Dalam kami smskpp5 sibuk amat dengan beberapa midterm, kuiz, group dan individual presentation after raya 1431 H ini, program bergotong-royong di rumah anak-anak yatim Darul Falah tetap diteruskan. Pada awalnya, sambutan kurang ada. Tetapi nasib baik apabila sudah last minute, penyertaan menggalakkan.
Itulah dia, Allah s.w.t sudah beri sedikit ruang untuk kita. Cuma tinggal kita sahaja yang harus berfikir jalan keluarnya macam mana. Jika kita buat sesuatu kerja itu dengan penuh ketaqwaan dan ikhlas kerana-Nya, insyAllah kita akan diberkati dan mendapat pahala. Tidak perlu menggunakan modal dan tenaga yang banyak, op :)
Buktinya jelas dari Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Sesiapa yang bertaqwa nescaya Allah s.w.t tunjukkan kepadanya jalan keluar (dari kesulitan) dan Allah s.w.t akan memberi rezeki dengan jalan ia tidak sangka-sangka"
(Surah at-Talaq : 2 dan 3)
Alhamdulillah pujian untuk DIA setingi-tinggi nya. nampaknya semua hampir 60 orang peserta (pak cik bas, adik, kakak dan abang diploma dan ijazah sarjana muda. hehe) yang sudi menyertai program tadi sudah semaksima mungkin memberi komitmen dengan baik dan bersungguh-sungguh. Jalan yang sebaik-baiknya ialah dengan menjadikan kata-kata Khalifah Umar Bin Abdul Aziz ini sebagai panduan hidup kita iaitu :
"Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari."
Sesungguhnya orang-orang yang hidup dengan mementingkan dunia dan menyisihkan akhirat adalah serugi-rugi manusia. Sebaliknya kita harus menumpukan kedua-duanya agar kita akan memperolehi kesenangan di dunia dan kebahagiaan akhirat.Nah! dengan ini lah, dijamin kita akan mencapai kesenangan hidup di dunia yang merupakan tempat persinggahan sementara. Di akhirat sana, sudah tentu kita juga berharap akan mendapat penghidupan yang bahagia. InsyaAllah.
0 komen sahaja:
New comments are not allowed.