Saturday, July 31, 2010

sembelih ayam



program penyembelihan ayam mengikut kaedah islam akhirnya berjaya. success!!
first tahniah untuk pengarah program, zhariff adam bin abdul hamid. second - tahniah juga untuk timbalan pengarah bersama, iaitu shahzuichah. dan third tahniah di atas sokongan semua peserta yang bersemangat untuk hadir ke program ini daripada pagi sehingga malam hari. semuanya sangat rajin dan sporting bekerjasama.

hai encik ayam. apa habaq na?


ok, number
zero kembali - tahniah saya ucapkan kepada semua ajk-ajk merangkap exco-exco fits unisza kerana akhirnya berjaya menyempurnakan tugas anda bersama-sama. kerjasama anda amatlah saya hargai. saya sayang semuanya yang ada di sekeliling saya.

jutaan penghargaan dan terima kasih saya wish kepada ajk protokol - wawa, ila dan wahidah serta ajk makanan - nab, nisaa' dan zul. kamu semua tetap the best sebab mampu menyediakan yang terbaik untuk semua walaupun ada juga lebih dan kurangnya kan.

terima kasih teristimewa untuk ustaz suhaimi bin mohd, imam besar pusat islam masjid unisza. encik nazari pun cukup teruja sekali ingin berkenalan dengan ayam katanya, hehe

tetapi paling utama sebenarnya saya sayang lagi akan famili saya yang sekarang berada di rumah taman chukai indah. tiada yang lebih bermakna melainkan jika dapat berada bersama keluarga kita kan

"Sayang-sayang Allah s.w.t Sayang-sayang Rasul.
Sayang-sayang Nabi Sayang malaikat."


Saturday, July 24, 2010

balik sudah.


wow! and alhamdulillah. malam ini is the best time for me. iya lah. sudah pasti happy yang teramat sangat kan. orang yang ditunggu-tunggu selama 1 tahun yang lepas sudah kembali lagi ke malaysia. she is my younger sister. dia lah adik perempuan saya yang sedang belajar di alexandria university. balik ke malaysia ingin menghabiskan masa cutinya yang dua bulan itu. hehe.

hilang sedikit segala rindu saya pada dirinya. terima kasih untuk abah sebab sudi juga datang ke asrama saya dan kita dapat makan sama-sama di pok tom yam. macam family gathering la pula kan. tapi i likeee ~



Friday, July 23, 2010

mesra siswa fits 2010/2011


pada 10 hb julai yang lepas telah diadakan sesi bersukan bersama junior-junior baru dan beberapa orang lecturer-lecturer top fakulti informatik. aktiviti ini merupakan kesinambungan bagi minggu orientasi pelajar-pelajar baru sesi 2010/2011 di unisza.

so far semuanya berjalan dengan lancar alhamdulillah. terima kasih di atas kerjasama semua.

chayok-chayok!

Tuesday, July 20, 2010

tart nenas rocky nuts.


today is holiday di negeri terengganu. cuti sempena hari keputeraan sultan terengganu. so alang-alang takda keja banyak lagi - saya, adda dan nab pergi la ke rumah lecturer kami, iaitu puan gee untuk membuat biskut raya. dalam lebih kurang 7 jam kami stay di rumah puan gee. sambil melayan kerenah anak-anak puan juga. fuhh. nakal juga budak-budak ini yee :)

em. dan kali ini kami belajar menghasilkan biskut tart nenas dan rocky nuts. oh very yummy! memang sedap amat kedua-dua biskut raya ini. tart nenas memang saya suka dan tidak pernah miss setiap kali musim perayaan.


see the packaging. if mahu order biskut raya puan gee boleh datang ke blok ummu kalsum 110. insyAllah anda akan dilayan dengan sebaiknya. hehe

biskut tart nenas - rm 19 + 50 pcs
dan
biskut rocky nuts - rm 19 + 50 pcs



biskut cappucino slice - rm 21 + 50 pcs
dan
biskut shortbread - rm 21 + 50 pcs

Monday, July 19, 2010

blogger 1 tahun.


