujian :0

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu apabila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu menolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan bahawa mereka ini langsung tak berguna. Tidak patut jika lelaki bersikap begini terhadap wanita.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Apabila pertama kali lelaki yang dicintainya di dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan yee.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu mengajaknya keluar, tinggalkan dia kerana dia memang tidak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri, ok!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tidak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. ahaks~

20. Apabila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya :)

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya sahaja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. haha :D

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati. MasyaAllah, begitu berharganya cinta jika diredhai oleh Allah S.W.T kan

27. Senjata wanita adalah airmata! jadi beringat2lah seadanya :0

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu lagi terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. Tetapi syariat agama harus diutamakan juga yee :)

30. Sebenarnya amat mudah untuk mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa :D

Friday, November 5, 2010

tarikh 02 hb november amat best!


Alhamdulillah.

Tarikh kesyukuran 02 hb november sudah melepasi waktunya. tahun ini tahun 2010 menyaksikan tarikh ini alhamdulillah telah membawa berkali ganda tuah dan barakahnya pada saya. syukur-syukur selalu dan harap saya semakin bertambah syukur selepas ini juga :)

disebabkan rasa syukur yang tak terhingga ini, saya dengan perasaan suka dan gembira telah beli kek bestday ini dan bagi famili saya makan. staff-staff pejabat abah saya pun saya bagi juga diorang rasa kek ini. (padahal takda orang yang nak makan kek ini di rumah. unfinished!).


pertama - diriku sudah semakin meningkat dewasa. haha. dewasa sangat lah bunyinya op. padahal macam remaja ribena pun ada lagi sedikit sifatnya. remaja dalam dewasa. ok juga kan. Selamat Hari Ulangtahun ke-23, cik ecah cayang :) i like this statement very well.

terima kasih jutaan saya ucapkan pada semua yang merasakan dirinya telah wish me bestday, wish me in good luck sokmo, wish me in good health and etc laa. tidak kira la di dalam buku muka atau melalui sms ataupun face to face ataupun calling.

~ sayang sayang kamooo tau. huhu :)

saya akan hargai semua ini. insyAllah hanya Tuhan sahaja yang akan membalas setiap kebaikan dan doa daripada hamba-hamba-Nya yang sentiasa tahu bersyukur, ok

pada kali ini juga saya mengharapkan kebaikan semuanya.

* Semoga saya sihat selalu
* Semoga saya bertambah amal kepada-Nya
* Semoga saya bertambah ketaatan kepada-Nya
* Semoga Kau limpahkan rahmat ke atas kaum keluargaku dan semua sahabatku jua
* Semoga dan semoga bla. bla. bla and bla....undefined!
* Semoga saya akan bertemu seseorang yang akan sayang saya dalam keimanan selalu.


kedua - alhamdulillah lagi. sebab saya telah mendapat hadiah special di dalam pertandingan blog perlancongan terengganu 2010. hadiah hari jadi saya yang paling bermakna tahun ini. dapat la jumpa dengan dato' ahmad bin said lagi. sudah banyak kali bertemu sama beliau. sudah faham benar beliau ini. hehe. malu sih dengan beliau


tahniah juga untuk *cik hanania dan kak kimah juga. best kan di sana, hehe

Monday, November 1, 2010

hikayat cinta


Dalam mencari sebuah hikayat cinta
Hati yang tulus murni amat sukar ditemui
Sukar mencari jiwa yang menerima seadanya
Cinta manusia hanyalah pinjaman di duniawi
Cinta Illahi jualah yang kekal selamanya
Hanya insan terpilih akan memiliki
Cinta sejati di uhkrawi.

Hadirkanlah dalam cerita hidupku
Seorang insan bernama teman
Yang sentiasa berada di dalam doaku
Bersama diriku menempuh onak perjuangan
Rela sehidup semati
Dalam pimpinan agama-Mu
Agar dapat merasakan kemanisan iman…

Temukanlah aku dengan cinta
yang mencintai-Mu
Cintakanlah hatiku dengan cinta
Yang merindui syahid fisabilillah
Bukan cinta yang berlandaskan hawa nafsu
Kerana syaitan akan menjadi pemisah
Antara cinta hakiki dan cinta palsu
Yang hanya menyebabkan
Hati terbelah dan berpecah.

Berilah hatiku kekuatan dan ketabahan
Dalam mencari cinta seorang insan
Bersenjatakan kekebalan iman
Berperisaikan doa dan kesabaran
Dalam menghadapi dunia
Yang penuh kepura-puraan
Menjadi sebuah permainan hidup
Yang mensia-siakan.

Satukanlah hatiku ini
Dengan sekeping hati murni
Yang membawa aku ke arah
Jalan kebenaran Illahi
Yang bisa menjadi bukti lafaz cinta suci
Pada pandangan ALLAHU-RABBI
Agar berkekalan hingga ke syurga abadi
Dan berbahagia di taman indah firdausi.

Bisakah dicari dalam dunia yang fana’ ini
Seorang teman hidup idaman hati
Yang memiliki keteguhan iman yang tinggi
Dan mempunyai hati yang tulus suci
Serta kaya dengan budi pekerti
Dan akhlak terpuji
Dalam menghulurkan cinta sejati.

Semoga cinta yang sejati akan ku temui
Semoga hari itu akan menjadi saksi
Pertemuan dua hati murni
Di hadapan Illahi
Di depan pintu gerbang
Syurga hakiki dan abadi!