Wednesday, May 19, 2010
mesir dan malaysia.
Sudah 3 minggu saya berada di rumah. bermakna sudah 3 minggu juga la saya dan ahli keluarga saya dapat berhubung dengan cik nurul melalui webcam. sebab laptop saya sahaja yang boleh ber"yahoo messenger" through webcam. laptop abah, aimin dan along pun tidak boleh langsung.
haaa...itu laa untungnya jika saya berada di rumah. amrina debeb pun asyik buat muka mengada dia la if online dengan nurul depan webcam ini. nurul suka-suka gelak-gelak selalu sebab dapat lihat gelagat adik dia. dah nak masuk 9 bulan umur amrina. bermakna sudah 8 bulan la nurul stay kat sana. lama tue op. kalau saya la stay jauh2, rasanya hari pertama jejak kaki di sana, konfim dah sebak banyak. tapi bila dah lama2, buat biasa jeh laa. tapi if dengan orang yang mula-mula jumpa, saya laa yang tegur dulu. untung laa bakal suami saya nanti rasanya. haha...
Tadi nurul dah tanya pasal kurma. dia tanya nak kurma apa? kurma biasa or kurma coklat or kurma badam or kurma gajus? aiiiik. banyaknya kurma di sana. saya terus laa cakap saya mahu kurma coklat dengan badam. sebab bestt kan dapat makan coklat. walaupun saya memang anti-manis. hehe....
Saya ada pesan kat dia juga - belikan saya jubah mesir yang comell dan cantik gitu yang saiz akak yee. jangan saiz besar2. saya kan budak kecik. dah tak tinggi dah nie. tapi tetap awet muda selalu. syukur-syukur selalu. Ok..
Belikan baju raya juga untuk amrina debeb. ada ke tak ada tak tahu laaa...
Kat ummi juga. Ummi macam biasa la, nak tudung lagi. yang comel-comel...tapi menutup aurat, ok
Untuk yang lelaki ini, tak payah beli apa2 pun takpa kot. abah cakap, jimat duit. membazir amalan syaitan. iye kan, abah? hehe
Saya dan keluarga di sini tidak sabar menantikan kepulangan cik nurul yang akan pulang berpuasa dan beraya di malaysia pada akhir bulan julai ini. tapi yang sedihnya, saya sudah pulang ke hostel masa itu, ooohh...mana aci gitu.
Sunday, May 16, 2010
16 hb Mei ialah hari guru.

Hari ini adalah hari guru. hari untuk meraikan semua guru-guru yang telah berbuat jasa selama ini. so saya di sini sebagai pelajar mahu juga ucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru yang telah mengajar saya, since di kindergarten, di sk.teluk kalong, sk.sultan ismail, sk.chukai, smk chukai dan smk rantau petronas...owhh. tengok tue, banyak sungguh sekolah saya belajar. saya pun baru perasan masa taip entri ini.
kalau tahun lepas, masa hari guru, saya disambut sebagai seorang guru oleh pelajar-pelajar anak-anak didik saya. masa tue, saya cuma jadi guru ganti sahaja. di sk.bukit kuang, kemaman. dugaan nak mengajar murid-murid terlebih pandai ini memang buat kita sakit hati juga kadang-kadang. tapi nasib baik budak-budak nie cukup pandai melembutkan hati saya. cukup memuji saya. dan juga mendengar kata saya.
"cikgu, kenapa suara cikgu halus sangat?"
"cikgu aishah cantik la, comell."
"teacher, nak nombor telefon teacher."
"cikgu, saya nak emel cikgu."
"cikgu aishah, ada orang nak ngorat cikgu nie."
haha. see? macam-macam ragam diorang nie. banyak sungguh gelaran yang saya dapat kan. gelaran cikgu sebab saya mengajar subjek kajian tempatan darjah empat dan lima dan juga subjek pjk darjah satu. gelaran teacher sebab saya mengajar subjek english darjah empat dan subjek science darjah lima. masa hari bersejarah itu, dua kotak air mineral penuh saya dapat hadiah daripada anak murid saya. dengan kad ciptaan sendiri, bunga hidup, bunga tak hidup, pen, hiasan, tudung selendang, kerongsang, muffin cake, chocolate cake, gelas dan ada lagi laa.
saya cukup berterima kasih pada mereka budak-budak cilik itu. sebab bagi peluang for me to teach thems very well. and till now, saya masih simpan hadiah-hadiah itu dengan cukup baik sekali.
Ok, kepada semua insan bergelar pelajar - Sayangi, hargai, kasihi, doakan guru-guru anda sentiasa.
Ok, kepada semua guru - Selamat Berjuang wahai guruku. Ganjaran Pahala dari Allah S.W.T itu lebih besar untuk anda yang ikhlas mendidik kami, anak muridmu.
