Di Akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti bulan purnama; sementara amal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk.
Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke hadrat Allah S.W.T memohon sesuatu cadangan bagi manusia yang berpuasa di bulan Ramadhan.
Lalu Allah S.W.T bertanya : "Apa hajat Kau Ya Ramadhan?"
Ramadhan meminta Allah S.W.T memakaikan mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di bulan ini. Allah S.W.T lantas memperkenankan dengan mengurniakan 1,000 mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan. Di samping itu, ada tambahan lain iaitu setiap orang diberikan syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar.
Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1,000 bidadari yang rupawan. Setiap bidadari itu dilayan oleh 70,000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan menerawang di Syurga, mereka diberikan kenaikan boraq sebagai kapal terbang.
Tetapi Ramadhan masih tetap tidak mahu berganjak.
Allah S.W.T bertanya lagi, "Apa lagi kehendakmu Ya Ramadhan?"
Ramadhan meminta Allah S.W.T menempatkan pengamal puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di Syurga Firdaus. Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi 100 bandar daripada permata merah Ya'qut. Setiap bandar pula dilengkapkan dengan 1,000 mahligai.
Betapa hebatnya pengurniaan Allah S.W.T terhadap orang yang berpuasa di Bulan Ramadhan.
p/s : Kita masih berbaki 15 hari lagi untuk menyambut Ya Ramadhan....
0 komen sahaja:
Post a Comment