Di kesempatan yang ada ini, Chah nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR yang ke- 20 pada hari ini, 16 hb Januari 2010 kepada adikku yang memang nakal sangat2. Dari kecik sampai laa sekarang pun tak berubah pun...Tapi saya tahu, hati dia baik. Mungkin sebab saya nih tak sebaik dia kot, hihi.
Sedikit nyanyian jiwa untuk Ustaz kita nun jauh di KTD, Kota Bharu
"Allah s.w.t Selamatkan Kamu. Allah s.w.t Selamatkan Kamu.. Allah s.w.t Selamatkan Anas Harithah. Allah s.w.t Selamatkan Kamu..."
- ANAS HARITHAH BIN ABDULLAH -
Dan juga Semoga sentiasa di bawah lindungan Kaabah..di bawah lindungan-NYA
Semalam saja, saya mendapat sms darinya..Dengan harapan dari dirinya sendiri,
"Moga mendapat zaujah yang solehah dan cemerlang untuk agama, InsyaAllah."
Haha..dah nampak ciri2 nak bersedia ke alam rumah tangga ke, oiit..kawin2 kemudian hari laa, habiskan diploma awak tuh dulu yee, and then cari keja and kumpul duit banyak2. Yang penting finishkan langsai hutang PTPTpu....ok dear
Chah dah lama teringin nak ke pantai..Pantai Tok Jembal jehhh.hihi..
Tetapi, kadangnya faktor cuaca menjadi penghalang utama. Hujan kadang2 di area Pantai Timur mematahkan hajat terpendam di hati...Takpe laa, mungkin bukan masanya lagi kan
Dan Semalam Chah berdoa di dalam hati agar cuaca hari Jumaat baik2 sahaja. Syukur Alhamdulillah...Tuhan mudahkan perjalanan kami.
*Apabila sampai di Tok Jembal, apa lagii...peace jehh laa kan."
Jadi, kami ber- Sembilan pergi ke destinasi impian..Bermula perjalanan pukul 7.10 minit pagi tapi sampainya agak lewat sedikit. Perjalanan kira2 40 minit. Memang nak tergelak selalu bila memikirkan apa yang kami lalui pagi tadi...Seronok dan penuh kesabaran.
* Minta maaf lah, terlebih posing pulak yehh.huhu *
* Duduk bersimpuh dari kiri, Nadia, Chah and Fazreen..ehe jangan marah *
Masih Chah ingat dan takkan lupa tarikh keramat hari ini..ehe 15 hb Januari 2010, di awal melangkah ke tahun 2010. Kami terpaksa masuk ke dalam longkang besar semata2 nak lalu ikut jalan shortcut. Ingatkan pagar kat masjid tue dah buka, tapi sebaliknya pula yang berlaku. Dalam hati dah ber "dup..dap..dup..dap"...Aiiii, boleh ke aku buat nie. Dah laa peristiwa jatuh longkang tahun lepas masih meninggalkan kesan yang dalam laa jugak. Sumpahh Chah memang takkan lalu ikut longkang besar lagi... Ya Allah, tingkatkanlah kesabaran diriku ini
* Gaya baru bergambar. Hasil kreatif kak Nad kita...*
* Posing terakhir sebelum balik ke hostel..ceriaaaa selalu *
Selepas dah penat berposing, kitorang pulang ke udm..dengan hati girang selalu. Sempat laa jugak singgah kat mza corner tok jembal. Makan roti canai telur jehh. Plus limau nipis special, emm..boleh tahan tapi kedai nih dah macam nak bangkrap, dah laa self-services, pelayan pun hanya 1 orang..aiii, pelik and kesian chah tengok. Ummi kata nasi goreng tadi sedap amat, nasi lemak pun ok jugak. Cuma air jehh tak berapa nak kaww laa.
Takpe laa, mungkin ada masa ia diuji sebegitu op...no comment.
Terima kasih kat WJN sebab rajin nak antarkan kami ber-9 tadi ehhh. Jasamu ku hargai selalu. Awalnya memang teruja, tapi at last ada sedikit terasa, geram and "bengkek" kat dia tuh...amboi2, bila nak sedar nie, perangai tak nak ubah2 agi ke?
P/s : Manusia bermacam2 ragam. Fikrah diri merencanakan segalanya..
Memandangkan Akak tak dapat nak hantar gambar banyak2 through ur email, so I make this initiative to send Amrina's photos in my blog...so, Syirah pliss save yehhh...tq
_Kak Ngah Chah dengan si Bongsu Amrina Rasyada _ - Mad Fitri control encem. Adik muka sedih - Baru lepas menangis...sob2. Tapi bila nak bergambar senyap jeh Aii..dah nak berposing ke? tertarik, memang dabooommm!! Ummiku yang awet muda sokmo..hehe. Adik pun perasan jeh Bermata bulat bergentel2...haha - Muka control cool - Oppss..malunye saya alahaiii...jadi little baby ehh Bersama kakak tersayang di atas tangga rumah Teluk Kalung.
P/s : Untuk makluman Dr.Mesir, kitorang dah transfer umah ke Taman Chukai Indah.
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergi bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi..
jeng!jeng!jeng! bunyi...aauuummmmm!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yang lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah berfikir camna nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!! Ya Allah..lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Di atas ada harimau dan di bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh..cam ner ni. Lepas tue, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni..habislah jadi mangsa buaya.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih..Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba...terdengar satu bunyi...uuuuuuuuuuuuu... Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu. ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah....
Tikus yg sedang mengigit tali....
Kalau semua nak tahu...
Si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.
Dua ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...