Tuesday, January 26, 2010

"Alahai si gadis manja."

Alahai Gadis-Gadis Sekalian...

Hai si gadis yang manis..senyum di bibir terlukis. Hai si gadis nan ayu...Sebentar lagi kita bertemu. Gadis ayu...sungguh ayu. Gadis ayu...menawan kalbu

"Alahai si gadis2 yang manis
Senyumlah gadis sebelum ketawa
Alahai si gadis2 yang pandai
Fikir2lah sebelum buat
Alahai si gadis2 yang bijak
Buatlah sebelum fikir
Alahai si gadis2 yang bijak pandai
Berfikirlah sebelum bertindak
Alahai si gadis2 yang bijaksana
Bertahanlah sebelum waktunya
Fikir-fikirkanlah...."

Kalau nak buat benda baik, jangan tangguh2...bak kata orang tua kita dulu-dulu jugak kan.

P/s : Nak balik kampungg...oooo, esok harinya untuk balik kampung. Dah 1bulan tak balik kemaman. Rindu kat adik. Kawan2 jangan rindu kat saya yeehh


Monday, January 25, 2010

"Muwasafat Tarbiyah."

Gambar nie amik dengan bihah, saja tambah post kat sini. Buat panduan diri


1.) Aqidah Yang Sejahtera
2.) Ibadah Yang Sahih
3.)Akhlak Yang Mantap
4.) Luas Pengetahuan
5.) Sihat Tubuh Badan
6.) Mampu Berdikari
7.) Melawan Nafsu
8.) Sangat Menjaga Masa
9.) Tersusun Urusannya
10.) Bermanfaat Pada Orang Lain.

Harap maklum..salam

Sunday, January 24, 2010

Adab Seorang Wanita Muslim.

1.) Bulu kening
"Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening)"

2.) Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan " (An-Nur : 31)

a) Menampakkan kaki
b) Menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

c) Wangian


3.) Dada
" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka " (An-Nur : 31)

4.) Gigi
" Rasullulah melakn
at perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya " (Riwayat At-Thabrani)
" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik ,yang merubah ciptaan Allah " (Riwayat Bukhari dan Muslim)

5.) Muka dan leher
" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu

a) Bersolek (make-up)
b) Menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah

6.) Muka dan Tangan

"Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari)

7.) Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

8.) Mata
"Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama, ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan " (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

9.) Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik " (Al Ahzab : 32)

10.) Kemaluan
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga malunya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya " (Riwayat Al Bazzar)

11.) Pakaian
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

a ) Berpakaian tipis/jarang
b ) Berpakaian ketat/membentuk
c ) Berpakaian berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu

" Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu dan
Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang " Al Ahzab : 59

12.) Rambut

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Maka Berbahagialah Bagi
wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati suaminya, segala makhluk, burung yang terbang, ikan di laut, malaikat di langit, matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya


"Ketika Cinta Bertasbih. Tuhan Beri Aku Cinta"

Saya suka cerita Ketika Cinta Bertasbih. Lagi sedap sikit nak bandingkan dengan Ayat2 Cinta..Iyee, memang chah suka sangat. Suka sangat2...Kalau tengok berulang kali pun, Chah tetap tak bosan.


Dalam hati selalu terdetik,

"Aku ingin jadi seperti Anna Althafunnisa yang mendambakan cinta suci Khairul Azzam."

Jarak dan jauh mana mereka terbatas, akhirnya bersatu juga. MasyaAllah indahnya kejadian-NYA. Walaupun ini hanya dalam cerita, tapi Cinta Begini la yang kita selalu dambakan. Cinta sesama insan yang tetap berlandaskan agama Allah s.w.t....

