Saturday, March 27, 2010

"Sukan FiTs"


Pertamanya ucapan Alhamdulillah saya ucapkan...

Karnival Sukan FiTS Sesi 2010 sudah berakhir dengan jayanya. Tahniah laa kepada semua Exco2 yang terlibat. Specially Pengarah program, Wahidah. Jaga kesihatan baik2. Timbalan Pengarah Program juga, Syada tahniah juga ok! walaupun mung kecik macam Chah juga, tapi tak boleh pandang rendah jugak op. hehe.

Tahniah juga kepada semua peserta2 yang telah melibatkan diri dalam acara2 yang dipertandingkan. Pelajar2 diploma dan juga degree. Dari junior dan senior2...congratulations because gave us ur good co-operation. Ok!
Lupa kepada staff yang join futsal, arigato gozaimas. :)

Di antara acara2 yang dipertandingkan sepanjang 21 hb hingga 26 hb mac adalah :

--> Bola Keranjang (Wanita)
--> Memanah (Wanita dan Lelaki)
--> Bola Baling (Wanita dan Lelaki)
--> Street Soccer (Lelaki)
--> Futsal (Wanita dan Lelaki)
--> Sukaneka (Tarik Tali dan Galah Panjang)

Penyertaan agak menggalakkan untuk semua permainan, walaupun ada sedikit kekangan untuk permainan bola jaring dan badminton. InsyaAllah di lain masa, kita bersukan lagi.

Semalam pun, majlis penyampaian hadiah sudah selamat disempurnakan. Terima kasih kepada Ketua Jabatan Sains Komputer, Puan Aznida Hayati kerana sudi merasmikan dan menyampaikan hadiah pada malam itu. Semua pemenang dah mendapat habuan masing2. Harapnya simpan laa medal itu sebagai kenangan di hari tua anda ye..ehe. Boleh tunjuk kepada anak2 dan cucu2 nanti

Saya pun cuma menjadi AJK saja. Dan peserta Sukaneka..dapat laa Naib Johan. Dengan bangganya mengumumkan. A'ah...pasti bangga, sebab dah cukup sakit satu badan saya. Ditambah lagi dengan demam plus selesema, batuk, sakit tekak, pening kepala dah banyak hari dahh...tapi saya tetap bertahan. Nasib baik semangat kuat, kalau tak memang dah lama pengsan kat situ. Maluu laa kalau dilihat kaum lelaki kan....


Wednesday, March 24, 2010

"Menang Award."

Tahniah shahzuichah. Anda telah Menang Award. Iyeke?

Terima kasih kat Fatah A. Aziz kerana menganugerahkan award ini kepada shahzuichah.blogspot.com.

Tanpa anda, siapa lah saya di sini..ehe


Saya dengan ini berbesar hati untuk menganugerahkan award seterusnya kepada yang berikut.

Calon-calonnya ialah :

1. Syada

2. Dr. Amad

3. Dr. Nurul Insyirah
4. Bihah
5. darlingFara

6. Kak Sumayyah

7. Ahmad

8. Ain

9. Nisaa'
10. Khuzaimah
11. Saila

12. Tiqah


Disebabkan fatah yang beria nak bagi award ini kat saya, so saya copy jeh laa arahan yang patut anda2 yang di"awardkan" lakukan. Baca kat bawah nie yee.

Syarat-syaratnya teramatla mudah. Tak payah jawab sebarang soalan.


Apa yang perlu anda buat ialah..


1. Thank & link to the person that gave you award.
2. Past this award onto 12 blogger's you've recently discovered and think are fantastic
3. Contact and let them know they've won the award..

Very simple bukan? Jadi tunggu apa lagi...

Sayang, Cinta, Suka terlalu kompleks.


Ungkapan Sayang, Cinta, Suka tue apa sebenarnya? Sama ke tak sama?

Boleh ke kalau kita suka kat orang lain. Sayang kan yang lain. Cinta pun kat yang lain juga..aiik tamaknyerrr die tue


Ada satu kisah. Si A suka kan seseorang. tapi dalam masa yang sama, si A nie dah ada teman istimewa. dan si A nie juga konfius nak meneruskan hubungannya atau tidak. Ada laa masalah yang tidak dapat ditafsirkan. (Ini kisah benar). A'ah...camana tue. Biarlaa rahsia

Sekejap jeh lepas tue, si A nie pasrah jeh laaa..dan hanya berserah pada jodoh ditentukan-Nya. Dalam masa sama
nak juga berharap tapi tak nak berusaha. Iyee, memang Perasaan kita masa remaja ini tidak boleh dipaksa terlalu mendalam. Lebih baik mengikut sunnah daripada kita memandai jeh menetapkan sendiri apa yang patut dan tidak patut. Buat apa susah2 nak mengorat sini sana kan...meletihkan, membazir masa. Pastinya melalaikan juga. Kalau orang tue buat biasa je, kita layan biasa je. Nak tengok sekali-sekala takpe kot. tapi haramla hukumnya. hehe

Yang betulnya,

"Jangan mengungkapkan perkataan Sayang, Cinta dan Suka itu sesuka hati di kala kita sendiri belum pasti akan bersama dengannya. Di saat kita sudah betul2 bersedia untuk berkasih-sayang, Ok..proceed saja laa."

Kan melepas susah nanti

Bercinta selepas kahwin mungkin menjanjikan seribu lagi kemanisan dalam nikmat berumah tangga kan. Bercinta sebelum kahwin kadang2 ada juga pahitnya. Bukan kata tak boleh, Boleh....tapi berpada-pada lah.

Jadi, checking la diri kita. Duhai hati, bertanyala kepada hati kita, apa yang kita nak sebenarnya. Apakah yang terbaik atau tercorot? Atau kita tak nak apa-apa dah?

