Wednesday, November 18, 2009

Kuala lumpur melambai2 ke arah kami.

*Ding..ding!

Peringatan : Ini mungkin entri terakhir untuk kali ini.Jika berkesempatan, akan ditambah lagi entri semasa bercuti di rumah.Kadangnya faktor kekangan masa turut mencemburui saya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa..hihi

Sesudah usainya segala urusan di sini untuk semester ini, Kami sekelas ada terlibat dengan satu trip sambil belajar (ataupun melegakan tensio
n sem tiga) ke Kuala Lumpur.Kami akan bertolak pada malam ini, 18hb terus ke tempat penginapan di Smk. Teknik Setapak..Dan insyaAllah dijangka sampai di sana pada pagi 19hb.Moga perjalanan kami diberkati-NYa

Pada sebelah paginya mengikut tentatif - Kami akan ke Multimedia Development Corporation (MDec), MSC di Cyberjaya untuk sesi b
eramah mesra dengan persekitaran suasana kerja di dalam bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.Maklum lah di Cyberjaya tempat berkumpulnya pakar2 IT yang sedia ada dan bakal menggantikan yang sedia ada..

* Adik2 senior tersenyum ceria bersama kakak2 junior *

Wajah kami yang terpilih menyertai lawatan ini.Bertarikh 25hb Februari 2009 yang lepas

Cik `Aishah Zunairah Binti Abdullah sebagai Pegawai Teknologi Maklumat, MDec
T______T

Chah, Zaha, Ummi di hadapan MSC Cyberjaya.

Jikalau hendak dihitung, ini merupakan kali kedua Chah dan segelintir kawan2 menjejakkan kaki ke MDec.Tujuannya juga sama, ingin mengenali lebih dekat keadaan sebenar semasa kami bekerja nanti..Taknak cerita panjang, gambar2 semasa trip yang kali lepas sila lihat sendiri yehh.

Harapan untuk lawatan kali ini, Chah akan lebih mendapat manfaat2 yang jarang diperolehi oleh semua orang.Selepas ke MDec, insyaA kami akan menyerang MIMOS SDN.Bhd pula..

Kuala Lumpur..tungguuu!!

Macam Chah sorang jeh yang teruja benarnya..kihkih

P/s : 20hb baru Chah balik Kemaman..sob2 sedihnnyaaa.

Tuesday, November 17, 2009

"Biarkan ia berlalu."

Aku ingin bersapa salam buat seketika.


"Biarkan Kepahitan itu pergi.Agar kemanisan mengisi.
Biarkan Kekecewaan berlalu.Agar kegembiraan mewarnai.
Biarkan Kegelisahan lenyap.Jangan kita hi
lang semangat.
Biar Penderitaan itu menyapa.Agar kekuatan kita jana semula.
Biarkanlah diri ini derita.Agar Aku tahu kepahitan derita ini.
Agar Aku sedar kesengsaraan ini tak sama.
Bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah S.A.W."

P/s : Kata2 itu setajam mata pedang.Sebait kata yang bermakna datang dari hati yang luhur ikhlas.Bukan untuk menghukum sesama Islam...Twink*

Sunday, November 15, 2009

terima kasih sem 3 2009/2010.

Tercatat hari ini dalam sejarah, 15hb november menjadi saksi bahawa Chah telah menamatkan semester tiga untuk sesi 2009/2010 di UDM..hihi, selesai satu semester yang getir sekali.

Chah telah MERDEKA.merdeka.Merdeka! huhu...

Hanya merdeka sementara dalam menuntut ilmu yang wajib ditambah setiap masa.Alhamdulillah


Kepada yang amik paper database 18hb nie.Selamat berjaya..ceria2 selalu yehh.

Tq ba
nyak2 untuk specially yang berikut.

En.Mohd Kamir aka En.Sadam sebab ajar SADAM.(semoga cepat bertemu jodoh)

En.Ahmad Faisal Amri aka En.Network sebab ajar Network Security.(semoga murah rezeki)


Dr.Mohd Nordin aka Dekan FIT sebab ajar Data Structure.(hope doktor murah markah)


Puan Elissa Nadia aka puan comei sebab
ajar Statistics and Probability.(jaga baby molek2 yee)

Puan Hafiah sebab ajar Kokurikulum Rakan Kaunselor.(Kami nak markah A++)


Puan Azlina sebab ajar Hubungan Etnik.(Puan memang murah senyuman)


Terima Kasih untuk segala yang
diajarkan kepada kami2 student sains komputer.

Jangan lupa bagi markah bonus banyak2 yee

T_______T

P/s : Juga terima kasih untuk dinDang, Amin, Farid, and Long selaku informer berjaya.Sem depan harap lebih berjaya and jangan gaduh2 cam doraemon dengan nobita jehh op..hehe

Saturday, November 14, 2009

kata orang.

Kata Mak,
KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang...


Kata Abah,

KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipe
gang sakit...

Kata Atuk,
KAWAN tu seperti air, akan terus mengalir tanpa henti...


Kata Nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tapi berada nun jauh di sana...


Kata Sedara,
KAWAN tu macam makanan, ibarat kawan makan kawan!!

Kata Abang,

KAWAN tu seperti lembu (minta maaf bahasa kasar), mengikut saja apa dikata oleh tuannya...

Kata Kakak,

KAWAN tu tak ubah macam durian, berbau tapi sedap dimakan...

Kata Adik,

KAWAN tu macam biskut chipsmore, sekejap ada sekejap tak ada...


Kata Saya,

KAWA
N tu tak kisahlah macam mana pun...


Walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!

Dia tetap seorang KAWAN...

Nak tahu tak sebab ape??

Sekali saya dah berkawan dengan dia selamanya dia tetap kawan saya...

Itu cara saya berkawan..Never Be End-ship

Friday, November 13, 2009

Ucapkanlah Wo Ai Nie selalu.

Cara Untuk Mengetahui Kamu Mencintai Seseorang.

Ohh..pliss, jangan terlebih konfiden dengan pacaran kamu sekarang.Yakinlah hanya dengan suami/isteri kamu yang akan datang.(InsyaAllah)

(12) Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.

(11) Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.

(10) Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.

(9) Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.

(8) Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia..

(6) Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

(5) Kamu perasan kamu sentiasa senyum apabila kamu memandangnya.

(4) Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.

(3) Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

(2) Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada..haha, iyeke?

(1) Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri..nampaknya betul no.7 memang takde

BUATLAH HAJAT KAMU SEKARANG..KAMU TAHU APA YANG KAMU INGINKAN.

Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda. Mereka berkedip dan bergerak bersama. Menangis dan melihat bersama meskipun mereka tidak pernah melihat di antara satu sama lain.Persahabatan seharusnya seperti itu. Kehidupan akan berasa (null) tanpa Kawan/Sahabat.

P/s : Mari kita berfikir sama2.Adakah wajar kita lebih mengutamakan kekasih daripada sahabat.haha..Walhah kekasih itu belum pasti lagi akan menjadi yang halal buat kita.

T______T