Tuesday, January 19, 2010

"Konsert Tour De Tahfiz. Bersama Ustaz Nazrey Johani."

Salam ukhuwwah...

Heboh diperkatakan tentang konsert Tour De Tahfiz bersama Ustaz Nazrey Johani. Begitu besar poster yang digantung di kafetaria baru Udm..Dalam hati chah teringin nak pergi.

Chah pun sms laa pihak penganjur bertanyakan di mana nak dapatkan tiket tersebut. Katanya setiap malam akan dijual di foyer kafetaria baru. Apa lagi, berdeshooommm jeh laa...Nasib baik tiket masih banyak lagi dijual, harga pun murah jeh. Rm5 for each student.


So far, ok jeh konsert yang diadakan semalam...di Dewan Besar Udm. Penuh satu dewan. Bak kata Puan Hasni, biasanya konsert2 nasyid ramainya pelajar yang bertudung besar berduyun2 pergi...iyeke? Ntahh laa...mungkin iye. And mungkin tak iye jugak kan...

Berbaloi laa berhibur sambil beramal kan. Bukan selalu dapat peluang sebegini. Mengambil kata2 dari beliau sendiri, betulkan niat dengan ikhlas untuk datang ke konsert malam itu. Jangan datang sekadar untuk berhibur semata2 tetapi datanglah untuk beramal juga. Sempat juga Chah menderma sekadar mampu untuk projek pembinaan Pusat Tahfiz oleh Ustaz Nazrey Johani sendiri. Besar hajat di hatinya, besar lagi bantuan yang dihulurkan...Harap2 hasrat murni itu tercapai

Turut ditampilkan gandingan bersama dari Kumpulan Nasyid Brotherz, Al-Gebra, As-Saufee dan Interaksi (Kumpulan Nasyid Udm - Abang Syah kita). Dah lama tak mendengar alunan nasyid2 secara live...bagi Chah, cukup menghiburkan dan penghayatannya memang ada..walaupun ada kumpulan yang datang tak cukup ahli.

Sebelum nie saja, Chah sempat pergi ke konsert nasyid Rabbani, In-Team, Unic dan terakhir kali bersama Yassin, Akbar dan Mestica semasa pesta konvokesyen kali lepas.
Semangat cintakan nasyid dah memang ada dari kecil...iye laa kan, suasana diri dibesarkan dengan lagu2 nasyid yang sesuai dan mendidik jiwa

Sempat bergambar dengan barisan penasyid sebelum konsert pada malam harinya.Peace!

Dari kiri : Hafiz (Kump. Al-Gebra), Ustaz Nazrey Johani dan Ahnaf (Kump. Al-Gebra)

Harapan kumpulan2 nasyid tanah air akan terus berkarya dengan lagu2 yang mendidik jiwa. Bukan sekadar lagu cintan2 aje yeehh...

Sekian, terima kasih dari saya di sini....

0 komen sahaja:

Post a Comment