blogger itu apa? saya
blogger. anda yang membaca blog ini juga majoritinya juga blogger. ramai kawan saya, sahabat saya dan adik saya juga ada blog peribadi masing-masing. tidak kira lah blog peribadi, or blog untuk business promotion, or blog sebagai medan dakwah or blog for sharing anything happens in their life. semuanya ok bagi saya. dan saya suka semuanya.

tetapi itulah dia, atas malas dan rajin sahaja yang menentukan blog mereka semua masih bernyawa atau tidak. saya pun kadang-kadang ada perasaan sedikit malas bila tiba
time nak update new post. tetapi jari-jemari ini tetap rajin mahu menaip ayat-ayat blogspot. hehe :)

sedar tidak sedar. pejam mata celik semula - rupanya
sudah 1 tahun saya menjadi seorang blogger. tahniah untuk shahzuichah.blogspot kerana tetap gigih bertahan sehingga sekarang.



di awal-awal kemunculan blog ini, saya tidak tahu apa-apa. banyak sangat yang saya tidak ada pengetahuan langsung. ada juga yang kritik. ada juga yang menyokong. ada juga yang memuji. terima kasih untuk semuanya. i appreciate them insyAllah. but i am really wants to thank to mr. Osum. terima kasih banyak-banyak sebab sudi tolong saya. saya budak baru belajar. ada silap harap dimaafkan. yang baik dijadikan teladan dan amalan hidup. yang tidak elok dan tidak manis dipandang, sila lah buang jauh-jauh. ok...

Sunday, July 18, 2010

menjelajah ke fakulti infomatik.


hari ahad adalah hari kuliah yang paling memenatkan pada semester lima ini. kelas bermula pukul 8 am dan hanya berakhir pada jam 4 pm. rehat sebentar pada pukul 1o am dan 1 pm. oh tidak sama sekali. boleh tepu otak saya mahu stadi lima subjek yang amat tough semuanya. sudah dua biji buku teks saya rela hati membelinya. iye lah, mahu menjadi yang terbaik harus ada motivasi diri. baru berkat hidup kita di dunia.

nah
. pegang motto ini juga - beat the rest, be the best!

comel motto hidup saya, adda dan nab ini kan? i want to be like this too, insyaAllah.


ada orang kata,

- jika ingin berjaya, teruskan berusaha. jika ingin yang terbaik, teruskan juga berusaha -

ini sudah kira kali ke-berapa entah la saya dan kawan-kawan menjelajah lagi ke bangunan baru fakulti informatik unisza. em. menurut maklumat yang saya dengar, fakulti informatik ini merupakan bangunan yang paling cantik sekali di unisza. wah. tahniah untuk encik lecturer sebab mampu menjadi seorang designer yang bagus amat.


hari ini baru teringin mahu bergambar di sini. macam takda tempat lain yang mahu diambil gambarnya kan. semangat sains komputer sungguh la op. hehe

Saturday, July 17, 2010

program motivasi hilal asyraf.


assalamualaikum w.b.t.

sudah beberapa hari saya tidak menambah post terbaru di dalam blog ini. sudah namanya pelajar sepenuh masa, so apabila bermulanya semester baru, perkataan sibuk amat sinonim dengan saya. tetapi insyaAllah jika ada kelapangan dan juga wireless tidak meragam di unisza ini, blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan jayanya. yehh! :)

petang tadi saya sempat hadir ke program motivasi bersama hilal asyraf. so far, keseluruhan program ini amatlah bagus sekali. dalam pada ingin mendidik diri pelajar-pelajar ipta yang hadir, kata-kata semangat daripada sahabat hilal asyraf ini juga turut menyuntik nilai-nilai baru dalam diri saya.

mahu mengenali peribadi beliau yang amat tinggi nilai imannya? sila klik di sini.


suntikan yang amat berkesan, katanya sahabat hilal asyraf :-

"Dakwah dan tarbiyah bukan satu program kelab!"

