Monday, July 20, 2009

wanita memang cantik.


Setiap orang adalah unik. setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana Baginda telah ditentukan bersifat maksum. selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Kita tidak perlu berasa susah hati jika kita ini gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. biar bagaimana pun keadaan kita, kita tetap unik dan tanpa kita alam ini tidak sempurna.

Memang
Allah s.w.t menjadikan manusia dengan pelbagai rupa dan gaya. di situlah berkuasanya Allah s.w.t, Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. kita mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri kita.

Nah, anggap ia satu kelebihan. jika kita anggap kita buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. adakah kita menganggap kecantikan sentiasa membawa untung? tidak, tidak selalunya begitu. kadang-kadang kecantikan memusnahkan diri. setelah kita dikenali dengan kecantikan tersebut, ketakutan kita terhadap keburukan lebih besar daripada jika kita semula jadinya buruk.

Orang cantik akan fobia menjadi buruk. setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan diri sendiri. saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik menghadapi hari tua mereka? bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh
Allah s.w.t supaya ia boleh terbang dan menerjah api. samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. tontonlah filem atau drama-drama di TV. kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri.

Jika kita buruk setidak-tidaknya kita akan bebas dengan rasa riak dan takbur. penghuni neraka kebanyakkan nya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan
Allah s.w.t kepadanya. dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sifatnya sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . cantik pada pandangan Allah s.w.t adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah s.w.t. barang kali juga wanita yang tidak cantik, tapi dia faham Allah s.w.t tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya sasar. hargai diri anda kerana kewujudan anda membuktikan kekuasaan
Allah s.w.t yang tiada tandingannya dalam menjadikan sesuatu kepada tiada dan ada! Ok...

Jadi, mari laa kita bersama-sama merenungkan sedalam-dalamnya siapakah kita sebagai manusia dan hamba-Nya di sisi Tuhan yang Maha Kuasa

0 komen sahaja:

Post a Comment