Tuesday, January 17, 2012

sudah mau praktikal


bulan februari 2012 ya..

ada ceritanya pada bulan ini. saya pernah cakap pada entri lepas bahawasanya saya ada praktikal training, right? yup. ia akan bermula pada bulan dua..insyA hope semuanya akan berjalan lancar dengan izin-Yang Maha Esa! dengan ini saya nak cakap yang saya akan mula berpraktikal pada ___ hb februari di satu company swasta bernama TEStex (M). yang best, elaun dapat. hihi bolehla buat bekalan kan. kalau nak cerita selanjutnya...tungguuuu insyA bakal saya stori details lagi selepas ini, ok ;)

p/s: daripada 5 company yang offered, i don't know why i have choose this company. nervous tak usah nak cakap



Tuesday, January 10, 2012

2011 meninggalkan kita


Bismillahirrahmanirrahim...

Hai. hai. hai. Assalamualaikum w.b.t

Salam ukhuwah fillah pada semuanya. Semoga semua tetamu blog ini sihat dengan rahmat dan kasih sayang dari Allah S.W.T selalu. Yang masih sudi menjenguk ke blog ini. Dah lama tak berkemas. Bersawang berhabuk semuanya cukup lengkap pakej saya mahu cakap ;)

Pertamanya
- Saya sebagai penulis nak minta maaf sangat2 sebab terlalu lama tak bercerita di sini. Memang saya sengaja mengabaikan blog ini, iyelah. Fokus pada pelajaran yang paling utama buat saya. Dan sekarang Alhamdulillah saya sudah boleh menghela nafas yang agak panjang. Tahniah untuk saya, insyAllah pengajian bachelor saya bakal diiktiraf dalam tahun ini - 2012 selepas tamat latihan industri selama 6 bulan nanti. Mohon doa semuanya, biar perjalanan saya selepas ini dipermudahkan oleh-NYA.

Keduanya - Tahun 2012 baru melangkah, meninggalkan sayup nun jauh selama 360 hari angka 2011. Semakin kita meniti usia "tua". Bertambah lagi satu angka menandakan kita sememangnya tidak dapat lari dari hakikat hidup kita bahawa kita dari hari ke hari kita semakin matang dalam segalanya. Saya pun mengharapkan saya akan menjadi semakin dewasa, biarlah orang cakap saya tak matang pun. Sekurang-kurangnya saya berusaha menjadi yang terbaik. Biarlah orang fikir saya tak baik sekalipun kerana memang kita semua ada kurangnya juga. So, Saya cuba juga untuk menjadi insan muslimah yang lagi baik (insha'Allah).




Peristiwa tahun 2011 meninggalkan kenangan bermakna bagi diri saya, actually. Ada kenangan manis, pahit, masam jua semua ada. Yang paling bermakna saya dapat kek birthday. hehe.
Usia saya belum bertambah satu angka, tak cukup pun lagi 12 bulan. hihii baru 2 bulan bertambah. Ini lah nikmat bila dilahirkan pada bulan-bulan terakhir kan. Alhamdulillah bersyukur dengan apa anugerah, nikmat, ciptaan dari-NYA. Setiap ciptaan pasti ada sebab musababnya. Tak payahlah nak rendah-rendahkan kekurangan orang lain, op.

Sebenarnya, ramai juga dalam kelas saya yang berkongsi bulan kelahiran yang sama. iaitu November coming. Tengok kek saya kat bawah ini pun turut berkongsi dengan rakan serumah saya - Khairunnisaa'. Kami sama bulan tapi tak sama tarikh. Perangai pun tak sama, ok. Apa pun thank you very much pada semua rakan serumah saya yang lain nak buat surprise kononnya nak bagi saya potong kek gulung je masa hari itu, Saya suka dapat makan kek gulung. But after that, rupanya ada satu lagi kek yang comel macam kat bawah ini. sedap yummmy. Saya makan banyak kot kek ini masa jadi birthday girl ;)



