Monday, October 25, 2010

sifat pasangan anda.

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Thursday, October 21, 2010

monolog.


Di atas hamparan sejadah suci,
Hamba menadah kedua telapak tangan ini,
Bagi memohon keampunan dan rahmat dari-Mu,
Agar diberikan hamba hidayah serta taufiq-Mu,
Supaya tidak tersimpang hamba dari jalan-Mu.

Hati hamba merasa hambar dan sunyi,
Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati,
Jiwa hamba kosong dan takkan berisi,
Melainkan dengan redha Yang Maha Mengetahui,
Yang menemukan hamba dalam
bingkisan restu Yang Maha Mengasihani.

Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari,
Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat Ilahi,
Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari,
Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi
Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni.

Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni,
Sujud dahi hamba mencecah ke bumi,
Tanda syukur hamba akan kebesaran Ilahi,
Tidak terukur nilai cinta-Mu yang tinggi,
Tidak terhitung nilai kasih-Mu
yang bertambah setiap hari.

Ya Rabbul Izzati…

Sudikah Kau menerima cinta hamba,
yang hina dengan longgokan dosa ini?
Semoga keampunan mendapat tempat,
untuk hamba yang sering lupa diri,
Semoga rahmat-Mu sentiasa hadir menemani,
Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai.

Hamba amat mendambakan cinta dari-Mu,
Hamba juga mengharapkan pertemuan dengan-Mu,
Diri hamba ini dahaga akan belaian kasih-Mu,
Hamparan sejadah suci hamba buktikan pada-Mu,
Sujud cinta hamba hanyalah
untuk Tuhan Yang Berkuasa di atas segala sesuatu!

Friday, October 1, 2010

darul falah menggamit memori


Dalam kami smskpp5 sibuk amat dengan beberapa midterm, kuiz, group dan individual presentation after raya 1431 H ini, program bergotong-royong di rumah anak-anak yatim Darul Falah tetap diteruskan. Pada awalnya, sambutan kurang ada. Tetapi nasib baik apabila sudah last minute, penyertaan menggalakkan.

adik darjah lima ini punya niat dan cita-cita mahu beli telefon tangan sendiri, katanya. masyAllah beruntungnya kita yang masih ada keluarga, kan

Itulah dia, Allah s.w.t sudah beri sedikit ruang untuk kita. Cuma tinggal kita sahaja yang harus berfikir jalan keluarnya macam mana. Jika kita buat sesuatu kerja itu dengan penuh ketaqwaan dan ikhlas kerana-Nya, insyAllah kita akan diberkati dan mendapat pahala. Tidak perlu menggunakan modal dan tenaga yang banyak, op :)

Buktinya jelas dari Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Sesiapa yang bertaqwa nescaya Allah s.w.t tunjukkan kepadanya jalan keluar (dari kesulitan) dan Allah s.w.t akan memberi rezeki dengan jalan ia tidak sangka-sangka"

(Surah at-Talaq : 2 dan 3)



Alhamdulillah pujian untuk DIA setingi-tinggi nya. nampaknya semua hampir 60 orang peserta (pak cik bas, adik, kakak dan abang diploma dan ijazah sarjana muda. hehe) yang sudi menyertai program tadi sudah semaksima mungkin memberi komitmen dengan baik dan bersungguh-sungguh. Jalan yang sebaik-baiknya ialah dengan menjadikan kata-kata Khalifah Umar Bin Abdul Aziz ini sebagai panduan hidup kita iaitu :

"Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari."

Sesungguhnya orang-orang yang hidup dengan mementingkan dunia dan menyisihkan akhirat adalah serugi-rugi manusia. Sebaliknya kita harus menumpukan kedua-duanya agar kita akan memperolehi kesenangan di dunia dan kebahagiaan akhirat.


Nah! dengan ini lah, dijamin kita akan mencapai kesenangan hidup di dunia yang merupakan tempat persinggahan sementara. Di akhirat sana, sudah tentu kita juga berharap akan mendapat penghidupan yang bahagia. InsyaAllah.

"Di mana saja kamu berada, kamu akan menemui maut, sekali pun kamu berada di dalam mahligai yang kuat dan kukuh."

(Surah An-Nisa:78)