Lagunya Chah putar berkali2..walaupun ada lirik yang tertinggal. Serasa ingin merintih selalu

"Haram Haramkah Aku
Bila Hati Dah Jadi Cinta
Tuhan Pertemu Hatiku
Biar Aku Tak Jadi Melanggar


Aku Cinta Pada Dirinya
Cinta Pada Pandang Pertama
Sifat Manusia Yang Ada Padaku
Aku Bukan Tuhan

Haram Haramkah Aku
Bila Aku Terus Menantinya
Biar Waktu Berakhir
Bumi Dan Langit Berantakan

Aku Hanya Ingin Dirimu
Tak Mungkin Aku Berdusta
Hanya Tuhan Yang Bisa Jadikan
Yang Tak Mungkin Menjadi Mungkin

Aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal
Di Mata Dunia Juga Akhirat
Biar Aku Sepi Tapi Aku Masih
Tuhan Sayang Aku

Aku Tetap Ingin Cinta Yang Halal
Dengan Dia Tentu Atasi Zina
Ketika Cinta Bertasbih
Tuhan Beri Aku Cinta

Ku Menanti Cinta...

Haram Haramkah Aku
Bila Aku Terus Menantinya
Biar Waktu Berakhir
Bumi Dan Langit Berantakan

Aku Tetap Ingin Dirimu

Tak Mungkin Aku Berdusta
Hanya Tuhan Yang Bisa Jadikan
Yang Tak Mungkin Menjadi Mungkin

Aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal
Di Mata Dunia Juga Akhirat
Biar Aku Sepi Tapi Aku Masih
Tuhan Sayang Aku

Aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal

Dengan Dia Tentu Atasi Zina
Ketika Cinta Bertasbih
Tuhan Beri Aku Cinta

Ku Menanti Cinta..."


Ketika Cinta Bertasbih. Tuhan Beri Aku Cinta. Ku menanti Cinta.....Amiiin

Thursday, January 21, 2010

"Aku Rela."

Aku Rela....

"Telah ku Rela nama dan diri.
Menjadi sasaran nama dan cinta.
Telah ku rela segala tohmahan.
Bermaharajalela kerana cinta....
Kerana cinta jua aku bicara.
Dengan nada resah terluka..."

Tuhanku relaaa....

Hati ini sedang membiasakan diri dengan alunan lagu2 nasyid dari kumpulan al-gebra..Satu2nya kumpulan nasyid yang berkonsepkan band dan rancak. Semua lagu nyanyian mereka adalah hasil puisi dari Dr. Asri, mantan mufti Besar Perlis sendiri...katanya ikhlas dari hati.

Antara lagu yang famesnye, Aku Rela, Di Daerah ini dan Yang Benar Tetap Benar

Tak sia2 Chah pergi ke konsert Ustaz Nazrey Johani...dapat amik gamba bersama agi kan.

Wednesday, January 20, 2010

Menyentuh Mengenai Aurat Kita2.

Chah bukan seorang yang terlalu arif dalam agama. Soal halal haram. Soal lelaki dan perempuan. Dan semuanya lahh...Tapi apa yang saya tahu, saya akan praktikkan seharian. Cuma apa yang ingin ditegaskan mengenai aurat kita. Khusus untuk wanita muslim...Sedikit pengetahuan yang ingin dikongsi

Soal menutup aurat adalah wajib di sisi islam, namun ramai yg telah tersalah anggap dan mengatakan memakai tudung atau baju labuh adalah sesuatu yg merimaskan dan tidak kelihatan sofistikated. Anggapan ini tidak seharusnya berlaku. Islam telah menggariskan satu penyelesaian yg mudah utk penganutnya utk melaksanakan tuntutan seperti yg disyariatkan.

10 perkara berikut mungkin dapat memberi gambaran yg lebih jelas dan membantu kita memahami amalan menutup aurat di sisi islam.

1. Pendapat menyatakan kewajipan menutup aurat khusus kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan nabi. Oleh itu, wanita biasa dan selain golongan itu tidak wajib menutup aurat.

2. Pendapat yg lebih keras menyatakan wanita dikehendaki menutup seluruh badan termasuk muka, dua tangan dan kaki, kecuali mata sebelah kiri sebagai kemudahannya bergerak. Kerana itu mereka diwajibkan memakai jilbab dan nikab yg menutup muka...