Monday, July 12, 2010

roti pizza udang dan ikan


kelmarin saya, adda, ummi dan nab pergi ke bandar kuala terengganu. kami ada la sedikit mencari barang keperluan diri dan asrama. iye lah kan, kami sudah kembali lagi ke asrama setelah berehat sebentar selama dua bulan. sekejap sahaja dua bulan itu berlalu op.

ohh i really miss my sister baby - amrina debeb. sob-sob!


ada permintaan dari ummi dan juga adda mahu makan roti pizza hut yang latest version punya. nama dia dalam bahasa melayu adalah roti pizza udang dan ikan bersalut keju, lada tomato, dan bawang. hehe. ini bahasa ayat sendiri, ok

komen saya - sedap juga roti pizza version udang dan ikan ini. tetapi bagi saya yang kurang gemar akan keju, ia agak muak sedikit. terpaksa saya makan sedikit demi sedikit sehingga habis. kalau tidak, konfim tidak akan habis. em. ayat yang skema sangat kan. :)



Saturday, July 10, 2010

buat adik-adik kumpulan enam



esok semester 1 bagi sesi 2010/2011 akan bermula. sedar tidak sedar saya sudah melangkah ke tahun ketiga pengajian. wah. cepat sangat masa berlalu. sudah semakin tua rasanya. tetapi diri ini tetap macam budak-budak lagi. hehe.

hari semalam dan hari ini sehingga tengah hari tadi saya berkesempatan menjadi fasilitator bagi adik-adik baru di unisza. alhamdulillah seramai 88 orang (mengikut maklumat semasa) telah rasmi menjadi pelajar baru fakulti informatik. ucapan setinggi tahniah pada semua yang telah menyahut cabaran untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi. harap adik-adik akan selesa di sini dan belajar menerima unisza seadanya. Ok

kepada junior-junior smskpp, dtm dan dtmm kumpulan enam - anda semua memang hebat! gambate.

buat zuqi - anda memang seorang pemimpin. dan...akak harap zuqi boleh jadi ketua kelas yang bagus.

buat nina - nina comel pakai tudung syria. hehe

buat niesa, yati, izzaty, piqah dan syuhada - belajar molek-molek ok. adik-adik semua cukup berbakat sekali. dan jadi muslimah sejati juga insyAllah.

buat zaim, saiful, faisal dan edam - jangan malu-malu kucing lagi ye adik-adik. lelaki harus berani menghadapi apa sahaja cabaran, insyaAllah berjaya dunia akhirat.

buat semuanya, mari kita gegarkan fakulti informati unisza dengan pencapaian cemerlang kita. yehh.

Penasihat kumpulan kami yang sporting sangat, Encik Suhailan bin Shafei.

Friday, July 9, 2010

sarah sudah tunangan.



alhamdulillah seorang lagi rakan rapat saya akan melangkah ke satu fasa baru di dalam hidupnya. fasa ke alam pertunangan. eh, belum kahwin lagi la. baru tunangan sama pacarnya.

cukup ringkas nama diberi, sarah yusoff. kami sama-sama belajar semasa di udm dahulu. kami sama-sama mengambil diploma dan sekarang sudah bergelar mahasiswi udm. saya pernah menangis kerana dia, saya pernah ketawa juga kerana dia. banyak sungguh kisah hidup suka duka saya kan. hehe


apa pun - tahniah saya ucapkan kepada dia. semoga hubungan kalian sentiasa dirahmati dan diberkati Allah s.w.t. jagailah ikatan pertunangan ini baik-baik. hanya dengan ini, insyAllah akan berbahagia hingga ke syurga.

