Saturday, July 31, 2010

sembelih ayam



program penyembelihan ayam mengikut kaedah islam akhirnya berjaya. success!!
first tahniah untuk pengarah program, zhariff adam bin abdul hamid. second - tahniah juga untuk timbalan pengarah bersama, iaitu shahzuichah. dan third tahniah di atas sokongan semua peserta yang bersemangat untuk hadir ke program ini daripada pagi sehingga malam hari. semuanya sangat rajin dan sporting bekerjasama.

hai encik ayam. apa habaq na?


ok, number
zero kembali - tahniah saya ucapkan kepada semua ajk-ajk merangkap exco-exco fits unisza kerana akhirnya berjaya menyempurnakan tugas anda bersama-sama. kerjasama anda amatlah saya hargai. saya sayang semuanya yang ada di sekeliling saya.

jutaan penghargaan dan terima kasih saya wish kepada ajk protokol - wawa, ila dan wahidah serta ajk makanan - nab, nisaa' dan zul. kamu semua tetap the best sebab mampu menyediakan yang terbaik untuk semua walaupun ada juga lebih dan kurangnya kan.

terima kasih teristimewa untuk ustaz suhaimi bin mohd, imam besar pusat islam masjid unisza. encik nazari pun cukup teruja sekali ingin berkenalan dengan ayam katanya, hehe

tetapi paling utama sebenarnya saya sayang lagi akan famili saya yang sekarang berada di rumah taman chukai indah. tiada yang lebih bermakna melainkan jika dapat berada bersama keluarga kita kan

"Sayang-sayang Allah s.w.t Sayang-sayang Rasul.
Sayang-sayang Nabi Sayang malaikat."


Saturday, July 24, 2010

balik sudah.


wow! and alhamdulillah. malam ini is the best time for me. iya lah. sudah pasti happy yang teramat sangat kan. orang yang ditunggu-tunggu selama 1 tahun yang lepas sudah kembali lagi ke malaysia. she is my younger sister. dia lah adik perempuan saya yang sedang belajar di alexandria university. balik ke malaysia ingin menghabiskan masa cutinya yang dua bulan itu. hehe.

hilang sedikit segala rindu saya pada dirinya. terima kasih untuk abah sebab sudi juga datang ke asrama saya dan kita dapat makan sama-sama di pok tom yam. macam family gathering la pula kan. tapi i likeee ~



Friday, July 23, 2010

mesra siswa fits 2010/2011


pada 10 hb julai yang lepas telah diadakan sesi bersukan bersama junior-junior baru dan beberapa orang lecturer-lecturer top fakulti informatik. aktiviti ini merupakan kesinambungan bagi minggu orientasi pelajar-pelajar baru sesi 2010/2011 di unisza.

so far semuanya berjalan dengan lancar alhamdulillah. terima kasih di atas kerjasama semua.

chayok-chayok!

Tuesday, July 20, 2010

tart nenas rocky nuts.


today is holiday di negeri terengganu. cuti sempena hari keputeraan sultan terengganu. so alang-alang takda keja banyak lagi - saya, adda dan nab pergi la ke rumah lecturer kami, iaitu puan gee untuk membuat biskut raya. dalam lebih kurang 7 jam kami stay di rumah puan gee. sambil melayan kerenah anak-anak puan juga. fuhh. nakal juga budak-budak ini yee :)

em. dan kali ini kami belajar menghasilkan biskut tart nenas dan rocky nuts. oh very yummy! memang sedap amat kedua-dua biskut raya ini. tart nenas memang saya suka dan tidak pernah miss setiap kali musim perayaan.


see the packaging. if mahu order biskut raya puan gee boleh datang ke blok ummu kalsum 110. insyAllah anda akan dilayan dengan sebaiknya. hehe

biskut tart nenas - rm 19 + 50 pcs
dan
biskut rocky nuts - rm 19 + 50 pcs



biskut cappucino slice - rm 21 + 50 pcs
dan
biskut shortbread - rm 21 + 50 pcs

Monday, July 19, 2010

blogger 1 tahun.


blogger itu apa? saya
blogger. anda yang membaca blog ini juga majoritinya juga blogger. ramai kawan saya, sahabat saya dan adik saya juga ada blog peribadi masing-masing. tidak kira lah blog peribadi, or blog untuk business promotion, or blog sebagai medan dakwah or blog for sharing anything happens in their life. semuanya ok bagi saya. dan saya suka semuanya.

tetapi itulah dia, atas malas dan rajin sahaja yang menentukan blog mereka semua masih bernyawa atau tidak. saya pun kadang-kadang ada perasaan sedikit malas bila tiba
time nak update new post. tetapi jari-jemari ini tetap rajin mahu menaip ayat-ayat blogspot. hehe :)

sedar tidak sedar. pejam mata celik semula - rupanya
sudah 1 tahun saya menjadi seorang blogger. tahniah untuk shahzuichah.blogspot kerana tetap gigih bertahan sehingga sekarang.



di awal-awal kemunculan blog ini, saya tidak tahu apa-apa. banyak sangat yang saya tidak ada pengetahuan langsung. ada juga yang kritik. ada juga yang menyokong. ada juga yang memuji. terima kasih untuk semuanya. i appreciate them insyAllah. but i am really wants to thank to mr. Osum. terima kasih banyak-banyak sebab sudi tolong saya. saya budak baru belajar. ada silap harap dimaafkan. yang baik dijadikan teladan dan amalan hidup. yang tidak elok dan tidak manis dipandang, sila lah buang jauh-jauh. ok...