Monday, July 5, 2010

tautan hati pemilik cintaku.


ini ada dua karya sahibah fatimah syarha mohd noordin. sengaja saya bercerita mengenai satu novel dan satu bingkisan ilmiah yang sudah lama diterbitkan ini. iye lah, hati kita suka sangat ingin berubah kan. setiap detik, setiap saat, setiap minit dan juga setiap hari pasti akan ada sesuatu yang kita inginkan.

karya pertama adalah bingkisan hati yang diberi nama pemilik cintaku. kak syarha menghasilkan bingkisan qani'ah buat suaminya ini dan ingin berkongsi dengan anda semua. ha. jom kita selami apa dia tip-tip penting untuk memenangi hati pasangan dan juga bakal pasangan anda, ok


Buat adik-adik remaja yang baru mahu mengenali cinta - ketahuilah bingkisan ini ingin membenihkan sebuah impian padamu agar memelihara kesucian cinta yang kerap teruji di alam remaja. dengarilah pesananku, cintailah Allah s.w.t nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki.

Buat bakal-bakal pengantin baru - ketahuilah bingkisan ini ingin memberikan gambaran kepadamu tentang hari-hari awal pernikahan supaya kau lebih bersedia membuat persiapan.

Buat pengantin baru - ketahuilah bingkisan ini ingin membuktikan padamu bahawa kebahagiaan itu bermula apabila kau menjaga keberkatan pertunanganmu.

Buat para suami - ketahuilah bingkisan ini menyingkap tip untuk memenangi hati isterimu.

Buat para isteri - ketahuilah bingkisan ini akan memotivasikan suamimu untuk lebih kreatif dalam membahagiakanmu dan mencuit kebijaksanaanmu untuk membahagiakannya.

Buat para ibu-bapa - ketahuilah bingkisan ini berguna untuk menyemarakkan cintamu di alam rumah tangga dan berguna untuk anak-anakmu membina paradigma baru agar tidak tertipu mengejar cinta sebelum berkahwin.

karya kedua merupakan novel ilmiah terbitan telaga biru yang bertajuk tautan hati. novel ini telah mendapat pengiktirafan novelis sayembara novel remaja jubli emas DBP 2006. wah hebat sekali kak syarha ini. semoga bermanfaat buat anda juga yeh.


Puas ku rayu, puas ku seru,
Jawapanmu tetap yang dulu.
Oh sukarnya mengajakmu!
Namun, kasihku padamu cukup padu.
Lantaran itu,
Aku kan terus menyerumu,
Pada Yang Satu.
Ku genggam kukuh suatu azimat.
"Kita hanya penyeru, bukan penghukum."
Ya Allah, ku harap bantuan-Mu mengiringiku.
Seru dan terus menyeru,
Itu tugas Rasul-Mu.
Akan ku teruskan semampuku.
Hingga ke hujung waktu.

jika mahu output hati yang kekal abadi, saya syorkan anda baca kedua-dua bahan bacaan kak syarha ini. ok insyAllah dijamin akan beres segala persoalan hati anda itu. hehe

Sunday, July 4, 2010

selamat tinggal silamku


selamat tinggal silamku
pergi jauh dariku biarkanku
jangan ganggu diriku duhai silamku
penat sudah ku tanggung beban diri
kelak akanku ganti dengan senyuman
walaupun pahit dan masih ku terasa
mungkin kali ini kan ku mampu mengharungi
mimpi jiwa ku ini diri yang lemah oh kasihku
selamat tinggal silamku
pergi jauh dariku


ekspo pendidikan


alhamdulillah saya berkesempatan menghadirkan diri ke ekspo pendidikan sma (s) kampung laut pada 02hb dan 03 hb julai beberapa hari lepas. ekspo ini diadakan sempena penubuhan sekolah agama ini sejak tahun 2003. starting dari adik saya, anas yang telah menamatkan persekolahannya di sini. dan sekarang adik saya yang ke-5, fitri masih berada di tingkatan dua meneruskan generasi pewaris akan datang. generasi kahfi yang gemilang

semalam juga ada majlis makan malam amal sempena jualan meja untuk dana pembinaan bangunan tambahan di sma (s) kampung laut ini. majlis dinner ini diadakan bertempat di pusat konvensyen, taman tamadun islam. sebanyak 80 biji meja telah berjaya dijual. sumbangan dana ini juga akan diwakafkan sebagai sumbangan akhirat.

adik di dalam keadaan yang tidak selesa. sejuk sangat malam ini.