3. Bagaimanapun majoriti ulama mengambil jalan tengah yg bersifat sederhana iaitu wanita wajib menutup seluruh anggota kecuali muka, dua tapak tangan dan dua tapak kaki. Kelonggaran ini diberikan berikutan tuntutan keadaan utk memudahkan pergerakan wanita terutamanya yg bekerja dan belajar.

4. Wanita bekerjaya tidak boleh menjadikan kerjaya mereka sebagai alasan utk tidak menutup aurat. Tiada bukti atau tanda yg menunjukkan pakaian menutup aurat mengurangkan tahap kecemerlangan wanita dalam kerjaya.

5. Menurut tafsir Ibnu Abbas, muka dan dua tapak tangan (perhiasan zahir) dikecualikan daripada anggota yg wajib ditutup. Perhiasan batin iaitu telinga, leher, dada, rambut, dua lengan dan betis harus dibuka ketika di rumah atau semasa berada dalam lingkungan keluarga terdekat seperti ibu bapa, adik beradik atau ibu bapa mertua.

6. Bahagian yg lebih sulit tidak boleh dibuka sama sekali walaupun di hadapan keluarga rapat atau sesama wanita sama ada muslim atau bukan muslim. Hanya suami yg dibenarkan sahaja...Jadi, Pakai baju biar sempurna serba serbi

7. Ulama berbeza pendapat dalam menentukan sama ada tapak kaki wanita adalah sebahagian daripada aurat yg wajib ditutup atau bukan aurat. Sesetengah mazhab menyatakan tapak kaki tidak wajib ditutup dan ia boleh dibuka untuk keselesaan berjalan...Penyelesaiannya pakai sarung kaki

8. Perintah menutup aurat bagi wanita bukanlah kerana islam meragui iman kaum lelaki. Sebaliknya ia langkah pencegahan sebelum berlaku sesuatu kejadian buruk...

9. Aurat wanita sesama wanita adalah seluruh tubuh kecuali antara pusat dengan lutut. Kawasan yg haram dilihat, adalah haram didedahkan walaupun ia tidak menimbulkan fitnah.

10. Batas aurat lelaki seperti yg disepakati ulama adalah bahagian hadapan dan belakang serta wajib ditutup. Sesetengah ulama berpendapat paha adalah aurat yg wajib ditutup lelaki, sekali gus bermakna aurat lelaki adalah antara pusat hingga lutut. Bagaimanapun kebanyakan ulama mengambil jalan tengah dengan menyatakan aurat lelaki terbahagi dua iaitu mughallazah (keras) yg merujuk hadapan dan belakang, serta mukaffafah (ringan) iaitu paha...aiii jaga2 lah yee

Lelaki nih kalau nak cari seorang isteri, mereka akan pilih yang terbaik di antara yang terbaik..paling penting dari segi agamanya. Maknanya semua kena jaga, termasuk soal berpakaian. Bila seorang wanita tak menutup aurat dengan sempurna, dosanya akan ditanggung oleh saudara lelakinya..Ini adalah hukum dan syariah sendiri yang menetapkan begitu.

Itu lah kan, kita kalau boleh nak jaga semuanya. Tapi keadaan persekitaran memang mempengaruhi. Chah pun kadang2 mudah terpengaruh. Sekejap begitu, sekejap begini...alahai diri sendiri kalau tak dijaga dari awal, memang binasa...

Chah cuma fikir, beruntungnya dilahirkan sebagai seorang wanita muslimah...

Tuesday, January 19, 2010

"Konsert Tour De Tahfiz. Bersama Ustaz Nazrey Johani."

Salam ukhuwwah...

Heboh diperkatakan tentang konsert Tour De Tahfiz bersama Ustaz Nazrey Johani. Begitu besar poster yang digantung di kafetaria baru Udm..Dalam hati chah teringin nak pergi.

