Tuesday, April 13, 2010

Beautiful Blogger Award.


Terima kasih sangat2 kepada cik Nadia kerana sudi menganugerahkan award ini kepada saya. Jasamu akan ku ingat selalu...bukan senang cik nadia nak berbuat baik kat saya op. haha....dengan nada ramah mesra berkata (sshhh...ini adalah rahsia kita bersama tau!).

Untuk sesiapa yang bertuah seterusnya, senang jerr nak dapat award ini.


First. Kena lah berterima kasih kepada saya selaku pemberi pengiktirafan award ini kepada anda.

Teristimewa untuk yang berikut....


Second....Haa..apa lagi, jawab jeh satu soalan sahaja kat bawah ini. Tapi dengan 7 jawapan yang berbeza laa. Dengan seikhlas hati dan tidak mengada2 yee

Apa2 mengenai diri anda sendiri.

1. Panggil saya cik Chah. bukan Puan, bukan Puan Seri, pun bukan Datin...
2. Lahir saya bulan November tahun 19--
3. Saya ada abang kandung seorang saja. Dipanggil Along
4. Saya ada adik baby umur 7 bulan baru. Amrina debeb...hehe
5. Saya seorang yang lemah lembut sangat. No kasar2 ngan saya
6. Manja terlalu laa manja. Kadang2 je takut nak berdikari
7. Single lagi. Sebab tak tunang dan tak kahwin lagi...tak tipu nie

itu saja dari saya....terima kasih.

Monday, April 12, 2010

"Famili Day PPD Kemaman.

Tak sia-sia saya balik bercuti di rumah baru2 ini. Kerana saya berpeluang ke Famili Day anjuran tempat keja abah saya, iaitu PPD Kemaman. Ia diadakan selama 2 hari 1 malam saja di Bukit Gambang Resort...memang saya teruja benar laa. Sebab tak pernah ke sini sebelum ini.

Dan saya pun memang terlalu jarang beraktiviti di luar. Mungkin nak tunggu bila dah berumah tangga baru laa nak berjalan2 ke luar kot. aahha...Bermula dari PPD, ada pertandingan "Mystery Drive" atau dalam bahasa mudahnya Treasure Hunt laa. Soalan memang mencabar minda saya. Nasib baik saya ada, kalau tak, memang dah kalah dah famili Cikgu Abdullah kita nie. ehe

Seterusnya....biar laa gambar2 saja yang berbicara di dalam sepi.

Amrina Rasyada di dalam keadaan badannya yang tak sihat. Demam berbungkus tuala dan cool fever jeh....

Haa..ini laa nombor bertuah Abah saya. number 12 merangkap bulan kelahirannya. Dapat laa hamper kemenangan jugak kan. tahnia2 untuk diri saya sendiri. haha

Ini pula keluarga besar PPD Kemaman. Ketua keluarga masing2 bergaya macho. Oohh..abah di mana yee?

Bukit Gambang Resort...memang seronok tempat ini. Boleh dijadikan destinasi berbulan madu...

Carribean Suites...ada swimming pool agi tue. Tempat bersenam aerobik dan brsukaneka juga...

Gambarnyaa banyak lagi. Tapi tak perlulah dihebahkan banyak2 kan....Kalau nak kena tempat ini, silaa laa berkunjung ke Pahang yeee.

Oiitt....kat sini pun ada Bukit Gambang Water Park tau. Tak perlu ke Sunway Lagoon or Wet World lagi kan..save bajet anda

Sunday, April 4, 2010

"Bengkel MDEC."

Kenapa semua exco2 FiTS tak ke kelas hari ini? Mungkin sebab kami ada komitmen masing2. ehh....Bukan laa. Kami diwajibkan hadir ke satu bengkel bersama MDEC. Bengkel bermula pada pukul 9.00 am dan berakhir pada pukul 12.00 pm tadi....Memang tersangat best bengkel ini. Pelajar2 semester akhir diwajibkan juga ke Bengkel ini pada pagi dan petang nyee. So, kepada senior2 Smskpp 6, selamat mendengar dengan teliti yehh


Aahh..di sinilah diadakan Bengkel ini. iaitu di Pusat Bahasa, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Yang terujanya...saya sebagai rakyat Terengganu sendiri baru first time datang ke sini. ohhh...memang bagus kan? Jangan jadi macam saya, ok!

Seronoknyee sebab kami berpeluang belajar membuat aplikasi2 di dalam iPhone. Hanya menggunakan laptop Mac dan sotware yang tertentu. rupa2nya banyak aplikasi yang kita boleh hasilkan secara drag and drop jeh...teruja rasa tadi.

Segar mata saya tetap maintain biar lah kena bangun awal2 pagi sekali pun and walaupun bas bertolak lewat 1 jam dari jangkaan...Takpelaa, nak menuntut ilmu perlukan pengorbanan kan


Ini adalah satu aplikasi yang Chah dan Syada cuba hasilkan. Walaupun nampak macam simple, tapi ia memerlukan satu ke kreatifan yang berterusan...