"Sampai syurga ku menunggu. Sampai syurga ku cintamu " bak kata faizal tahir.

pssst...

oh ya. bagus sekali itu anak ye. hehe. inilah penangannya sinetron indonesia alisa yang selalu saya suka menghadap tv3 setiap isnin hingga khamis. see? sampai terbelit lidah malaysia jati dah bertukar menjadi indonesia senggoti.

tanda-tanda begitu hampir kiamat.


rasanya sudah ramai di antara kita yang mengetahui akan semakin dekatnya hari kiamat dengan kita di dunia ini. takpa lah, saya tetap mahu post kan entri ini. iye la, bila kita selalu mengingatkan diri ini sebagai hamba kepada-Nya, pasti kita akan berlumba-lumba semuanya untuk mengejar kebaikan dan mencegah yang makruf.

So, mari kita baca satu persatu apa yang hendak disampaikan kepada umat Islam sebagai peringatan diri kepada semua hamba-hambaNya, Ok


1. Kewafatan Rasullulah

2.
Penaklukan Baitul Maqdis

3. Wabak Penyakit

Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

“Hitunglah ada enam peristiwa yang akan terjadi menjelang kiamat, iaitu kematianku, kemudian penaklukan Baitul Maqdis kemudian terjadinya kematian yang disebabkan oleh wabak penyakit yang akan menimpamu seperti penyakit Qu’as yang menimpa kambing.”

4.
Zina Bermaharajalela

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."


5. Bermaharajalela alat muzik

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.

"Ada yang bertanya kepada Rasulullah ; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?"

Baginda menjawab :

"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita."

6.
Menghias masjid dan membanggakannya

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid"

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia."

8.
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a :

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

9.
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai."

10. Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

"Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)."

dari Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.


Wednesday, July 7, 2010

girl istimewa


Ketika Aku menciptakan seorang wanita, dia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.

Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.

Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya. Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik tidak akan pernah menyakiti isterinya, tetapi telah menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.

Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk diteteskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila mana dia perlukan.


Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada.

pesanan ayah pada anak perempuan bakal berkahwin.



1. Jaga dirimu baik-baik. jangan sampai berbohong dengan suami kerana dengan berbohong, suamimu akan meragui kejujuranmu dan berprasangka buruk terhadap dirimu. ingatlah dua hal ini merupakan racun di dalam rumah tangga.

2. Jagalah dirimu baik-baik. jangan sampai terlampau mengikut perasaan, kerana hal itu akan membuat rumah tangga serupa seperti neraka.

3. Jika suamimu seorang yang cemburu, hendaklah tidak berlebihan dalam berdandan dan menghias diri.

4. Hati-hati jangan sampai engkau memuji lelaki lain di depan suamimu, walaupun memuji dengan niat yang baik.

5. Jagalah dirimu baik-baik. jangan makan terlalu kenyang, kerana hal itu dapat merosakkan kecantikan paras rupamu dan menyebabkan kegemukan.

6. Ketahuilah kegembiraanmu berkait dengan kegembiraan suamimu. engkau yang dapat membuat dirinya bahagia dan dialah yang dapat membuat dirimu bahagia. sebaliknya engkau juga yang dapat membuat dirinya malang dan dialah yang dapat membuat dirimu malang.

oleh itu, berhati-hatilah janganlah sampai terjadi kebencian pertama antara dirimu dan suamimu, kerana kebencian yang pertama boleh disusuli dengan kebencian yang lain.

7. Taatlah suamimu sedapat yang mungkin dan hindarilah percakapan yang bersifat olok-olok, ejek-ejek dan perbicaraan yang tidak berguna. jangan sesekali cemburu kerana cemburu itu kunci penceraian.

8. Jagalah kesihatanmu baik-baik dan jauhilah penggunaan alat kecantikan yang dapat merosakkan kesegaran wajahmu dan kemanisan air mukamu.

9. Kerjakanlah dengan tabah dan sabar apa yang telah menjadi kewajipanmu.

10. Aturlah baik-baik urusan di dalam rumah tangga dan jangan sampai ada orang lain yang mengetahui rahsiamu.

Ingatlah wahai anakku!