jeng-jeng. ini dia souvenir yang saya dapat semasa dua hari saya stay di sana. barangan palestine di hatiku. semua ada - t-shirt, key-chain, buku dan button badge. promotion special edition ini memang harganya sedikit mahal tetapi berbaloi juga. iye lah, bukan senang mahu dapatkan semangat palestin di malaysia kan. tambah-tambah yang original version punya. hehe


Thursday, July 1, 2010

kata-kata kegemaran lambang peribadi.


kata-kata yang biasa dituturkan oleh anda dan saya ada membawa maksud tersendiri. ada juga saya baca di laman orang mengatakan bahawa setiap kata-kata kegemaran kita seharian mencerminkan lambang peribadi masing-masing. wah. macam takut sahaja bunyinya kan.

mari kita semak apa perkataan yang sering anda ucapkan setiap saat dan juga minit. hehe

"Saya memang.."

Kamu menginginkan sesuatu yang boleh memberikan rasa selamat pada diri kamu. selain itu, kamu juga sangat mengambil berat tentang diri orang-orang yang disayangi

"Saya rasa.."

Kamu merupakan seorang yang sensitif dan agak emosi. pantang tersentuh, angin satu badan nampaknya. sebab itu lah harus menggunakan banyak pendekatan diplomatik sekiranya ingin berurusan dengan kamu. sekiranya kamu terluka, luka itu akan sentiasa diingati sepanjang hidup. dalam erti kata lain mereka ini agak pendendam orangnya.

"Saya fikir.."

Kamu dikatakan golongan yang bijak dalam membuat keputusan dan sentiasa berfikir jauh. kamu juga seorang yang gemar berfikir tentang perkara apa sahaja dan gemar bertukar pendapat tentang apa sahaja untuk meluaskan pandangan. bahkan kamu sentiasa bersikap terbuka untuk menerima idea dan pendapat yang baru daripada orang lain.

"Saya percaya.."

Kamu merupakan seorang yang bersemangat dalam hidup dan ia juga melambangkan keyakinan diri. kamu mudah percaya pada orang lain dan itu juga kelemahan diri kamu. namun yang penting, kamu percaya kepada diri sendiri dan juga kebolehan yang dimiliki.

"Pada pendapat saya.."

Jelas sekali kamu seorang yang yakin dengan apa yang kamu lakukan. tetapi kadangkala keyakinan itu tidak betul. jadi kamu harus belajar untuk menimbangkan pendapat orang lain juga.

"Saya tahu.."

kamu mempunyai pendapat yang kukuh tentang apa juga perkara. mungkin kerana kamu ini merupakan seorang yang gemar membaca dan luas pandangannya. kadangkala, kamu diibarat kan seperti "kamus bergerak". tanya lah apa sahaja, mesti kamu akan tahu punya. satu kelemahan kamu, kadang kala kamu seolah-olah berlagak, macam profesor yang serba tahu la pula.

"Saya akan.."

Kamu dikatakan sukar berkata tidak dalam apa jua perkara sekali pun apatah lagi perkara itu memang menjadi target utama kamu selama ini. kamu yakin kamu pasti akan berjaya mendapat apa sahaja yang kamu inginkan selama ini. tetapi ingat, usaha itu pun perlu ada, yakin sahaja tidak memadai buat kamu.

"Saya mesti.."

Kamu mudah berjanji dan kadang-kadang mudah lupa apa yang diperkatakan. kamu juga mudah bersetuju walaupun di luar dari kemampuan kamu sendiri.

Jadi...

Mula kan dengan perkataan INSYALLAH. supaya ada hubungan hati dengan Allah s.w.t. kerana semua perkara berlaku dengan izin Allah s.w.t jua tanpa kita ketahui bila saatnya ia akan terjadi.

Insyallah saya akan....
Insyallah saya tahu....
Insyallah saya berpendapat....
Insyallah saya fikir....
Insyallah saya rasa....
Insyallah saya memang....
Insyallah saya percaya....

sambil kita bercakap sambil keyakinan kita terbina. InsyaAllah

satu cinta



Ku memohon dalam sujud ku pada-Mu
ampunkanlah sgala dosa dalam diri
ku percaya Engkau bisa meneguhkan
pendirianku..keimananku...

Ku memohon dalam sujud ku pada-Mu
ampunkanlah segala dosa dalam diri
ku percaya Engkau bisa meneguhkan
pendirianku..keimananku...

Engkau satu cinta
yang selamanya aku cari
tiada waktu ku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu

walau seribu rintangan
kan menghadang salam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu
ku pasrahkan...

Oh Tuhan..
selamatkanlah hamba ini
dari segala fatamorgana dunia

Oh Tuhan..
jauhkanlah hamba ini
dari hidup yang sia-sia