Tuesday, March 8, 2011

Azab Bagi Wanita.


Just want to share little
peringatan bagi muslimah sekalian...:)

(tolong ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal)

Renungan khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri...

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah s.a.w menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah s.a.w menangis.

Beliau menjawab:

"Pada malam aku di-isra'- kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, aku dapat menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya."

Puteri Rasulullah s.a.w kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. Baginda menjawab demikian:

- Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

- Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

- Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

- Aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.

- Aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku melihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.

- Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.

- Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka.


Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Rasulullah menjawab,

* Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

* Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

* Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.


* Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.


* Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain dengan bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.


* Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking padanya kerana ia boleh melakukan solat tetapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.


* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.

* Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.


Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada semua kaum perempuan.

No excuseeee...please larrr :)


Tuesday, February 1, 2011

adam oh adam :)


Wahai adam...
Lindungilah hawa selagi kamu mampu,
bukan menyakitinya.
Bimbingilah hawa di jalan Nur-NYA,
bukan menyesatkannya.
Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,
bukan meracuninya.
Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,
dan saling membantu.
Hilangkanlah egomu kerana,
itu api yang membenamkan nur kebahagiaan.
Jaga diri hiasi peribadi,
kelak tunggu lah dia sebagai bidadarimu ♥

Ingatlah wahai lelaki!

Wahai lelaki jua wahai adam...

Taklukilah hati wanita hawa itu dengan bicara keikhlasan cintamu.
Bukan mengharapkan balasan.
Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu.
Hamparkan padang keikhlasanmu dengan memberikan,
kedua telingamu untuk mendengarkannya.
Wangikan mulutmu dengan bicara kitab Ilahi.
Ajarkan ia perihal sunnah junjungan mulia.
Atur langkahmu menuju jalan rimba berdaunkan kejujuran.
Indah pelangi di langit tinggi,
indah lagi pelangi di hati.
Bila bersemi bersama cinta Ilahi.

Ingatlah lelaki..Ingatlah adam!

Wahai adam..

Amatilah keindahan pelangi ciptaan Ilahi,
begitu cantik pada warna kebesaran ciptaannya.
Begitu juga indahnya pelangi cinta di hati ini.

Wahai adam beringatlah kamu~

Tatkala hati bertaut buat hawa,
Datanglah menjemput CINTA ♥
dengan senyuman keikhlasan.
Bicara kesetiaan dengan sapaan kejujuran.
Senyuman tanda kau benar-benar mencintainya ♥
Tanamkan bunga cinta kesyukuran,
atas zat dan nikmat kekuasaan Ilahi.
Menadah dua tangan menangis kesyukuran.
Dengan izin-Nya maka dibenarkan kau untuk merasa.

Merasa apa?

Merasa apakah itu perasaan cinta
dengan sebaik-baik penilaian.
Dengan sebaik-baik rujukan...
Baluti cintamu padanya dengan tangisan,
betapa di rasa diri itu kerdil...
Bukan dengan kemegahan pada maksiat bisikan syaitan,
jauhinya! bunuhinya..

Eratkan matamu melihat kalam-Nya..
Lunakkan telingamu dan ajarinya
dengan nafas alunan suci Quran.
Rajinkan kakimu bersamanya melangkah
menuju dakwah...
Wangikan mulutmu dengan penenang hati zikrullah
Perihal Junjungan mulia ajarinya satu per satu
Maka bertaut lah cinta berkati..

Subhanallah..

Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam,
di mana segala kesusahan, kesakitan, kesedihan,
kerinduan, kegelisahan yang dihadapi
dapat diharungi bersama dengan sabar dan redha
mengkafarahkan dosa-dosa kecil..

Bukankah kamu lelaki punya peranan besar terhadap hawa!
Lindungilah hawa itu.
Jadilah pemimpin imamnya yang terbaik.
Lindungilah hawa itu...

Itulah sebenar benar CINTA ♥

Wahai adam..
Sayang jua yang tidak sesekali mencampakkan ke neraka.
Cinta yang membawa ke syurga bahagia abadi.
Maka yang itu..
tunggu lah hawa itu sebagai bidadarimu kelak di syurga ♥

Monday, January 31, 2011

mesir meruncing!


Salam semua.

Saya sebenarnya takda apa nak dikongsi buat masa ini. alasan yang mudah - kekeringan idea tidak sudah-sudah jadinya sekarang ini. hihi. tiada modal mahu bercerita lagi.
mood pun takda. sudah hilang dibawa arus :( hukhu.

Berita isu tunduk perasaan di Mesir makin meruncing. dalam tv3 tadi ada cakap situasi di sana sudah masuk ke tahap oren. apa itu? saya tidak tahu mana mengenai warna-warna ini. yang saya mahu tahu keadaan adik saya di sana. oh kerajaan malaysia, bertindaklah segera, ok! sayanglah akan nyawa rakyat malaysia di sana...dah, takmau cakap lebih2 di blog ini.

