Tuesday, January 10, 2012

2011 meninggalkan kita


Bismillahirrahmanirrahim...

Hai. hai. hai. Assalamualaikum w.b.t

Salam ukhuwah fillah pada semuanya. Semoga semua tetamu blog ini sihat dengan rahmat dan kasih sayang dari Allah S.W.T selalu. Yang masih sudi menjenguk ke blog ini. Dah lama tak berkemas. Bersawang berhabuk semuanya cukup lengkap pakej saya mahu cakap ;)

Pertamanya
- Saya sebagai penulis nak minta maaf sangat2 sebab terlalu lama tak bercerita di sini. Memang saya sengaja mengabaikan blog ini, iyelah. Fokus pada pelajaran yang paling utama buat saya. Dan sekarang Alhamdulillah saya sudah boleh menghela nafas yang agak panjang. Tahniah untuk saya, insyAllah pengajian bachelor saya bakal diiktiraf dalam tahun ini - 2012 selepas tamat latihan industri selama 6 bulan nanti. Mohon doa semuanya, biar perjalanan saya selepas ini dipermudahkan oleh-NYA.

Keduanya - Tahun 2012 baru melangkah, meninggalkan sayup nun jauh selama 360 hari angka 2011. Semakin kita meniti usia "tua". Bertambah lagi satu angka menandakan kita sememangnya tidak dapat lari dari hakikat hidup kita bahawa kita dari hari ke hari kita semakin matang dalam segalanya. Saya pun mengharapkan saya akan menjadi semakin dewasa, biarlah orang cakap saya tak matang pun. Sekurang-kurangnya saya berusaha menjadi yang terbaik. Biarlah orang fikir saya tak baik sekalipun kerana memang kita semua ada kurangnya juga. So, Saya cuba juga untuk menjadi insan muslimah yang lagi baik (insha'Allah).




Peristiwa tahun 2011 meninggalkan kenangan bermakna bagi diri saya, actually. Ada kenangan manis, pahit, masam jua semua ada. Yang paling bermakna saya dapat kek birthday. hehe.
Usia saya belum bertambah satu angka, tak cukup pun lagi 12 bulan. hihii baru 2 bulan bertambah. Ini lah nikmat bila dilahirkan pada bulan-bulan terakhir kan. Alhamdulillah bersyukur dengan apa anugerah, nikmat, ciptaan dari-NYA. Setiap ciptaan pasti ada sebab musababnya. Tak payahlah nak rendah-rendahkan kekurangan orang lain, op.

Sebenarnya, ramai juga dalam kelas saya yang berkongsi bulan kelahiran yang sama. iaitu November coming. Tengok kek saya kat bawah ini pun turut berkongsi dengan rakan serumah saya - Khairunnisaa'. Kami sama bulan tapi tak sama tarikh. Perangai pun tak sama, ok. Apa pun thank you very much pada semua rakan serumah saya yang lain nak buat surprise kononnya nak bagi saya potong kek gulung je masa hari itu, Saya suka dapat makan kek gulung. But after that, rupanya ada satu lagi kek yang comel macam kat bawah ini. sedap yummmy. Saya makan banyak kot kek ini masa jadi birthday girl ;)



Lagi. bulan Disember punya cerita. Saya berkongsi kegembiraan untuk kawan baik saya since dari diploma dan bachelor sama kelas sama kursus di Terengganu - Saila. Selamat menjadi tunangan orang. Minta maaf, saya tak cakap pun kat dia saya mahu kongsi gembira saya di blog ini. Harapnya dia tak akan marah saya. Suka dapat pergi ke rumah kawan saya masa majlis tue. My first time saya di Kampung Sungai Tong. hehe..macam lah saya bukan orang Terengganu op. Tahniah untuk Saila dan Syafiq. Semoga hubungan ini diredhai diberkati Allah S.W.T dan selalu dikurniai kasih sayang sehingga ke Syurga. Hope so for both of you. Kahwin nanti insyA akan sampai sekali lagi jika diizin-Nya.


- Pink yang comel macam pasangan ini juga -

Terima kasih untuk semua rakan serumah saya di Taman Perumahan Gong Badak 5. Setiap detik masa bersama amat bermakna. Eventhough ada sahaja yang tak tersengaja silap faham, harap semuanya dihalalkan. Jangan dipendam sehingga meletup. Susah nanti untuk ditebus di lain hari kan

Saya sayang belaka mereka ini - special thanks to Zaha, Tira, Fiza, Khuz, Kak Ema, Mira, Nad. Masa praktikal nanti elok-elok bawa diri. Semoga berjaya



Lastly - saya dengan bangga nak juga perkenalkan classmate saya sepanjang 4 tahun menjadi pelajar Bachelor in Computer Science. Terima kasih banyak-banyak kasih sayang pada semua ahli yang ada. Ramai tak ramai semuanya cukup lengkap ada dalam gambar ini. 46 termasuk saya. Kami lah student batch ke - 3 yang paling ramai. Kami juga anak kesayangan lecturer-lecturer FIT tau. hihi ~




Pesanan penulis:

Kredit untuk Jimi susah payah letih semua sebab nak amik gambar kami sekelas. Masing-masing ada mood yang comei-comei kan.


0 komen sahaja:

Post a Comment