Lagi. bulan Disember punya cerita. Saya berkongsi kegembiraan untuk kawan baik saya since dari diploma dan bachelor sama kelas sama kursus di Terengganu - Saila. Selamat menjadi tunangan orang. Minta maaf, saya tak cakap pun kat dia saya mahu kongsi gembira saya di blog ini. Harapnya dia tak akan marah saya. Suka dapat pergi ke rumah kawan saya masa majlis tue. My first time saya di Kampung Sungai Tong. hehe..macam lah saya bukan orang Terengganu op. Tahniah untuk Saila dan Syafiq. Semoga hubungan ini diredhai diberkati Allah S.W.T dan selalu dikurniai kasih sayang sehingga ke Syurga. Hope so for both of you. Kahwin nanti insyA akan sampai sekali lagi jika diizin-Nya.


- Pink yang comel macam pasangan ini juga -

Terima kasih untuk semua rakan serumah saya di Taman Perumahan Gong Badak 5. Setiap detik masa bersama amat bermakna. Eventhough ada sahaja yang tak tersengaja silap faham, harap semuanya dihalalkan. Jangan dipendam sehingga meletup. Susah nanti untuk ditebus di lain hari kan

Saya sayang belaka mereka ini - special thanks to Zaha, Tira, Fiza, Khuz, Kak Ema, Mira, Nad. Masa praktikal nanti elok-elok bawa diri. Semoga berjaya



Lastly - saya dengan bangga nak juga perkenalkan classmate saya sepanjang 4 tahun menjadi pelajar Bachelor in Computer Science. Terima kasih banyak-banyak kasih sayang pada semua ahli yang ada. Ramai tak ramai semuanya cukup lengkap ada dalam gambar ini. 46 termasuk saya. Kami lah student batch ke - 3 yang paling ramai. Kami juga anak kesayangan lecturer-lecturer FIT tau. hihi ~




Pesanan penulis:

Kredit untuk Jimi susah payah letih semua sebab nak amik gambar kami sekelas. Masing-masing ada mood yang comei-comei kan.


Friday, October 28, 2011

Siapa cantik?

Assalamualaikum W.B.T

Pernah dengar lagu ini tak?

Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka
Di jiwa
Ohh chantek
Sungguh aku cinta kamu

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?

Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.

Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?

Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.

Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.

Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.

Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.

Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.

Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.

Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.

Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.

Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!

Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.

Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.

Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)

Perlukah jadi cantik?

Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.

Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.

Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.

Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.

Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.

Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.

Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.

Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery, Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.

Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.

Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.

Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.

Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.

Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.

Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.

Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.

Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.

Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.

Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.

Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.

Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.

Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.

- Artikel iluvislam.com

Monday, June 6, 2011

infosys batch 5 2011


Assalamualaikum w.b.t....

hmm. mengeluh panjang saya sebentar ketika ini. serasa bersalah sebab sudah terlalu lama tidak mengakses vitamin-vitamin baru di blog ini.

idea tak dak laaa..guane nih? ngeh2.

malam ini saya mahu mengisi sedikit pengisian la. dalam masa yang sama juga ingin menguji kelajuan wireless uumzone di dpp muamalat :d

jadi mari kita baca bismillah bersama-sama dahulu, ok

dpp muamalat uum sintok, kedah darul aman.

cuti-cuti malaysia. sekarang musim student ipta n ipts cuti. betul kan, kawan-kawan? hehe. tapi saya tak dak cuti lagi nih. kerana pada detik ketika ini saya dan 5 orang lagi sahabat se-unisza kampus gong badak, kuala terengganu sedang mengikuti satu program iaitu

infosys foundation programme.

kami-kami semua adalah batch ke-5 sesi 2011. apa itu infosys? haa..panjang lah mahu story mengenai program ini. kamu semua search di google aje lah ek. ngeh2 senyum-senyum :o

