Tuesday, January 17, 2012
TEStex
Cakap pasal praktikal ataupun latihan industri ini -
actually pada awalnya agak pening nak fikir kat manala tempat nak apply, camna caranya, bila boleh dapat result and so on. starting on october month agi, saya dan kawan-kawan sekelas duk sibuk handle untuk praktikal masing-masing. saya sendiri, at first takmau fikir serabut. saya passed aja kat my friend, ummi suh masukkan sekali nama saya dalam application letter faculty. tapi resume sendiri buat la op. takkan mahu amik orang punya pulak op. hihiii...
then - kitorang apply di company TEStex Kawasan Perindustrian Jakar 3, EPIC Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan iPerintis Kerteh. ada lagi tambahan, saya sendiri personally apply juga di kerajaan sector: iaitu di TATI dan UPMN, Pejabat SUK Wisma Negeri. nak dijadikan rezeki saya, alhamdulillah ke-limalima application saya di atas telah diterima, eventhough ramai kawan saya takdapat pun di tempat sama dengan saya tue. bila dapat result tue, timbul rasa bersalah sangat-sangat sebab kesian kat mereka yang tak dapat mana-mana pun. aduushh..maaf la, saya tak tahu kenapa company berebut nak pilih saya je ;/
sebelum apply, saya blur. tapi bila dah dapat banyak tempat, pening kepala pula nak accept yang mana satu. saya buat istikharah nak dapatkan pilihan terbaik. selagi saya tak dapat guideline, kawan saya sibuk duk tanya nakgi yang mana satu nie. so..biasanya saya cakap tak tahu lagi yang mana nak accept. akhirnya saya decide join company swasta sebab ada elaun yang boleh tahan cukup makan, and tempat yang dekat dengan rumah aje la.
finally, saya accept ke TEStex (M). saya ajak sekali athirah dengan saila praktikal dengan saya. goood..diorang ok saja. sebab memang diorang takdapat tempat praktikal pun lagi. dan insyA kami akan jadi team mates again time praktikal nanti.
i hope that everything will be ok and insyA God with us.
sudah mau praktikal
bulan februari 2012 ya..
ada ceritanya pada bulan ini. saya pernah cakap pada entri lepas bahawasanya saya ada praktikal training, right? yup. ia akan bermula pada bulan dua..insyA hope semuanya akan berjalan lancar dengan izin-Yang Maha Esa! dengan ini saya nak cakap yang saya akan mula berpraktikal pada ___ hb februari di satu company swasta bernama TEStex (M). yang best, elaun dapat. hihi bolehla buat bekalan kan. kalau nak cerita selanjutnya...tungguuuu insyA bakal saya stori details lagi selepas ini, ok ;)
p/s: daripada 5 company yang offered, i don't know why i have choose this company. nervous tak usah nak cakap
Tuesday, January 10, 2012
2011 meninggalkan kita
Bismillahirrahmanirrahim...
Hai. hai. hai. Assalamualaikum w.b.t
Salam ukhuwah fillah pada semuanya. Semoga semua tetamu blog ini sihat dengan rahmat dan kasih sayang dari Allah S.W.T selalu. Yang masih sudi menjenguk ke blog ini. Dah lama tak berkemas. Bersawang berhabuk semuanya cukup lengkap pakej saya mahu cakap ;)
Pertamanya - Saya sebagai penulis nak minta maaf sangat2 sebab terlalu lama tak bercerita di sini. Memang saya sengaja mengabaikan blog ini, iyelah. Fokus pada pelajaran yang paling utama buat saya. Dan sekarang Alhamdulillah saya sudah boleh menghela nafas yang agak panjang. Tahniah untuk saya, insyAllah pengajian bachelor saya bakal diiktiraf dalam tahun ini - 2012 selepas tamat latihan industri selama 6 bulan nanti. Mohon doa semuanya, biar perjalanan saya selepas ini dipermudahkan oleh-NYA.