Chah pun sms laa pihak penganjur bertanyakan di mana nak dapatkan tiket tersebut. Katanya setiap malam akan dijual di foyer kafetaria baru. Apa lagi, berdeshooommm jeh laa...Nasib baik tiket masih banyak lagi dijual, harga pun murah jeh. Rm5 for each student.


So far, ok jeh konsert yang diadakan semalam...di Dewan Besar Udm. Penuh satu dewan. Bak kata Puan Hasni, biasanya konsert2 nasyid ramainya pelajar yang bertudung besar berduyun2 pergi...iyeke? Ntahh laa...mungkin iye. And mungkin tak iye jugak kan...

Berbaloi laa berhibur sambil beramal kan. Bukan selalu dapat peluang sebegini. Mengambil kata2 dari beliau sendiri, betulkan niat dengan ikhlas untuk datang ke konsert malam itu. Jangan datang sekadar untuk berhibur semata2 tetapi datanglah untuk beramal juga. Sempat juga Chah menderma sekadar mampu untuk projek pembinaan Pusat Tahfiz oleh Ustaz Nazrey Johani sendiri. Besar hajat di hatinya, besar lagi bantuan yang dihulurkan...Harap2 hasrat murni itu tercapai

Turut ditampilkan gandingan bersama dari Kumpulan Nasyid Brotherz, Al-Gebra, As-Saufee dan Interaksi (Kumpulan Nasyid Udm - Abang Syah kita). Dah lama tak mendengar alunan nasyid2 secara live...bagi Chah, cukup menghiburkan dan penghayatannya memang ada..walaupun ada kumpulan yang datang tak cukup ahli.

Sebelum nie saja, Chah sempat pergi ke konsert nasyid Rabbani, In-Team, Unic dan terakhir kali bersama Yassin, Akbar dan Mestica semasa pesta konvokesyen kali lepas.
Semangat cintakan nasyid dah memang ada dari kecil...iye laa kan, suasana diri dibesarkan dengan lagu2 nasyid yang sesuai dan mendidik jiwa

Sempat bergambar dengan barisan penasyid sebelum konsert pada malam harinya.Peace!

Dari kiri : Hafiz (Kump. Al-Gebra), Ustaz Nazrey Johani dan Ahnaf (Kump. Al-Gebra)

Harapan kumpulan2 nasyid tanah air akan terus berkarya dengan lagu2 yang mendidik jiwa. Bukan sekadar lagu cintan2 aje yeehh...

Sekian, terima kasih dari saya di sini....

Sunday, January 17, 2010

Betul apa yang dikata.

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini saja terasa amat letih. Kelas non-stop dari 9.00 am till 5.00 pm...tiada apa peristiwa menarik yang ingin diceritakan. Cuma hati ini amat terkesan dengan kata2 dari Puan Hasni kita. Kira2nya Kata2 puan memang cukup menyentuh jiwa Chah dan juga keseluruhan pelajar smskpp 4...

"Setiap hari kita menjalankan aktiviti seharian. Dan kita tak tahu bila masa kita akan mati. Mungkin esok, dan mungkin juga kelas pada hari Selasa nih, saya pun dah takde kat sini. Kita takkan tahu ajal maut yang Tuhan dan tentukan..."

Sedikit skrip yang Chah ubah suai, sebab dah ingat2 lupa..Cuma ingat point2 penting sahaja. Dan juga satu pesanan dari Puan juga,

"Sebagai pelajar, Setiap semester pastikan diri kita akan khatamkan Al-Quran sekurang2nya satu kali setiap semester. Selepas Subuh, kalau boleh biasakan diri dengan bacaan Surah Al-Mulk dan Surah Yaasin."

Abang Raja pun ada berpesan kepada adik2 - UDM nya, Amalkan membaca Surah Yaasin selepas Subuh. InsyaAllah akan dipermudahkan urusan sentiasa.

Betul laa kata2- NYA, kita hanya Hamba- NYA yang memang lemah segala2...