Tuesday, July 6, 2010

tahniah!


unisza-udm telah mengesahkan akan mengadakan istiadat konvokesyen kali-kedua pada 26hb julai dan 27hb julai 2010. sekejap rasanya masa berlalu, sudah 1 tahun saya berkonvokesyen kali pertama pada tahun lepas.

jadi tahniah untuk semua bakal graduan-graduan unisza-udm. semoga kejayaan di dunia dan akhirat sentiasa mengiringi perjuangan anda dalam menuntut ilmu. insyaAllah


pikom pc fair 2010


hobi saya melayari internet. blogging and update blog juga. banyak sungguh masa free saya kan. hari-hari boleh blogging. sambil saya surfing internet, di hp compaq saya ini selalu keluar pop-up windows macam ini. sebab saya guna antivirus avira maybe. iklan ini pun dari avira juga. hari ini baru saya tergerak hati mahu juga baca apa yang menarik sangat avira selalu promote every day. see?

wah. pikom pc fair 2010. bakal diadakan di TTC, Kuala Terengganu. macam kena betul dengan bidang saya sekarang. rasa mahu pergi juga la. yehh :)

pink.


minta maaf bihah sebab baru berpeluang
to say thank you untuk ini. souvenir ini saya dapat sudah lama kira-kira 2 bulan yang lepas. saya dan dia saling bertukar sesuatu sebagai tanda perpisahan. sekejap sahaja 1 tahun bersama dia. ex-roomate saya yang give me this pink colour key-chain. saya suka pink. sebab sweet~


see? sekarang key-chain ini sudah diwarisi sama adik debeb saya. suka pink juga rasanya adik amrina rasyada. suka saya pakaikan adik dengan baju kaler pink. comel la


em. terima kasih untuk nabihah abdul karim. sayang kamu juga. di atas nama
ukhuwwah fillah abadan-abadan. jumpa lagi di semester akan datang. insyaAllah dalam satu minggu lagi. akak rindu roti bakar bersalut coklat itu. sedap sangat dan rangup juga. hehe :)

Monday, July 5, 2010

antara halal dan haram


jeng-jeng. buku soal jawab muda-mudi tentang percintaan dan pertunangan ini merupakan salah satu siri panduan munakahat semasa (1). kiranya buku ini lebih kurang sama sahaja seperti modul kursus pra-perkahwinan. yang masih lagi ingin tahu apa yang boleh, apa yang tidak boleh, apa yang halal dan apa yang haramnya - boleh baca buku ini. siapa mahu pinjam sama saya, angkat tangan! hehe


tautan hati pemilik cintaku.


ini ada dua karya sahibah fatimah syarha mohd noordin. sengaja saya bercerita mengenai satu novel dan satu bingkisan ilmiah yang sudah lama diterbitkan ini. iye lah, hati kita suka sangat ingin berubah kan. setiap detik, setiap saat, setiap minit dan juga setiap hari pasti akan ada sesuatu yang kita inginkan.

karya pertama adalah bingkisan hati yang diberi nama pemilik cintaku. kak syarha menghasilkan bingkisan qani'ah buat suaminya ini dan ingin berkongsi dengan anda semua. ha. jom kita selami apa dia tip-tip penting untuk memenangi hati pasangan dan juga bakal pasangan anda, ok


Buat adik-adik remaja yang baru mahu mengenali cinta - ketahuilah bingkisan ini ingin membenihkan sebuah impian padamu agar memelihara kesucian cinta yang kerap teruji di alam remaja. dengarilah pesananku, cintailah Allah s.w.t nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki.

Buat bakal-bakal pengantin baru - ketahuilah bingkisan ini ingin memberikan gambaran kepadamu tentang hari-hari awal pernikahan supaya kau lebih bersedia membuat persiapan.

Buat pengantin baru - ketahuilah bingkisan ini ingin membuktikan padamu bahawa kebahagiaan itu bermula apabila kau menjaga keberkatan pertunanganmu.

