Sunday, May 9, 2010

Muslimah kah Kalian?


Bismillahirrahmanirrahim...

Saya nak berkongsi sedikit muhasabah diri. Minta maaf laa dik nurul, akak ambil ini mutiara hati yang original dari awak punya blog (tapi awak ambil dari kawan awak juga kan. ehe). Dan akak sudah menambahbaikkan sedikit. Takpa kan kita saling berkongsi ilmu...


Emmm...

"Kawan-kawan aku pon ada gak yang pakai tudung besar-besar ni, tapi sekarangkan macam-macam tudung ada. Kau, ni up to date la sikit. Kita sekarang kena ada style la."

Rungutan berbaur sinis ini masih tidak menggoyangkan rasa cinta aku pada tudung bulat..

"Kesianlah aku tengok kau ni."

sambil tangan beliau mencari-cari tudung berjenama artis dan menghulurkannya pada ku.

Aku ambil, sebagai menyenangkan hatinya. Ku gantikan tudung bulat yang ku pakai dengan tudung biru terqouis yang beliau berikan. Memang padan dengan baju kurung putih berbunga sama warna dengan tudung itu.

"Ish, tak reti la, tudung ni melekat kat badan. Tak selesa la, panas." Terfikir juga, betulkah jawapanku ini.

"Melekat kat badan? Abes tudung kau tu tergantung ke kat badan kau tu. Tudung bulat kau yang boleh buat kain kemah tu tak panas ke?"

Huh, berdesing telingaku mendengar kutukan mereka pada tudung kesayanganku itu. Sanggup beliau mengatakan sedemikian padaku. Apakah kesalahannya tudung bulat ni sehingga ia amat dibenci di pandangan mata muslimat kini. Malah, pemakainya juga tidak terlepas dari pelbagai fitnah dan cemuhan.

"Ish tudung besar tu tah dalam tudung tu macam-macam ada."

"Ala tudung melingkup macam cendawan tu datging gak we."

"Kawan anak aku, tudung die besar bukan main, berjubah lagi, tup-tup mengandung kau tahu."

Kami manusia, wahai saudara-saudaraku. Seperti kata pepatah, "Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga".

Bukan niat mahu membenarkan yang salah, cuma tidak perlulah kami sentiasa dicemuh dan dihina. Biarkan mereka menanggung dosa sebagai munafik, usah kalian menambah pula dosa kalian dengan mengumpat mereka.

Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa. Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.

Kami memang tidak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya. Kami yakin rambut kami adalah mahkota terindah yang amat bernilai. Maka, kami jaganya dengan rapi agar tidak rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk disimbahi hujan. Kami baluti ia dengan rapi agar ia terjaga dan tersimpan untuk menjadi tatapan yang berhak menatapnya.

Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami kerana kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya. Kami juga muslimah-muslimah tak guna kain sempit untuk membaluti tubuh kami. Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir yang fungsinya menghalang cahaya matahari terik, tetapi dalam pada masa yang sama matahari itu perlu sebagai penyuluh di siang hari dan penyegar kediaman kami. Andai kain jarang kami baluti tubuh kami, kami juga membenarkan cahaya matahari menjadi punyuluh badan kami dan menjadi penyegar mata kalian.

Oh tidak, kami bukanlah semudah itu untuk menjadi tatapan kalian. Kami juga tak guna baju-baju adik kami untuk dibawa berjalan ke bandar. Kami lebih mengamalkan perinsip yang tua memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. Jadi, adik-adik kami selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak kami dan begitulah seterusnya. Kerana ini juga baju kami tidak perlulah jarang atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan badan, tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraanya amatlah baik sekali.

Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah yang kecil dan sempit. Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami dan membesarkan langkah kami. Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai ke paha untuk melangkah dengan lebih besar. Sungguh aneh dunia kini, baju yang cukup sifatnya dikecilkan, dikoyakkan, dibelahkan. Makin lama, tubuh itu ibarat orang-orang di sawah lagak pakaiannya. Malah, pakaian orang-orang itu lagi indah.

Ya, kami masih lagi muslimah tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerana kami sayang bumi kami. Bumi ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai perasaan. Kami takut kasut tumit tajam kami akan menyakitkan bumi ini. Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. Kami takut akan dibalas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak dapat menanggungnya.

A'ahh la kan...jika kalian tahu benar mengenai AURAT, AURAT itu apa yee?
AURAT itu apa definisinya pada kalian?

"Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…"

Pakai tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian?

Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini.

Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya.

Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya.

Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya.

Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi keaiban kalian.

Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup bahagian-bahagian terindah pada kami.

Yang kami tutup bukanlah rabut rosak yang penuh dengan kelemumur.

Yang kami tutup bukan juga parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu.

Yang kami tutup adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak menatapnya.

Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke 25 ataupun yang terakhir setelah puas orang lain menatapnya. Amanah ini kami jaga kerana pada kecantikan-kecantikan ini juga terletak maruah kami, maruah ibu-bapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami. Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. Kami muslimah bukan Harajuku girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang tapi berambut blonde.

Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan menjadi isu basi kerana ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata, tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami mahu cantik di mata ALLAH; sebagai KEKASIH awal dan akhir kami. Juga sebagai kekasih awal dan akhir untuk suami2 kami nanti...

Kita manusia mudah lupa walaupun sering diberi peringatan. Muslimah perlu sedar, tugas kalian amatlah besar kerana guru-guru pendidik bangsa, pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang Islam, semuanya akan lahir dari kalian. Andai kalian rosak, adakah bakal yang lahir dari perut kalian kelak akan elok?

Benar, semuanya adalah ketentuan Allah S.W.T, dan iman juga tidak boleh diwarisi, tetapi prevention is better than cure kan? Cuba elak sejauh mungkin, berusaha menjadi yang terbaik, seterusnya baru diserahkan pada sebaik-baik perancang. Andai diri ini tersasar dari landasan, ringan-ringankanlah tangan kalian untuk memimpinku kembali ke landasan yang benar.

Jangan kalian mengutukkan aku di belakang kerana aku tidak dapat mendengarnya. Jangan pula kalian menjauh kerana, aku juga tidak bisa membaca hati kalian. Aku juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Tegurlah aku andai ada yang tidak enak di mata kalian. Segalanya mungkin ada hikmah kerana itu kita dituntut untuk saling menasihati.

Andai kalian ingin bersahabat denganku, aku berjanji menjadi sahabat yang terbaik buat kalian, kerna aku mencintai kalian seperti mana aku mencintai diri aku sendiri. Tetapi andai kalian ingin aku mengikut arus semasa memakai tudung berjenama selebriti negara, aku rela kehilangan kalian dari kehilangan tudung bulat. InsyaALLAH.. .

Akhir kalam pesanan dari saya...

Moga muslimah yang membaca ini masih ada rasa terkesan, walaupun sedikit di dalam hati. Atau ada yang malu mahu mengaku sebagai muslimah? Buat apa nak malu mengamalkan ajaran agama Allah S.W.T kan...Tanya iman anda semua

In case, saya sendiri pun tidaklah bertudung bulat. tetapi cara pemakaian menurut syariat itu perlu lah dijaga. Nak berselendang boleh. Tutup yang mana perlu. Kan senang jika kita faham konsep asasnya...

Saturday, May 8, 2010

Hati Yang Kau Sakiti.


Saya nak melayan perasaan jap. Aci tak? Bukan apa. Sebab lagu nie sedap muziknya. Jangan silap paham ehhh. Konfim. Memang takda kaitan dengan diri saya.


Lagu dari Rossa- Hati Yang Kau Sakiti.

Jangan Pernah Katakan
Bahwa Cintamu Hanyalah Untukku
Karena Kini Kau Telah Membaginya
Maafkan Jika Memang
Kini Harus Kutinggalkan Dirimu
Karena Hatiku Slalu Kau Lukai
Tak Ada Lagi Yang
Bisa ku Lakukan Tanpamu
ku Hanya Bisa Mengatakan Apa Yg Kurasa

ku Menangis MembaYangkan
Betapa Kejamnya Dirimu Atas Diriku
Kau Duakan Cinta Ini
Kau Pergi Bersamanya

ku Menangis Melepaskan
Kepergian Dirimu Dari Sisi Hidupku
Harus Slalu Kau Tahu
Akulah Hati Yg Telah Disakiti

Maafkan Jika Memang
Kini Harus Kutinggalkan Dirimu
Karena Hatiku Slalu Kau Lukai
Tak Ada Lagi Yang Bisa ku Lakukan Tanpamu
ku Hanya Bisa Mengatakan Apa Yg Kurasa

ku Menangis MembaYangkan
Betapa Kejamnya Dirimu Atas Diriku
Kau Duakan Cinta Ini
Kau Pergi Bersamanya

ku Menangis Melepaskan
Kepergian Dirimu
Dari Sisi Hidupku
Harus Slalu Kau Tahu
Akulah Hati Yg Telah Kau Sakiti

ku Menangis
Harus Slalu Kau Tahu
Akulah Hati Yang Telah
Kau Sakiti

Bercouple. Berkasih. Bercinta


Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.