Satu jeh kata2 akhir...

Chah nak minta maaf laa kat kawan2 yang selalu cakap Chah suka merajuk and buat2 muka in this time. Sori sangat2 kot terasa hati. Confirmm...saya tak merajuk langsung laa..Saya ok jeh sangat2. Cuma saya nak belajar menjadi seorang yang matang and tak banyak cakap and tak macam kanak2 ribena lagi and nak buat muka cool jeh skang..Ok

Terima Kasihhhh!!

Saturday, January 16, 2010

"Ya Allah. Rintihanku pada-MU selalu."

Rintihanku kepada-MU selalu...


Ya Aishah,
Jika Aku Jatuh Cinta
Aku ingin yang terbaik buat diriku
Yang selalu alpa dengan nikmat-MU
Yang selalu leka dengan arus duniawi.

Ya Aishah,
Jika Aku Jatuh Cinta
Labuhkanlah hati ini selalu
Dekatkan aku ke arah kebaikan
Tinggalkan aku dari kemungkaran.


Ya Allah..
Jika Aku Jatuh Cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-MU
Untuk mencintai-MU.

Ya Allah..
Jika Aku Jatuh Cinta
Jagalah Cintaku Padanya
Agar tidak melebihi cintaku pada-MU.

Ya Allah..
Jika Aku Jatuh Cinta
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-MU
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang hina.

Ya Allah..
Jika Aku Jatuh Cinta
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling dari-MU.

Ya Allah..
Jika Aku Jatuh Cinta
Sesunggunya aku bermohon pada-MU
Untuk selalu mencintai-MU.

Ya Allah..
Aku ingin Jatuh Cinta
Cinta yang membawa diriku ke Syurga

Amiin..Ya Rabbal Alamin

"Allah Selamatkan Kamu. My Dear"

Di kesempatan yang ada ini, Chah nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR yang ke- 20 pada hari ini, 16 hb Januari 2010 kepada adikku yang memang nakal sangat2. Dari kecik sampai laa sekarang pun tak berubah pun...Tapi saya tahu, hati dia baik. Mungkin sebab saya nih tak sebaik dia kot, hihi.

Sedikit nyanyian jiwa untuk Ustaz kita nun jauh di KTD, Kota Bharu

"Allah s.w.t Selamatkan Kamu. Allah s.w.t Selamatkan Kamu..
Allah s.w.t Selamatkan Anas Harithah. Allah s.w.t Selamatkan Kamu..."

- ANAS HARITHAH BIN ABDULLAH -

Dan juga Semoga sentiasa di bawah lindungan Kaabah..di bawah lindungan-NYA

Semalam saja, saya mendapat sms darinya..Dengan harapan dari dirinya sendiri,

"Moga mendapat zaujah yang solehah dan cemerlang untuk agama, InsyaAllah."

Haha..dah nampak ciri2 nak bersedia ke alam rumah tangga ke, oiit..kawin2 kemudian hari laa, habiskan diploma awak tuh dulu yee, and then cari keja and kumpul duit banyak2. Yang penting finishkan langsai hutang PTPTpu....ok dear

*Twink* T____T

Friday, January 15, 2010

"Berjalan Kaki ke Pantai Tok Jembal."

Sudah tiga minggu kembali ke UDM....

Chah dah lama teringin nak ke pantai..Pantai Tok Jembal jehhh.hihi..

Tetapi, kadangnya faktor cuaca menjadi penghalang utama. Hujan kadang2 di area Pantai Timur mematahkan hajat terpendam di hati...Takpe laa, mungkin bukan masanya lagi kan

Dan Semalam Chah berdoa di dalam hati agar cuaca hari Jumaat baik2 sahaja. Syukur Alhamdulillah...Tuhan mudahkan perjalanan kami.

*Apabila sampai di Tok Jembal, apa lagii...peace jehh laa kan."