Buat para suami - ketahuilah bingkisan ini menyingkap tip untuk memenangi hati isterimu.

Buat para isteri - ketahuilah bingkisan ini akan memotivasikan suamimu untuk lebih kreatif dalam membahagiakanmu dan mencuit kebijaksanaanmu untuk membahagiakannya.

Buat para ibu-bapa - ketahuilah bingkisan ini berguna untuk menyemarakkan cintamu di alam rumah tangga dan berguna untuk anak-anakmu membina paradigma baru agar tidak tertipu mengejar cinta sebelum berkahwin.

karya kedua merupakan novel ilmiah terbitan telaga biru yang bertajuk tautan hati. novel ini telah mendapat pengiktirafan novelis sayembara novel remaja jubli emas DBP 2006. wah hebat sekali kak syarha ini. semoga bermanfaat buat anda juga yeh.


Puas ku rayu, puas ku seru,
Jawapanmu tetap yang dulu.
Oh sukarnya mengajakmu!
Namun, kasihku padamu cukup padu.
Lantaran itu,
Aku kan terus menyerumu,
Pada Yang Satu.
Ku genggam kukuh suatu azimat.
"Kita hanya penyeru, bukan penghukum."
Ya Allah, ku harap bantuan-Mu mengiringiku.
Seru dan terus menyeru,
Itu tugas Rasul-Mu.
Akan ku teruskan semampuku.
Hingga ke hujung waktu.

jika mahu output hati yang kekal abadi, saya syorkan anda baca kedua-dua bahan bacaan kak syarha ini. ok insyAllah dijamin akan beres segala persoalan hati anda itu. hehe

Sunday, July 4, 2010

selamat tinggal silamku


selamat tinggal silamku
pergi jauh dariku biarkanku
jangan ganggu diriku duhai silamku
penat sudah ku tanggung beban diri
kelak akanku ganti dengan senyuman
walaupun pahit dan masih ku terasa
mungkin kali ini kan ku mampu mengharungi
mimpi jiwa ku ini diri yang lemah oh kasihku
selamat tinggal silamku
pergi jauh dariku


ekspo pendidikan


alhamdulillah saya berkesempatan menghadirkan diri ke ekspo pendidikan sma (s) kampung laut pada 02hb dan 03 hb julai beberapa hari lepas. ekspo ini diadakan sempena penubuhan sekolah agama ini sejak tahun 2003. starting dari adik saya, anas yang telah menamatkan persekolahannya di sini. dan sekarang adik saya yang ke-5, fitri masih berada di tingkatan dua meneruskan generasi pewaris akan datang. generasi kahfi yang gemilang

semalam juga ada majlis makan malam amal sempena jualan meja untuk dana pembinaan bangunan tambahan di sma (s) kampung laut ini. majlis dinner ini diadakan bertempat di pusat konvensyen, taman tamadun islam. sebanyak 80 biji meja telah berjaya dijual. sumbangan dana ini juga akan diwakafkan sebagai sumbangan akhirat.

adik di dalam keadaan yang tidak selesa. sejuk sangat malam ini.

jeng-jeng. ini dia souvenir yang saya dapat semasa dua hari saya stay di sana. barangan palestine di hatiku. semua ada - t-shirt, key-chain, buku dan button badge. promotion special edition ini memang harganya sedikit mahal tetapi berbaloi juga. iye lah, bukan senang mahu dapatkan semangat palestin di malaysia kan. tambah-tambah yang original version punya. hehe


Thursday, July 1, 2010

kata-kata kegemaran lambang peribadi.


kata-kata yang biasa dituturkan oleh anda dan saya ada membawa maksud tersendiri. ada juga saya baca di laman orang mengatakan bahawa setiap kata-kata kegemaran kita seharian mencerminkan lambang peribadi masing-masing. wah. macam takut sahaja bunyinya kan.

mari kita semak apa perkataan yang sering anda ucapkan setiap saat dan juga minit. hehe

"Saya memang.."

