Thursday, September 30, 2010

jalan sehala



Tuhanku Maha Pengasih
Tuhanku Maha Penyayang
sebelum sempat pun
tangis ku jatuh ke bumi
rahmat-Nya menyambut segera
membisik bujukan penawar bersakti...

Apa lagi nak ku gusar
cinta-Nya tak pernah gagal
hadir di kala sepi
di kala ku bersedih!

Aku hanya berpegang janji
janjinya kesungguhan yang pasti
pintu kemenangan
lorong bercahaya
langkah untuk ku pulang
jalan sehala...

Aduhai ibuku yang satu
jangan lah ada barang ragu
biarpun seberkas dalam hati
andai ku terkorban nanti
sedang meniti kasih...

Tuesday, September 21, 2010

baiti jannati


SalamUkhuwwah fillah.

Maaf adalah perkataan pertama terbit dari hati saya di saat ini. tiada alasan yang kukuh untuk diri ini menidakkan jari-jemari yang tidak berapa cantik ini (ngeh10x) lalu pantas sekali saya ingin menaip ayat-ayat blogspot di sini. iyelah, setelah agak lama saya menyepi buat seketika - bukan sengaja sepi tanpa bicara. tetapi tuntutan saya sebagai seorang pelajar sepenuh masa buat masa ini telah menggerakkan hati saya supaya lebih bertambah fokusnya pada pelajaran.

along (mughi), abah, alang (anas), ateh (madyie) dan acik (aimin)

duhai cik ecah sayang - abah sudah banyak kali berpesan :

"belajar biar cemerlang, ok. pastikan target 3.oo pointer ke atas dapat dicapai setiap semester!"

oohh yeeh. insyAllah abah. I'll do my best. please forgive me if i am wrong. thank you :)

kata-kata itu amat berharga. setiap perkataan dan tindakan kita saban waktu adalah mencerminkan nilai peribadi dan sikap kita.

adakah kita ini patuh pada arahan Allah s.w.t?

adakah kita sudah benar-benar menjadi muslimah sejati?

mahukah kita berubah ke arah kebaikan yang sebenarnya?

haa'ah. itulah yang patut saya, anda dan semuanya fikirkan selalu. jangan kata kita belajar hanya untuk lulus peperiksaan semata-mata. nop!! this is actually wrong idea. kita sebagai muslim belajar adalah untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.

"Ilmu itu pelita hati. Tanpa ilmu di dada sukar untuk berbicara."

hehe. bijak sekali kata-kata itu ingin mentafsirkan maksudnya yang tersurat kan?

mari kita menuju ke arah kesempurnaan iman. baiti jannati, amiiin..

Monday, September 6, 2010

aduhai puteriku sayang


ada apa pada tarikh 29 haribulan lapan 2010 ye? jap nak fikir dalam-dalam sikit. ooh ya..

"Selamat Hari Lahir Amrina Rasyada ke - pertama"

Alhamdulillah syukur saya panjatkan kepada Allah s.wt. dengan izin-Nya adik sudah memasuki ke angka - pertama dalam hidupnya. sudah genap usia 1 tahun adik membesar dengan semakin baik nampak gayanya. dan juga semakin aktif dan hyperaktif juga. lenguh kakak dan abangnya mahu melayan semua kerenah adik ini. semua sayang teramat sangat pada adik kecik yang seorang. nahh! buktinya adik sudah ada lebih 5 pasang baju raya yang di sponsor. hehe. sungguh tidak aci laa


Aduhai puteriku sayang
lembutmu tak bererti
kau mudah dijual beli
kau mampu menyaingi
lelaki dalam berbakti

lembut bukan hiasan
bukan jua kebanggaan
tapi kau sayap kiri
pada suami yang sejati

di sebalik bersih wajahmu
di sebalik tabir dirimu
ada rahsia agung
tersembunyi dalam diri
itulah sekeping hati
yang takut pada illahi
berpegang pada janji
mengabdikan diri

malumu mahkota yang
tidak perlukan singgahsana
tetapi ia berkuasa
menjaga diri dan nama
tiada siapa yang akan
bisa merampasnya
melainkan kau sendiri
yang pergi menyerah diri

ketegasanmu umpama
benteng negara dan agama
dari dirobohkan dan jua
dari dibinasakannya
wahai puteriku sayang
kau bunga terpelihara
maghligai syurga itulah tempatnya

- see. adik saya dengan wajah comot selepas dapat makan kek coklat hari lahirnya. kotor habis baju baru hadiah daripada kakaknya ini -

Sunday, September 5, 2010

pada-Mu aku bersujud



saya masih lagi begini. sedang meniti hari-hari pada minggu terakhir berakhirnya bulan ramadhan al-mubarak. juga sedang bertatih mempersiapkan jati diri mengambil berkat yang ada di sepuluh malam akhir bulan puasa ini. masih banyak sangat amalan-amalan rohani yang saya belum khatam lagi sepenuhnya.

allahuakbar ! ya allah, mohon sentiasa kuatkan iman saya yang terlalu amat lemah dalam segala-galanya. terasa kerdil yang amat sangat apabila kita berusaha menjadi yang terbaik sokmo kan? bukan sejuta kata pujian yang saya pinta, tetapi hanya sedikit kata sokongan dan harapan membina daripada kamooo semua. sayang kamoo juga insyAllah. di atas nama cinta ukhuwwah yang diredhai oleh-Nya selalu. hehe :)


pada-Mu ku bersujud menjadi halwa telinga saya saat ini. penghargaan tidak terhingga buat amat yang baik hati dan terbaek dari ladang.

kata dia : "takde pape laa, kak. saya bese2 jeh."

hehe. inilah ayat yang biasa saya dengar daripada junior ini dan junior itu juga. em uhlala~

ku menatap dalam gelap
tiada yang bisa ku lihat
selain nama-Mu ya Allah

esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

KAU tempatku meminta
KAU beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang selalu bertaubat

ampuniku ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyinya aku bersujud


"When you feel all alone in this world, and there's nobody to count your tears, just remember no matter where you are, Allah s.w.t knows always."

Thursday, September 2, 2010

fasting outing!


puasa ke-23 ialah hari terakhir saya berada di asrama untuk ramadhan kali ini. insyAllah petang ini saya akan berangkat pulang ke kediaman rasmi saya. semalam juga saya diberi peluang berbuka puasa bersama adik dan uncle bujang saya. hehe. kami pergi ke ke kfc di giant.

terima kasih daun keladi untuk uncle pak su din yang telah belanja kami makan-makan semalam. semoga dimurahkan rezeki lagi selepas ini yeeh :P