(nasib baik masa saya sedang menaip ini, kerajaan malaysia sudah membuat tindakan sepatutnya. selamatlah engkau....)

dalam facebook pun dah ada page mengenai ini.
Boleh like page ini juga.

- Dr. Nurul Insyirah -

Saya bimbang akan adik saya (gambar di atas kalau belum kenal beliau. hihi comel tak?) di mesir sekarang ini. bukan saya seorang la, semua ahli keluarga saya termasuk sekali. yang paling tak boleh nak senyap for sure ummi saya lah. setiap minit tak berhenti cakap pasal isu ini. betul dah, siapa tak bimbang kan. dia satu-satunya adik perempuan saya yang saya sayanggg lebih. sayang dia sangat la. dahla saya takda kakak perempuan yang boleh berkongsi semua cerita saya op. Along oh along - cepatlah kahwin. Mahu kakak ipar cepat-cepat. hakha :p

eshh..sudah jangan mengarut. kita sambung bab tadi ek

alhamdulillah pagi tadi - ummi ada try calling her. dapatlah dengar suaranya dalam keadaan mamai dan mengantuk. di sana sudah pukul 4 pagi, so memang patut dia tidur merehatkan minda kan? mood agak lega sedikit laa :) sedap sangat berbual dalam 2minit jeh kot, tooouuuuuuuuuut terputus panggilan. bila check kredit, see balance yang tinggal only RM1 selepas ditolak RM12. haha! terkejut ummi saya. haha...nak gelak. nak gelak :p

samapi di sini sahaja dulu...lain kali saya sambung menaip lagi di sini...

Monday, January 17, 2011

Teladan : Kenapa pakai tudung besar-besar?


Pada suatu petang..berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.


Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.

"Awak, boleh saya tanya?"

"Hmm, iya..boleh." Jawab saya sambil tersenyum.

"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.


Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.

"Tapi kenapa, ya?"

"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je." Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.

Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.

" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"

Dia mengangguk.

"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.

"Erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.

"Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, at least kecederaan tu tak la teruk." dia menjawab ringkas.

"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt? Saya bertanya lagi untuk menduga.

"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumacher, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa, kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ini pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.

"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak?" Saya terus bertanya.

" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt-belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar."

"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas."

"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan. Soal keselamatan, kena jaga."

Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.

"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."

Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.

"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seat-belt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan."

Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi. Dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.


"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik. Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"

Dia menggeleng kepala tanpa suara.

"Hmm, that's why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaannya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt. Hehehe."

Saya tergelak kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya.


"Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup?"

Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.


"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."

"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..Kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.

"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar? Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak?" Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.

"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..

Dia mengangguk...

"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start." Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.

"Iya." Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.

Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil bermonolog sendirian.

"'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir."

Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. Ameen.


Dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pinnya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...

Thursday, December 16, 2010

Kerajaan Cinta amat best.


Saya addicted amat dengan lagu ini buat masa ini. Lagu Kerajaan Cinta nama ia. Syahdu rasa meresap dalam jiwa. hukhuk sedih.
Lupakan sebentar lagu yang lain, ok. Bukan lupa terus. Saya akan layan lagu-lagu yang sedap didengar dan ada maksudnya tersendiri. Lagu jiwang evergreen pun ok jeh kot. Sedap juga. (haha galok budak ini)

Sedikit intro...

"Allah jangan palingkan wajahku dari arah kiblat-Mu. Jangan jauhkan hamba dari semua petunjuk cinta-Mu. Tak ada selain nama-Mu, Pemilik hidup dan matiku..."

Jika anda baca lirik lagu ini pun, ada makna yang bagus. Intro muzik lagu ini pun ada macam sedikit feel lagu korea laa. Terpegun kejap bila first time dengar. Saya pun tidak tahu sama ada lagu ini lagu baru atau lagu kurang baru, sebab baru jumpa minggu lepas. hekhek memang dadooongg la ichah op. Apa pun jika ada manfaatnya, ambil lah. Kalau tak ada, biarkan....yee


Maha Agung Sang Pencipta
Pemilik Syurga yang begitu indah
Maha Gagah Sang Pencipta
Semua tunduk atas kehendak-Nya
Di langit tertulis nama-Mu..
Dan bumi pun selalu bersujud...

Allah jangan palingkan
Wajahku dari arah kiblat-Mu
Jangan jauhkan hamba
Dari semua petunjuk cinta-Mu
Tak ada selain nama-Mu
pemilik hidup dan matiku...

Segalanya adalah milik-Mu
Kerajaan cinta yang teragung
Tuliskanlah rinduku di dalam
Takdir indah, saat kau memanggilku
Kembali...Kembali ...
Pada-Mu...