Saya sendiri pun kena berpada-pada selalu. Jangan mengada sangat yerr, Echah sayang

Monday, March 22, 2010

Motivasi - Kita Tidak Tahu...


Satu kisah…..seorang wanita dalam perjalanan untuk ke stesen bas. Dia sekarang berada di Kuala Terengganu dan mahu bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekspres. Bas dijadualkan bertolak pada pukul 9 malam dan sekarang jam menunjukkan pukul 8.45 malam.

“Ishh..cepatlah dik. Terlepas bas akak nanti.”

Si adik hanya mendiamkan diri. Keretanya yang tidak pernah rosak sebelum ini tiba-tiba sahaja meragam sebelum memulakan perjalanan tadi. Si kakak sudah tidak berhenti-henti merungut kerana bimbang tertinggal bas.

“Aduh…10 minit lagi…. jauh lagi ni!” rungut si kakak kerana memikirkan masih ada lebih kurang 15 kilometer lagi sebelum sampai ke perhentian bas. “Semuanya serba tak kena malam ni!” Katanya lagi.

“Takpe, selalu bas kan lambat bertolak. Cakap pukul 9, pukul 9.15, 9.30 baru bergerak….macam tak biasa,” sahut si adik untuk menenangkan diri sendiri dan diri si kakak. Si kakak tidak membalas, hanya memasamkan muka.

Tepat 9.05 malam, mereka sampai ke stesen bas. Malangnya, mereka diberitahu bas telah bertolak tepat pukul 9.02 minit tadi. Si kakak terus mengeluh. Si adik tidak berkata apa-apa. Si kakak akan terlepas masuk kerja esok. Si adik akan menerima leteran sepanjang malam.

Di awal pagi keesokan harinya, si kakak menerima berita yang agak mengejutkan. Bas yang bertolak malam tadi terkandas di sempadan Kemaman dan Pahang disebabkan banjir. Semua penumpang terpaksa bermalam di dalam bas dan ada juga yang dijemput oleh keluarga berdekatan untuk pulang semula ke rumah.

Si kakak menarik nafas panjang. “Kalau aku naik bas semalam, tidakkah aku kena tidur dalam bas yang sempit dan mungkin panas sepanjang malam?”

Si adik hanya tersenyum semasa mendengar berita tersebut.

Cerita tamat. Sekian...

Di sini. Ada Satu persoalan yang bermain di minda saya. Pernahkah kita merungut, sedih dan murung tentang sesuatu sedangkan perkara tersebut sebenarnya adalah permulaan kepada sesuatu yang sangat menggembirakan diri kita? Pernahkah sesuatu yang kita sangka satu bencana atau musibah tetapi sebenarnya adalah satu rahmat kurniaan Allah? Inilah mesej yang perlu kita fikirkan bersama. Jika kita sedang dilanda kesedihan atau kekecewaan, mungkin ada rahmat dan kegembiraan yang sedang bersembunyi disebaliknya. Jika kita fokuskan minda kita secara positif kepada perkara ini, tahap kesedihan dan kedukaan yang kita alami akan menurun dan hati kita akan jadi lebih tenang.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:

“Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu; dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedangkan ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.”


Selamat mencari ketenangan dan kegembiraan dalam setiap perkara yang berlaku di dalam hidup kita.


Sunday, March 21, 2010

"Almighty Allah S.W.T and His Love."

Assalamualaikum semua.

Apa khabar hari ini..Harapnya lebih baik berbanding semalam. Saya kata

"Peristiwa yang tak sedap dipandang mata tue, baiknya kita jangan cepat melatah. Sebab manusia dilahirkan tiada sempurna segalanya. Mungkin bagi kita, orang lain buat sesuatu kerja itu memang tak bagus kan. Tapi pernah ke kita fikir apa pandangan orang lain terhadap kita. Even though kita selalu fikir kita dah buat yang terbaik. Tak semua manusia ini suka akan kebaikan. Ada yang takkan senang jika kita lebih baik dari hari sebelumnya. So..akhirnya, bermasam muka aje laa 24 jam kan. "

Kita nie, nak cakap camna lagi? Kalau dah senyum pun dan buat yang the best everytime, orang still akan perlekehkan kita selalu..A'ahh la kan biarlah semuanya berlalu. Bagai lagu dan irama


OK. Perkara utama di sini, saya nak wish Happy Birthday Girl to my dear sister. Dr. Nurul Insyirah Binti Abdullah. Yang sekarang ini masih lagi belajar di Mesir. sob2....dah berbulan tak jumpa dia. Rinduuu

"May God Bless U, dear. May God Bless U dear. May God Bless U Insyirah. May God Bless U"

She is everything to me. Sebab semua rahsia saya dia akan tahu. Dengan siapa lagi nak share kan, takkan nak share dengan adik-beradik lelaki kan? Tak sesuai laa....and tak syarak.

Terima kasih laa kat Ummi, sebab dah lahirkan anak2 perempuannya yang cantik, comel nie kan. haha..Saya tak ngaku, tapi orang lain yang tolong mengakukan-nya. Saya suka dengar lagu nie. Yusof Islam punya lirik.

Who should I give my love to?
My respect and my honour to?
Who should I pay good mind to
After Allah and Rasul-Allah?

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothe you?
Who used to feed you
And always be with you?

When you were sick
Stay up all night
Holding you tight?
That right no other
My mother

Who should I take good care of
Giving all my love?
Who should I think the most of
After Allah and Rasul-Allah?

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk?
Who used to hold you
Before you could walk?

And when you fell
Who’d pick you up?
Clear your cut?
No one but
Your mother
My mother

Who should I stay right close to?
Listen most to?
Never say no to
After Allah and Rasul-Allah?

Sekiannnn saja di sini. Dari Biruni...