- di dalam lab -

tapi takpa lah, saya cerita sedikit laa mengenai infosys kali ini. untuk join program ini, semua applicants dari ipta n ipts di malaysia harus mengambil english essay test and logic & apttitude test. daripada semua permohonan, hanya 100 pelajar yang mendapat markah tertinggi akan terpilih ke infosys foundation programme.


dan alhamdulillah kami ber-enam terpilih. tahniah untuk deqna, wawa, farah, una dan man

bulan enam jadual :d

bulan julai :d tak sabar nak closing date-nya..hehe

program ini berjalan selama 2 months here in uum sintok, kedah that was involved practical and training. waktunya adalah mengikut office hour, yakni start 8.30am hingga 5.00pm! see, kami diajar seperti dalam masa praktikal yang sebenar sudaaa

waah, amat letih sekali :(

tarikh ditetapkan adalah bermula 28hb mei till 27h julai 2011 ini. hukhu sob2 sedih sebab lambat lagi mahu finish ini program. padahal baru 10 hari saya berada di negeri kedah ini


actually program infosys dianjurkan oleh training centre di india dan collaborated bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan MDec. tujuan mereka mahu melatih graduan-graduan tahun akhir supaya lebih mantap lagi dalam bidang komputer. harapnya selepas ini semakin bertambah *Mantop laaa kami-kami semua di sini yee

sure lah mantop sebab setiap hari kami akan diberi assignment yang harus di submit before 12am everiday! seriesly tak tipu. so, apa kata kamu semua pun turut menyertai program ini pada tahun hadapan. peluang kerja insyAllah ada disediakan. jangan risau2 sudaa :d

dan yang bagusnya -

kami sudah ada page group sendiri di facebook. mekaseh la pada yang sudah men-createkan page group ini. mai lah menjenguk di fb kami yee di sini - Infosys Batch 5 2011

Sunday, May 1, 2011

tunang.nikah.kahwin


Salam semua.

Kali ini saya tak mau menaip panjang-panjang. dek kerana, masa itu emas bagi saya. emas pun tak tau masa itu berharga ke tidak bagi dia op. hehe.

banyak lagi kerja yang saya mahu settle dalam masa sekejap. saya mahu stadi compiler. apa itu? compiler lebih senang disebut pengkompilasi adalah satu lagi subjek yang saya telah registered untuk semester ini. memang tough lorrr..

hukhu sedih carry marks saya sikit sangat :(

haa. sudah! tujuan saya menaip pada entri kali ini adalah....jeng-jeng

.
..
...
....

Sebagai seorang adik kepada along dan selalu dipanggil angah dan juga chah, saya mahu wish selamat bakal bergelar tunangan orang kepada along saya, mughirah bin abdullah yang akan mengikat janji dengan bakal kak ipar saya. kakak KK nama diberi. barakallahu fik kepada along. semoga selamat semuanya tanpa chah di sisi, insyAllah

sayang along. muahhhh :D

mood saya: alhamdulillah yang teramat-amat kepada DIA yang Maha Bijaksana. Mengatur setiap sesuatu kejadian dengan SEMPURNA dan ada hikmahnya.

best-best, saya tak pernah ada kakak. dalam masa sekejap saja lagi, saya akan mendapat kakak la...so boleh la saya share macam-macam kat kakak itu nanti. hehe tunggu tahun hadapan baru jadi kakak rasmi saya ek

Seterusnya. ada lagi wish yang tidak dilupakan

Selamat Melangkah ke Alam Perkahwinan kepada Naqiuddin & isteri, Syafa & suami serta Kak Husna & Abg Hafriz

dan

Selamat Bakal Bergelar Suami dan Isteri kepada Farah & suami. They are sweet couple

dan

Selamat Bertunang kepada yang akan bertunang laa kan...ngeh~

nota kaki: Saya mahu menjemur baju-baju yang sudah diberus tadi...so papai~