Wednesday, July 7, 2010

pesanan ayah pada anak perempuan bakal berkahwin.



1. Jaga dirimu baik-baik. jangan sampai berbohong dengan suami kerana dengan berbohong, suamimu akan meragui kejujuranmu dan berprasangka buruk terhadap dirimu. ingatlah dua hal ini merupakan racun di dalam rumah tangga.

2. Jagalah dirimu baik-baik. jangan sampai terlampau mengikut perasaan, kerana hal itu akan membuat rumah tangga serupa seperti neraka.

3. Jika suamimu seorang yang cemburu, hendaklah tidak berlebihan dalam berdandan dan menghias diri.

4. Hati-hati jangan sampai engkau memuji lelaki lain di depan suamimu, walaupun memuji dengan niat yang baik.

5. Jagalah dirimu baik-baik. jangan makan terlalu kenyang, kerana hal itu dapat merosakkan kecantikan paras rupamu dan menyebabkan kegemukan.

6. Ketahuilah kegembiraanmu berkait dengan kegembiraan suamimu. engkau yang dapat membuat dirinya bahagia dan dialah yang dapat membuat dirimu bahagia. sebaliknya engkau juga yang dapat membuat dirinya malang dan dialah yang dapat membuat dirimu malang.

oleh itu, berhati-hatilah janganlah sampai terjadi kebencian pertama antara dirimu dan suamimu, kerana kebencian yang pertama boleh disusuli dengan kebencian yang lain.

7. Taatlah suamimu sedapat yang mungkin dan hindarilah percakapan yang bersifat olok-olok, ejek-ejek dan perbicaraan yang tidak berguna. jangan sesekali cemburu kerana cemburu itu kunci penceraian.

8. Jagalah kesihatanmu baik-baik dan jauhilah penggunaan alat kecantikan yang dapat merosakkan kesegaran wajahmu dan kemanisan air mukamu.

9. Kerjakanlah dengan tabah dan sabar apa yang telah menjadi kewajipanmu.

10. Aturlah baik-baik urusan di dalam rumah tangga dan jangan sampai ada orang lain yang mengetahui rahsiamu.

Ingatlah wahai anakku!

0 komen sahaja:

Post a Comment