Ber'couple' merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula 'masuk line'. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih 'advance' teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber'couple'.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, lepas tue tukar lagi dengan panggilan yang makin mesra abang-sayang dan sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini, hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan si dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya.

Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber’couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

Friday, May 7, 2010

Takda idea.


Saya tukar template blog ini lagi.

Ini kerana saya inginkan blog saya lebih bersifat matang, tidak bersifat budak2 lagi dan sesuai dengan tuan punya blog ini yang akan masuk 23 usia pada penghujung tahun ini. Usia hanya angka sahaja. Hidup menumpang, buat lah cara menumpang op! Ke guane? haha.

Dan lagi....

Entri2nya juga insyAllah akan dikemasikini secara yang lebih matang juga. Tapi sekarang saya tak dak idea nak menulis mengenai apa. Masa saya sedikit dicuri untuk update juga blog ganu
saya. Tak tahu lah cantik ke tidak. Saya taip jeh apa yang saya rasa nak taip. On the spot....

Perkembangan hari ini...Tiada apa yang menarik. Macam biasa jadi bibik segala sokmo. Sebab saya sedang dalam mood bercuti di rumah. Amrina Rasyada la pengarah saya.hehe. Anda faham kan? Mana aci budak kecik umur 8 bulan mengarah saya itu ini. Mengada2 adik saya nie...

Cuma dalam tengah hari tadi, saya dan keluarga menerima kunjungan terancang dari Pak Cik Sulaiman dan keluarganya. Datang nak melihat rumah sewanya di Taman Chukai Indah. Sebelah rumah saya je. Sekarang rumah itu sedang di kemaskini dan dengan segera akan disewakan kepada penyewa seterusnya. Satu minggu lagi kot dapat penyewa baru lagi gamaknya. Sempat juga la saya dan ummi masak untuk makan tengahari bersama-sama. Haha. Apabila dua keluarga makan bersama menjamu selera, meriah la jadinya kan...

Esok hari untuk meraikan warga pendidik di Negeri Terengganu. Tempatnya di Padang Taman Bandar Chukai. Abah kena pergi laa esok pagi2 hari. Saya tak tahulah. Kesihatan tidak mengizinkan. Demam selesema batuk segala...

Wednesday, May 5, 2010

Tag sokmoo.

Nampaknya saya kena berterima kasih sekali lagi la kat fatah. Mentang2 laa hari ini hari kelahiran beliau (hari jadi), beliau dengan sengaja telah sudi men"tag"kan saya yee.

haha.

Takpa. Saya suka menerima kebaikan dari orang lain nie. Dan saya pun nak membalas laa juga dengan kebaikan saya.

Saya akan jawab soalan2 yang telah ditanyakan oleh si tukang tag :

1. 5 fakta mengenai saya (5 facts about me)

- Seorang muslimah
- Bertudung menutup aurat
- Senyum seindah suria
- Seorang kakak kepada adik2nya
- Pelajar sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian)...akan memasuki ke tahun ketiga pengajian pada bulan Julai ini.

2. 5 benda yang menakutkan saya (5 things that scares me)

- Takut TUHAN (off course kena takut sentiasa)
- Gagal dalam belajar (Kena ulang paper yang sama...adduuh)
- Kena marah (jangan berkasar dengan saya)
- Dilaknat Allah S.W.T (Nauzubillah min zalik!)
- Binatang yang menakutkan

3. 5 perkataan saya selalu cakap banyak (5 words i say a lot)

- Saya
- Chah
- Shah
-Amrina
- Rasyada

4. 5 benda berharga dalam hidup saya (5 valuables in my life)

- Abah dan Ummi (Parents)
- Along (1 orang je)
- Adik2 (5 orang semuanya)
- Diri sendiri (me and myself)
- Suami (bila dah kahwin nanti laa...bukan sekarang eh)

5. 5 perkara pertama (5 of my first times)

- Anak pertama dalam keluarga yang merasai pengalaman berkonvo dan naik pentas untuk diploma.
- Kakak sulung dalam keluarga (anak perempuan yang pertama kann)
- Pertama kali naik bot tambang ke Seberang Takir tahun lepas.
- Pertama dan terakhir makan pizza hut masa tahun 2007.
- Tak ingat dah sejarah pertama kali saya bila lagii...

Seterusnya. Saya nak memberi tag ini kepada : nadia, insyirah, dindang, fatah kembali, iqa dan so on...