Kamu menginginkan sesuatu yang boleh memberikan rasa selamat pada diri kamu. selain itu, kamu juga sangat mengambil berat tentang diri orang-orang yang disayangi

"Saya rasa.."

Kamu merupakan seorang yang sensitif dan agak emosi. pantang tersentuh, angin satu badan nampaknya. sebab itu lah harus menggunakan banyak pendekatan diplomatik sekiranya ingin berurusan dengan kamu. sekiranya kamu terluka, luka itu akan sentiasa diingati sepanjang hidup. dalam erti kata lain mereka ini agak pendendam orangnya.

"Saya fikir.."

Kamu dikatakan golongan yang bijak dalam membuat keputusan dan sentiasa berfikir jauh. kamu juga seorang yang gemar berfikir tentang perkara apa sahaja dan gemar bertukar pendapat tentang apa sahaja untuk meluaskan pandangan. bahkan kamu sentiasa bersikap terbuka untuk menerima idea dan pendapat yang baru daripada orang lain.

"Saya percaya.."

Kamu merupakan seorang yang bersemangat dalam hidup dan ia juga melambangkan keyakinan diri. kamu mudah percaya pada orang lain dan itu juga kelemahan diri kamu. namun yang penting, kamu percaya kepada diri sendiri dan juga kebolehan yang dimiliki.

"Pada pendapat saya.."

Jelas sekali kamu seorang yang yakin dengan apa yang kamu lakukan. tetapi kadangkala keyakinan itu tidak betul. jadi kamu harus belajar untuk menimbangkan pendapat orang lain juga.

"Saya tahu.."

kamu mempunyai pendapat yang kukuh tentang apa juga perkara. mungkin kerana kamu ini merupakan seorang yang gemar membaca dan luas pandangannya. kadangkala, kamu diibarat kan seperti "kamus bergerak". tanya lah apa sahaja, mesti kamu akan tahu punya. satu kelemahan kamu, kadang kala kamu seolah-olah berlagak, macam profesor yang serba tahu la pula.

"Saya akan.."

Kamu dikatakan sukar berkata tidak dalam apa jua perkara sekali pun apatah lagi perkara itu memang menjadi target utama kamu selama ini. kamu yakin kamu pasti akan berjaya mendapat apa sahaja yang kamu inginkan selama ini. tetapi ingat, usaha itu pun perlu ada, yakin sahaja tidak memadai buat kamu.

"Saya mesti.."

Kamu mudah berjanji dan kadang-kadang mudah lupa apa yang diperkatakan. kamu juga mudah bersetuju walaupun di luar dari kemampuan kamu sendiri.

Jadi...

Mula kan dengan perkataan INSYALLAH. supaya ada hubungan hati dengan Allah s.w.t. kerana semua perkara berlaku dengan izin Allah s.w.t jua tanpa kita ketahui bila saatnya ia akan terjadi.

Insyallah saya akan....
Insyallah saya tahu....
Insyallah saya berpendapat....
Insyallah saya fikir....
Insyallah saya rasa....
Insyallah saya memang....
Insyallah saya percaya....

sambil kita bercakap sambil keyakinan kita terbina. InsyaAllah

satu cinta



Ku memohon dalam sujud ku pada-Mu
ampunkanlah sgala dosa dalam diri
ku percaya Engkau bisa meneguhkan
pendirianku..keimananku...

Ku memohon dalam sujud ku pada-Mu
ampunkanlah segala dosa dalam diri
ku percaya Engkau bisa meneguhkan
pendirianku..keimananku...

Engkau satu cinta
yang selamanya aku cari
tiada waktu ku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu

walau seribu rintangan
kan menghadang salam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu
ku pasrahkan...

Oh Tuhan..
selamatkanlah hamba ini
dari segala fatamorgana dunia

Oh Tuhan..
jauhkanlah hamba ini
dari hidup yang sia-sia