Pegawai dari MDEC (di atas) sendiri turut datang berkongsi secara di belakang tabir. Juga bersama presenter, iaitu Encik Azizi Khalid....gambarnya di bawah ini. Beliau sedang khusyuk mengajarkan apa yang patut kepada peserta2. Saya dan Syada hanya duduk bertentangan dengan beliau. ehemm...


Jeng2..Barisan exco2 fits bersama presenter yang memang cukup berpengalaman. Seorang ex- Lawyer yang berani beralih ke proffesion ICT...tahniah2

Lagi gambar2 di bawah ini....



Ok! Selesai ber-Bengkel di Library, kami sempat laa jalan2 di tapak pameran sempena Minggu ICT dan Multimedia Negeri Terengganu di TTC....salah satu booth yang ada di situ, off course laa Fakulti Informatik, Universiti Darul Iman Malaysia Kampus Kusza...Sempat laa berjumpa dengan Encik Wan Rizhan, dengan beberapa staff yang lain kat situ. Staff jeng2....


Di booth Fakulti Informatik, UDM Kampus Kusza. En. Rizhan, En. Mazlee, En. Hanafi, En. Razali dan student praktikal Firdaus pun ade di sini. ecehceh...

Bila dah selesai semuanya, balik hostel jehh laaa kan. Buat apa nak stay kat situ lama2. Petang nie pun ada kelas lagii..ngantuk laaa pulak rasa di mata ini


Saturday, April 3, 2010

"Sehijau Bumi Tuhan."

Perhatian. Perhatian semua pembaca setia blogspot shahzuichah ini.

Ehee..saje nak menghangatkan suasana yang redup mendung di sini.

Chah telah mendaftarkan diri sebagai pelajar kelas ko-kurikulum Projek Khidmat Masyarakat pada semester ini. Means that, every semester akan diadakan satu projek secara melibatkan semua pelajar ko-kurikulum dalam setiap kelas masing2....Jadinya nak cerita

Pada hari ini, Chah dan sume pelajar kumpulan A dan B sahaja telah dikerah menglibatkan diri dalam satu Program Menanam Pokok di Perkarangan Asrama Baru UDM. Temanya memang cantik amat iaitu "Sehijau Bumi Tuhan"...

Nak tengok banner tak? Haa...bawah nie



**peace! kredit for Khuzaimah fazreen sahaja. Sebab dia yang cari material untuk buat banner ini. Dan telah dicipta secara bersama dengan roomate-nya yang bukan budak Khidmat masyarakat pun. emm..tq for her. No point for malik sebab tak buat keja. addoooo


** Pengarah program ini, Encik Fatah A. Aziz bersama merasmikan dengan tetamu VIP iaitu Ustaz @ Tuan Akila dari Kursus Usuluddin Fakulti Kontemporari Islam, Udm...tq Ustaz sudi hadir walaupun tak sempat nak makan2 special yeehh **


** amboii..anak2 bunga sekalian rajinnya menanam pokok. Si pinky tue tengok jeh kerr? marah diri sendiri niee. haha **

Harapnya program ini sudah tidak akan dijalankan di Udm lagi. Sebab rasanya pokok2 kat Udm dah terlalu banyak....Sampai banyak sangat space kosong untuk dibuat bangunan2 kan...

Psstt..Kami dapat button badge bertemakan Pokok ini. Cantik sekali.

Psstt...Chah jadi AJK makanan bersama saudara Muslim Usuluddin...terima kasih atas kerjasama semua AJK2 Projek ini. Jasa dihargai semuanyaa...

Psstt....sem depan Chah amik Ko- Badminton laa plak. oo...yehhh

Friday, April 2, 2010

"Sila lawati www.lifeline4gaza.org..."


Saya tertarik dengan projek ini.

dinamakan Projek "LIFE LINE 4 GAZA". satu2nya projek untuk mengutip dana bagi membantu umat Islam di Gaza. Penindasan untuk mereka yang terlampau amat teruk. tiada pembelaan sewajarnya. masyaAllah terkengsot sangat hati saya tengok gambar dan videonya


Jiwa saya amat takutkan sesuatu yang mengaibkan, menyakitkan, menakutkan hati dan perasaan saya. Sebab saya akan jadi tersentuh dan teringat2...Dan rasanya tak salah kalau kita sebagai umat yang mengaku beragama ISLAM t urut menolong menyumbangkan apa yang patut kan. Tak boleh dari segi jiwa fizikal pun, sumbanglah dari segi kewangan. Mungkin ini sedikit sebanyak boleh meringankan beban umat Islam di sana.

Setahu saya laa...di sana, kebanyakan rumah2 memang dah tiada apa dah. jadi padang jarak padang terkukur. Segala kemudahan hak untuk membina semula rumah yang baru, memang tidak ada. Jadi, mungkin sumbangan dana ini boleh digunakan untuk memberi bantuan material sepenuhnya ke arah pembaikan bangunan2 dan rumah2, juga hospital dan sekolah...

satu2nya badan NGO yang ditugaskan untuk mengutip dana sebanyak 10 juta ialah HALUANPalestine. Jika anda rasa mampu untuk membantu, sila laa. Ini juga satu amal kebajikan kita dan kelak akan ditanya di Akhirat. Kita berjihad menegakkan Islam