Monday, September 6, 2010

aduhai puteriku sayang


ada apa pada tarikh 29 haribulan lapan 2010 ye? jap nak fikir dalam-dalam sikit. ooh ya..

"Selamat Hari Lahir Amrina Rasyada ke - pertama"

Alhamdulillah syukur saya panjatkan kepada Allah s.wt. dengan izin-Nya adik sudah memasuki ke angka - pertama dalam hidupnya. sudah genap usia 1 tahun adik membesar dengan semakin baik nampak gayanya. dan juga semakin aktif dan hyperaktif juga. lenguh kakak dan abangnya mahu melayan semua kerenah adik ini. semua sayang teramat sangat pada adik kecik yang seorang. nahh! buktinya adik sudah ada lebih 5 pasang baju raya yang di sponsor. hehe. sungguh tidak aci laa


Aduhai puteriku sayang
lembutmu tak bererti
kau mudah dijual beli
kau mampu menyaingi
lelaki dalam berbakti

lembut bukan hiasan
bukan jua kebanggaan
tapi kau sayap kiri
pada suami yang sejati

di sebalik bersih wajahmu
di sebalik tabir dirimu
ada rahsia agung
tersembunyi dalam diri
itulah sekeping hati
yang takut pada illahi
berpegang pada janji
mengabdikan diri

malumu mahkota yang
tidak perlukan singgahsana
tetapi ia berkuasa
menjaga diri dan nama
tiada siapa yang akan
bisa merampasnya
melainkan kau sendiri
yang pergi menyerah diri

ketegasanmu umpama
benteng negara dan agama
dari dirobohkan dan jua
dari dibinasakannya
wahai puteriku sayang
kau bunga terpelihara
maghligai syurga itulah tempatnya

- see. adik saya dengan wajah comot selepas dapat makan kek coklat hari lahirnya. kotor habis baju baru hadiah daripada kakaknya ini -

0 komen sahaja:

Post a Comment