Tuesday, April 13, 2010

Interesting Blog Award.


Seterusnya saya ingin mengucapkan Shengri Kuai Le sekali lagi untuk Fatah sebab bagi saya award lagi. Sudah dua kali beliau berbuat demikian. Sampai banyak dah rasanya nama Fatah mengisi entri post Chah op....emm, takpa2. Saya suka memuji orang nie. Berkat itu ada

Blog ini dinamai Interesting Blog Award. menarik ke? Rasa biasa2 jehh....

Banyak sungguh soalan2 yang ditanya-nya...adoo, pening kepala nak memikirkan jawapan yang terbaik. Kalau jawab soalan final exam minggu depan pun lagi bagus kot.

1. Apa yang anda akan buat bila anda tahu kawan anda tikam belakang anda?

Saya cakap dalam hati...biar laa. Dah memang perangai dia macam itu. Kita buat macam biasa jeh. Biar dia sedar sendiri. Hanya Tuhan yang tahu....dan pembalasan pasti ada di mana-mana

2. 6 orang dihati anda?

Abah, Ummi, Abang, Angah yakni diri saya sendiri, Adik perempuan 2 orang, Adik lelaki 3 orang

3. Anda rasa anda comel?

Saya merasakan diri ini masih belum sempurna untuk menjadi seorang yang comel sebegitu.

4. Single or taken?

Single sokmo....Tak kahwin lagi kan

5. Blog yang mana anda suka?

Blog amadanaksoleh kot. Sebab ia mendidik jiwa saya untuk fikrah insani. Dan blog-blog yang semuanya ada dalam blog list saya. Tq

6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?

Memang akan sentiasa kemas. Saya tak suka bersepah..

7. Lagu yang terakhir anda dengar?

Cinta Berkawan....ed-Coustic. Dalam blog saya laa

8. Last text message?

Sy dah sms amin td. Sy ada miting d luar udm. I'Allah blh jmpa frm 2.30pm - 4.30 pm today. Sori sbb sy pun dpt short notice dr bos....

haa, tekalah message dari siapa ini yee?

9. Last phone call?

HIRO

10. Hari terakhir anda menangis?

Menangis itu perlu ke tidak?

11. List 5 warna kegemaran anda?

Crazy warna pink merah kot sekarang. Tapi saya suka hijau. Boleh ke?

12. Orang yang terakhir anda ber'YM' ?

Dah lama tak ber-YM...Tiada yang sudi

13. Game yang anda paling suka ?

No games for me! Saya kan perempuan sejati

14. Adakah anda pemint MCR?

MCR itu apa? Tak tahu laaa

15. Ape perasaan anda masa jawap tag ini.?

Nak rush nie...Tak stadi lagi untuk final exam. Argghhh...tidak

16. Anda rasa tag ini best?

Best & xbest. Pikir sendiri... (Ayat Fatah)

17. Tag lagi 10 orang.

Siapa yaa? Maybe tak sampai 10 orang pun.

Dr. Nurul Insyirah, Dr. Amad, Nadia, Saila, darlingfarah, Una, Farah, Adda, Dindang dan so on....

Terima Kasih untuk segalanya....

Terima kasih juga untuk Zaireen sebab bagi juga award ini pada Kak Chah..haha.

Minta maaf kalau ada silap salah yee semua. Nak exam dah nie.

0 komen sahaja:

Post a Comment