Wednesday, May 12, 2010
aku dan kamu.
Saya baru lagi tengok video klip cerita pendek 3 part bertajuk aku dan kamu. cerita yang dilakonkan di uni. padjajaran, indonesia. cerita yang dilakonkan oleh pelakon2 yang tak pernah berlakon rasanya. tapi best bangat ceritanya. walaupun sempoi, tetapi bagi saya memang best la. pertama kali tengok, ulang tayang sekali lagi. lepas itu, saya bagi ummi saya tengok. dia kata bagus cerita nie. saya bagi along dengan aimin tengok. diorang siap gelak sengih2 pulak tue. tapi best juga. aimin siap ulang tayang part semasa geng abang aisyah sofea datang serang si saiful bukhari tue. ahha...menjadi sungguh watak masing2 dilakonkan. sampai kesukaan seorang diri .
cerita mengenai apa? ooowh. ini cerita tentang kau dan aku. tentang dia. tentang seseorang. soal hati jangan dipaksa. bila ditakdirkan dia untuk saya, hati itu insyaAllah akan bersatu untuk dijodohi. iye kan? cerita ini mengisahkan tentang seorang pelajar muslimin ingin mencuba untuk berkaple. untuk berpasangan. saiful bukhari bin muslim namanya. and then, dia try laa nak mengorat si aisyah sofea yang kononnya single. lalu cinta mula berputik...la la la. indah sungguh saat bersama, belajar bersama, makan bersama dan segalanya bersama. tapi cinta terhalang disebabkan oleh abang aisyah sofea tidak suka dengan hubungan dorang berdua. dan akhirnyaa....anda fikir sendiri ok apa jadi finally. saya tak nak cerita.

motif cerita ini - "Setiap cita2 dan impian bermula daripada mimpi. tetapi bermimpikan, bercita2kan sesuatu benda yang salah, tak patut. cita2 nak kaple, tak perlu kot. Semua orang diberikan fitrah untuk berpasang2an, memang kita suka untuk berpasang2an. tapi akan sampai masanya kita berpasangan. Biarlah cinta itu untuk isteri / suami kita sahaja..."
takda sambungan ke cerita ini? nak tengok sekali lagi laa...em. kredit for fahmi too.
kursus j2ee.
Sebenarnya kalau nak diikutkan perancangan asal, saya kena menyertai satu kursus anjuran mdec company. Kursus j2ee ataupun kursus java development namanya. starting kursus from 08 hb mei 2010 till 28hb mei 2010 rasaya..saya pun dah lupa tarikh habis. tempat kursus ini kat udm juga. ada dua group - a dan b. if saya join kursus ini, konfim saya akan masuk group a juga. bersama kak tiha, kak kim dan tiqah. takpa laa, next time, insya Allah jika ada peluang, saya akan join.
ok... to all j2ee participants. wish u all good lucks and all the best!
to my ex-roomate, nabihah..selamat belajar tau. may God bless u. tak rugi menuntut ilmu di bumi Tuhan kan.
p/s : nasib baik ada junior yang mahu ganti tempat saya.
streamyx cool uni pack.
Saya ada daftar pakej internet yang Streamyx Cool Uni Pack. pakej wireless yang special punya untuk student. first time TM buat promosi, mereka offer pakej ini starting harga rm50 untuk kelajuan paling rendah 384 kbps sahaja. tetapi sekarang makin kurang lagi mereka offer, hanya rm38 sahaja. dan if saya nak upgrade internet speed nya lagi, saya cuma perlu tambah rm15 untuk setiap upgrade. means that after rm38, TM akan charge rm53 untuk speed 512 kbps dan seterusnya hingga highest speed is 4 Mbps. saya just amik yang 384 kbps. sebab rumah saya memang dah di kawasan bandar dan dekat dengan smk. chukai. dulu sebelum guna pakej yang sekarang, saya guna dial-up tmnet. terlalu perlahan speednya. lenguh saya tunggu kalau setiap kali online. so, bila dah pindah balik ke rumah lama ini, saya daftar yang baru untuk home phone kat taman chukai indah. so far, ok je. speed ia lajuuu lagi nak dibandingkan dengan wireless kat hostel. 24 jam boleh wireless di rumah. and yang bestnya, saya dapat notebook hp mini free dengan kontrak jaminan for two years. comell sangat notebook hp mini - with 250 gb harddisk, 1 gb ram, webcam, bluetooth, window 7 and hp quick web. so far, alhamdulillah laaa. boleh diguna pakai sepenuhnya.
p/s : berbelit tak anda baca entri ini. tajamkan mata andaa ok!! haha.
