Monday, June 14, 2010

Rintihan kalbu cc('_')


Hari ini
Tiada senda dalam bicara
Deru air mata
Merupakan segalanya
Sang hati
Bicara sendri
Bangunkan ummah bina generasi

Di bumi yang bertuah ini
Diriku mula mengenali
Matlamat hidup sebagai abdi
Kepada Allah...Allahu Rabbi

Diriku kini sebebas unggas
Terbang riang di angkasa raya
Menyanyi merdu irama kalbu
Indahnya...indahnya oh indahnya

Wahai generasi
Dengarlah pesanan ini
Bumi ini bumi bertuah
Suburnya sesubur tanaman di lembah
Melahirkan insan berjiwa tabah
Kutiplah mutiara mutiara iman
Untuk bekalan diri berpindah
Sebelum jejak kaki melangkah
Sebelum penyesalan membawa padah

Sahabat seperjuangan
Usah digentar musuh di hadapan
Pandanglah di depan balasan Tuhan
Syurga Firdaus menanti kalian

Teruskan oh teruskan
Perjuangan menegak kebenaran
Di dalam kebungkaman akhir zaman
Selagi hayat dikandung badan

Wahai teman seperjuangan
Dengarlah harapanku ini
Pohon untukku dalam doamu
Diriku pejuang Islam yang satu

Sunday, June 13, 2010

Rabithah by Izzatul Islam



Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cinta-Mu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahaya-Mu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia IMAN
Dan indahnnya tawakkal pada-Mu
Hidupkan dengan makrifat-Mu
Matikan dalam syahid di jalan-Mu
Engkau lah pelindung dan pembela

Friday, June 11, 2010

cinta sampai di sini - alisa


bila time masuk jeh pukul 2.o0 pm, saya terus buka tv3..ehe.

ada sinetron indonesia baru ditayangkan di tv3. tajuk dia
alisa. watak utama dia pun nama alyssa soebandono. digandingkan bersama hero yang hensem sangat. hero kacukan ini namanya evan. nama sebenar dia christian sugiono. sedap juga stori-nya bila part episod satu dan dua dan tiga. esok baru masuk episod empat.

oohh..sure lenguh saya mahu tunggu ending story sinetron alisa ini. mahu sampai beratus-ratus episodnya kan? haha. satu lagi yang bestnya, lagu tema alisa ini sedap. saya search lagu ia, jumpa la. kumpulan d'masive yang menyanyikan lagu tema sinetron alisa ini rupanya. patut pun sedap

mencuba untuk fahami. mencari telah hatimu. bila harus menangis. aku kan menangis. namun air mata ini telah habis. segalanya telah ku berikan. tapi kau tak pernah ada penantian. mungkin kita kita harus jalani. cinta memang cukup sampai di sini.....~

cinta sampai di sini....

Wednesday, June 9, 2010

warna kegemaran saya (khazisboutique contest).


apa warna kegemaran saya?

actually banyak warna saya suka. tapi
for this time, saya suka red colour. ada orang kata warna merah melambangkan anda seorang yang sangat berwibawa. dalam soal cinta pula, ramai yang suka meluahkan cinta kepada anda, tapi anda selalu berfikir dan berfikir lagi. akhirnya anda sendiri yang akan mengiyakan diri anda seorang yang sukar untuk jatuh cinta.

wahh..macam bagus aje kan maksudnya? hehe

Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembab berwarna merah di atas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenal.

haah..you see? nampaknya saya sudah menjadi seorang pakar warna untuk kesihatan la pula. hehe. banyak sungguh angan-angan saya ini. sambil saya sedap dan sedang menaip entri ini, saya asyik mendengar lagu lama yang dinyanyikan oleh hattan. tajuknya sekuntum mawar merah. anda sudah biasa dengar lagu ini kan? apa lagi. nyanyi aje la. (jangan sampai hujan sudah la yee). hehe

Sekuntum mawar merah...
sebuah puisi...
untuk gadis pilihan...
oooohh di bulan Februari
mulanya cinta bersemi dan kehadiran ribuan mimpi-mimpi
meresap di hati...haruskah ku ulangi
kemesraanmu dan cintaku
berlagu dalam irama dan syahdu
tapi mengapa hanya sementara
api yang menyala padam tiba-tiba...
ooohh...
terkenang kembali lagu cinta lama
kisah mawar berduri menusuk di hati
haruskah ku ulangi
apakah dosaku dan apakah salahku
sering gagal dalam bercinta
mengapa cinta hanya sementara
cinta yang menyala padam tiba-tiba

haha. bersemangat sungguh anda menyanyi lagu ini yee. terima kasih. tahniah. tahniah..

Kenapa saya tulis entri mengenai warna? entri ini dihasilkan khas untuk menyertai khazisboutique contest. contest kedua bagi blog comel ini cukup menarik sekali dengan tawaran hadiah yang cukup lumayan. saya sudah mencuba nasib. anda bila lagi?


wahh...pink colour laa. so sweet~

di khazisboutique ini, apa yang menariknya - banyak sungguh koleksi tudung, baju kurung, kain pasang dan juga blouse yang dijual dengan tawaran harga yang cukup menarik sekali. anda mahu lihat sendiri? klik di sini.

saya mahu tudung ini! lalala~

saya mahu baju ini juga. ok...tamak sungguh op?

apa tunggu lagi. jom ramai-ramai sertai khazisboutique contest. tapi rasanya contest ini khas untuk perempuan lagi sesuai. yang lelaki jika mahu mencuba, boleh sahaja. boleh hadiahkan untuk yang tersayang, tercinta dan terrr....(anda isi sendiri).


** ini syarat-syarat pertandingan. tarikh tutupnya till 15 june 2010. masih ada masa lagi untuk anda mengarang cerita yang menarik bangat. selamat mencuba yeh.

untuk hawa.


Hawa...

Andai engkau masih muda belia remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu. andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu. andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa...

Andai engkau belum berkahwin jangan engkau risau jodohmu. ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan. akhirnya lahirlah nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa. lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya. lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu hawa...

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu. biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu. cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa...

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana engkau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. cintailah kedua ibu bapamu kerana engkau akan perolehi keredhaan Allah. cintailah keluargamu kerana engkau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.