Jadi, kami ber- Sembilan pergi ke destinasi impian..Berm
ula perjalanan pukul 7.10 minit pagi tapi sampainya agak lewat sedikit. Perjalanan kira2 40 minit. Memang nak tergelak selalu bila memikirkan apa yang kami lalui pagi tadi...Seronok dan penuh kesabaran.

* Minta maaf lah, terlebih posing pulak yehh.huhu *

* Duduk bersimpuh dari kiri, Nadia, Chah and Fazreen..ehe jangan marah *

Masih Chah ingat dan takkan lupa tarikh keramat hari ini..ehe 15 hb Januari 2010, di awal melangkah ke tahun 2010. Kami terpaksa masuk ke dalam longkang besar semata2 nak lalu ikut jalan shortcut. Ingatkan pagar kat masjid tu
e dah buka, tapi sebaliknya pula yang berlaku. Dalam hati dah ber "dup..dap..dup..dap"...Aiiii, boleh ke aku buat nie. Dah laa peristiwa jatuh longkang tahun lepas masih meninggalkan kesan yang dalam laa jugak. Sumpahh Chah memang takkan lalu ikut longkang besar lagi... Ya Allah, tingkatkanlah kesabaran diriku ini

* Gaya baru bergambar. Hasil kreatif kak Nad kita...*

* Posing terakhir sebelum balik ke hostel..ceriaaaa selalu *

Selepas dah penat berposing, kitorang pulang ke udm..dengan hati girang selalu. Sempat laa jugak singgah kat mza corner tok jembal. Makan roti canai telur jehh. Plus limau nipis special, emm..boleh tahan tapi kedai nih dah macam nak bangkrap, dah laa self-services, pelayan pun hanya 1 orang..aiii, pelik and kesian chah tengok. Ummi kata nasi goreng tadi sedap amat, nasi lemak pun ok jugak. Cuma air jehh tak berapa nak kaww laa.

Takpe laa, mungkin ada masa ia diuji sebegitu op...no comment.

Terima kasih kat WJN sebab rajin nak antarkan kami ber-9 tadi ehhh. Jasamu ku hargai selalu. Awalnya memang teruja, tapi at last ada sedikit terasa, geram and "bengkek" kat dia tuh...amboi2, bila nak sedar nie, perangai tak nak ubah2 agi ke?

P/s : Manusia bermacam2 ragam. Fikrah diri merencanakan segalanya..

Monday, January 11, 2010

"Dr.Syirah..please save this photo"

Salam dari perantauan...

Memandangkan Akak tak dapat nak hantar gambar banyak2 through ur email, so I make this initiative to send Amrina's photos in my blog...so, Syirah pliss save yehhh...tq

_Kak Ngah Chah dengan si Bongsu Amrina Rasyada _
- Mad Fitri control encem. Adik muka sedih -
Baru lepas menangis...sob2. Tapi bila nak bergambar senyap jeh
Aii..dah nak berposing ke? tertarik, memang dabooommm!!
Ummiku yang awet muda sokmo..hehe. Adik pun perasan jeh
Bermata bulat bergentel2...haha
- Muka control cool -
Oppss..malunye saya
alahaiii...jadi little baby ehh
Bersama kakak tersayang di atas tangga rumah Teluk Kalung.

P/s : Untuk makluman Dr.Mesir, kitorang dah transfer umah ke Taman Chukai Indah.

Sunday, January 10, 2010

ceritera saja2 jeh.

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergi bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi..

jeng!jeng!jeng! bunyi...aauuummmmm!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yang lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah berfikir camna nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!! Ya Allah..lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Di atas ada harimau dan di bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh..cam ner ni. Lepas tue, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni..habislah jadi mangsa buaya.


Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih..Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba...terdengar satu bunyi...uuuuuuuuuuuuu... Bunyi lebah bawa madu.


Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu. ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah....

Tikus yg sedang mengigit tali....

Kalau semua nak tahu...

Si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.


Dua ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.

Madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...

1 minit untuk mengingati Allah