Wednesday, January 20, 2010

Menyentuh Mengenai Aurat Kita2.

Chah bukan seorang yang terlalu arif dalam agama. Soal halal haram. Soal lelaki dan perempuan. Dan semuanya lahh...Tapi apa yang saya tahu, saya akan praktikkan seharian. Cuma apa yang ingin ditegaskan mengenai aurat kita. Khusus untuk wanita muslim...Sedikit pengetahuan yang ingin dikongsi

Soal menutup aurat adalah wajib di sisi islam, namun ramai yg telah tersalah anggap dan mengatakan memakai tudung atau baju labuh adalah sesuatu yg merimaskan dan tidak kelihatan sofistikated. Anggapan ini tidak seharusnya berlaku. Islam telah menggariskan satu penyelesaian yg mudah utk penganutnya utk melaksanakan tuntutan seperti yg disyariatkan.

10 perkara berikut mungkin dapat memberi gambaran yg lebih jelas dan membantu kita memahami amalan menutup aurat di sisi islam.

1. Pendapat menyatakan kewajipan menutup aurat khusus kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan nabi. Oleh itu, wanita biasa dan selain golongan itu tidak wajib menutup aurat.

2. Pendapat yg lebih keras menyatakan wanita dikehendaki menutup seluruh badan termasuk muka, dua tangan dan kaki, kecuali mata sebelah kiri sebagai kemudahannya bergerak. Kerana itu mereka diwajibkan memakai jilbab dan nikab yg menutup muka...

3. Bagaimanapun majoriti ulama mengambil jalan tengah yg bersifat sederhana iaitu wanita wajib menutup seluruh anggota kecuali muka, dua tapak tangan dan dua tapak kaki. Kelonggaran ini diberikan berikutan tuntutan keadaan utk memudahkan pergerakan wanita terutamanya yg bekerja dan belajar.

4. Wanita bekerjaya tidak boleh menjadikan kerjaya mereka sebagai alasan utk tidak menutup aurat. Tiada bukti atau tanda yg menunjukkan pakaian menutup aurat mengurangkan tahap kecemerlangan wanita dalam kerjaya.

5. Menurut tafsir Ibnu Abbas, muka dan dua tapak tangan (perhiasan zahir) dikecualikan daripada anggota yg wajib ditutup. Perhiasan batin iaitu telinga, leher, dada, rambut, dua lengan dan betis harus dibuka ketika di rumah atau semasa berada dalam lingkungan keluarga terdekat seperti ibu bapa, adik beradik atau ibu bapa mertua.

6. Bahagian yg lebih sulit tidak boleh dibuka sama sekali walaupun di hadapan keluarga rapat atau sesama wanita sama ada muslim atau bukan muslim. Hanya suami yg dibenarkan sahaja...Jadi, Pakai baju biar sempurna serba serbi

7. Ulama berbeza pendapat dalam menentukan sama ada tapak kaki wanita adalah sebahagian daripada aurat yg wajib ditutup atau bukan aurat. Sesetengah mazhab menyatakan tapak kaki tidak wajib ditutup dan ia boleh dibuka untuk keselesaan berjalan...Penyelesaiannya pakai sarung kaki

8. Perintah menutup aurat bagi wanita bukanlah kerana islam meragui iman kaum lelaki. Sebaliknya ia langkah pencegahan sebelum berlaku sesuatu kejadian buruk...

9. Aurat wanita sesama wanita adalah seluruh tubuh kecuali antara pusat dengan lutut. Kawasan yg haram dilihat, adalah haram didedahkan walaupun ia tidak menimbulkan fitnah.

10. Batas aurat lelaki seperti yg disepakati ulama adalah bahagian hadapan dan belakang serta wajib ditutup. Sesetengah ulama berpendapat paha adalah aurat yg wajib ditutup lelaki, sekali gus bermakna aurat lelaki adalah antara pusat hingga lutut. Bagaimanapun kebanyakan ulama mengambil jalan tengah dengan menyatakan aurat lelaki terbahagi dua iaitu mughallazah (keras) yg merujuk hadapan dan belakang, serta mukaffafah (ringan) iaitu paha...aiii jaga2 lah yee

Lelaki nih kalau nak cari seorang isteri, mereka akan pilih yang terbaik di antara yang terbaik..paling penting dari segi agamanya. Maknanya semua kena jaga, termasuk soal berpakaian. Bila seorang wanita tak menutup aurat dengan sempurna, dosanya akan ditanggung oleh saudara lelakinya..Ini adalah hukum dan syariah sendiri yang menetapkan begitu.

Itu lah kan, kita kalau boleh nak jaga semuanya. Tapi keadaan persekitaran memang mempengaruhi. Chah pun kadang2 mudah terpengaruh. Sekejap begitu, sekejap begini...alahai diri sendiri kalau tak dijaga dari awal, memang binasa...

Chah cuma fikir, beruntungnya dilahirkan sebagai seorang wanita muslimah...

1 komen sahaja:

  1. teruskan kak chah,,dengan usrah dan taskirahnyer:)bagus2,,farah sokong!!

    ReplyDelete