Keduanya - Tahun 2012 baru melangkah, meninggalkan sayup nun jauh selama 360 hari angka 2011. Semakin kita meniti usia "tua". Bertambah lagi satu angka menandakan kita sememangnya tidak dapat lari dari hakikat hidup kita bahawa kita dari hari ke hari kita semakin matang dalam segalanya. Saya pun mengharapkan saya akan menjadi semakin dewasa, biarlah orang cakap saya tak matang pun. Sekurang-kurangnya saya berusaha menjadi yang terbaik. Biarlah orang fikir saya tak baik sekalipun kerana memang kita semua ada kurangnya juga. So, Saya cuba juga untuk menjadi insan muslimah yang lagi baik (insha'Allah).
Peristiwa tahun 2011 meninggalkan kenangan bermakna bagi diri saya, actually. Ada kenangan manis, pahit, masam jua semua ada. Yang paling bermakna saya dapat kek birthday. hehe. Usia saya belum bertambah satu angka, tak cukup pun lagi 12 bulan. hihii baru 2 bulan bertambah. Ini lah nikmat bila dilahirkan pada bulan-bulan terakhir kan. Alhamdulillah bersyukur dengan apa anugerah, nikmat, ciptaan dari-NYA. Setiap ciptaan pasti ada sebab musababnya. Tak payahlah nak rendah-rendahkan kekurangan orang lain, op.
Sebenarnya, ramai juga dalam kelas saya yang berkongsi bulan kelahiran yang sama. iaitu November coming. Tengok kek saya kat bawah ini pun turut berkongsi dengan rakan serumah saya - Khairunnisaa'. Kami sama bulan tapi tak sama tarikh. Perangai pun tak sama, ok. Apa pun thank you very much pada semua rakan serumah saya yang lain nak buat surprise kononnya nak bagi saya potong kek gulung je masa hari itu, Saya suka dapat makan kek gulung. But after that, rupanya ada satu lagi kek yang comel macam kat bawah ini. sedap yummmy. Saya makan banyak kot kek ini masa jadi birthday girl ;)
Lagi. bulan Disember punya cerita. Saya berkongsi kegembiraan untuk kawan baik saya since dari diploma dan bachelor sama kelas sama kursus di Terengganu - Saila. Selamat menjadi tunangan orang. Minta maaf, saya tak cakap pun kat dia saya mahu kongsi gembira saya di blog ini. Harapnya dia tak akan marah saya. Suka dapat pergi ke rumah kawan saya masa majlis tue. My first time saya di Kampung Sungai Tong. hehe..macam lah saya bukan orang Terengganu op. Tahniah untuk Saila dan Syafiq. Semoga hubungan ini diredhai diberkati Allah S.W.T dan selalu dikurniai kasih sayang sehingga ke Syurga. Hope so for both of you. Kahwin nanti insyA akan sampai sekali lagi jika diizin-Nya.
Terima kasih untuk semua rakan serumah saya di Taman Perumahan Gong Badak 5. Setiap detik masa bersama amat bermakna. Eventhough ada sahaja yang tak tersengaja silap faham, harap semuanya dihalalkan. Jangan dipendam sehingga meletup. Susah nanti untuk ditebus di lain hari kan
Saya sayang belaka mereka ini - special thanks to Zaha, Tira, Fiza, Khuz, Kak Ema, Mira, Nad. Masa praktikal nanti elok-elok bawa diri. Semoga berjaya
Lastly - saya dengan bangga nak juga perkenalkan classmate saya sepanjang 4 tahun menjadi pelajar Bachelor in Computer Science. Terima kasih banyak-banyak kasih sayang pada semua ahli yang ada. Ramai tak ramai semuanya cukup lengkap ada dalam gambar ini. 46 termasuk saya. Kami lah student batch ke - 3 yang paling ramai. Kami juga anak kesayangan lecturer-lecturer FIT tau. hihi ~
Pesanan penulis:
Kredit untuk Jimi susah payah letih semua sebab nak amik gambar kami sekelas. Masing-masing ada mood yang comei-comei kan.
Subscribe to:
Posts (Atom)