Friday, October 28, 2011

Siapa cantik?

Assalamualaikum W.B.T

Pernah dengar lagu ini tak?

Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka
Di jiwa
Ohh chantek
Sungguh aku cinta kamu

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?

Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.

Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?

Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.

Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.

Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.

Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.

Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.

Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.

Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.

Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.

Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!

Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.

Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.

Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)

Perlukah jadi cantik?

Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.

Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.

Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.

Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.

Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.

Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.

Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.

Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery, Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.

Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.

Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.

Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.

Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.

Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.

Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.

Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.

Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.

Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.

Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.

Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.

Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.

Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.

- Artikel iluvislam.com

Monday, June 6, 2011

infosys batch 5 2011


Assalamualaikum w.b.t....

hmm. mengeluh panjang saya sebentar ketika ini. serasa bersalah sebab sudah terlalu lama tidak mengakses vitamin-vitamin baru di blog ini.

idea tak dak laaa..guane nih? ngeh2.

malam ini saya mahu mengisi sedikit pengisian la. dalam masa yang sama juga ingin menguji kelajuan wireless uumzone di dpp muamalat :d

jadi mari kita baca bismillah bersama-sama dahulu, ok

dpp muamalat uum sintok, kedah darul aman.

cuti-cuti malaysia. sekarang musim student ipta n ipts cuti. betul kan, kawan-kawan? hehe. tapi saya tak dak cuti lagi nih. kerana pada detik ketika ini saya dan 5 orang lagi sahabat se-unisza kampus gong badak, kuala terengganu sedang mengikuti satu program iaitu

infosys foundation programme.

kami-kami semua adalah batch ke-5 sesi 2011. apa itu infosys? haa..panjang lah mahu story mengenai program ini. kamu semua search di google aje lah ek. ngeh2 senyum-senyum :o

- di dalam lab -

tapi takpa lah, saya cerita sedikit laa mengenai infosys kali ini. untuk join program ini, semua applicants dari ipta n ipts di malaysia harus mengambil english essay test and logic & apttitude test. daripada semua permohonan, hanya 100 pelajar yang mendapat markah tertinggi akan terpilih ke infosys foundation programme.


dan alhamdulillah kami ber-enam terpilih. tahniah untuk deqna, wawa, farah, una dan man

bulan enam jadual :d

bulan julai :d tak sabar nak closing date-nya..hehe

program ini berjalan selama 2 months here in uum sintok, kedah that was involved practical and training. waktunya adalah mengikut office hour, yakni start 8.30am hingga 5.00pm! see, kami diajar seperti dalam masa praktikal yang sebenar sudaaa

waah, amat letih sekali :(

tarikh ditetapkan adalah bermula 28hb mei till 27h julai 2011 ini. hukhu sob2 sedih sebab lambat lagi mahu finish ini program. padahal baru 10 hari saya berada di negeri kedah ini


actually program infosys dianjurkan oleh training centre di india dan collaborated bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan MDec. tujuan mereka mahu melatih graduan-graduan tahun akhir supaya lebih mantap lagi dalam bidang komputer. harapnya selepas ini semakin bertambah *Mantop laaa kami-kami semua di sini yee

sure lah mantop sebab setiap hari kami akan diberi assignment yang harus di submit before 12am everiday! seriesly tak tipu. so, apa kata kamu semua pun turut menyertai program ini pada tahun hadapan. peluang kerja insyAllah ada disediakan. jangan risau2 sudaa :d

dan yang bagusnya -

kami sudah ada page group sendiri di facebook. mekaseh la pada yang sudah men-createkan page group ini. mai lah menjenguk di fb kami yee di sini - Infosys Batch 5 2011

Sunday, May 1, 2011

tunang.nikah.kahwin


Salam semua.

Kali ini saya tak mau menaip panjang-panjang. dek kerana, masa itu emas bagi saya. emas pun tak tau masa itu berharga ke tidak bagi dia op. hehe.

banyak lagi kerja yang saya mahu settle dalam masa sekejap. saya mahu stadi compiler. apa itu? compiler lebih senang disebut pengkompilasi adalah satu lagi subjek yang saya telah registered untuk semester ini. memang tough lorrr..

hukhu sedih carry marks saya sikit sangat :(

haa. sudah! tujuan saya menaip pada entri kali ini adalah....jeng-jeng

.
..
...
....

Sebagai seorang adik kepada along dan selalu dipanggil angah dan juga chah, saya mahu wish selamat bakal bergelar tunangan orang kepada along saya, mughirah bin abdullah yang akan mengikat janji dengan bakal kak ipar saya. kakak KK nama diberi. barakallahu fik kepada along. semoga selamat semuanya tanpa chah di sisi, insyAllah

sayang along. muahhhh :D

mood saya: alhamdulillah yang teramat-amat kepada DIA yang Maha Bijaksana. Mengatur setiap sesuatu kejadian dengan SEMPURNA dan ada hikmahnya.

best-best, saya tak pernah ada kakak. dalam masa sekejap saja lagi, saya akan mendapat kakak la...so boleh la saya share macam-macam kat kakak itu nanti. hehe tunggu tahun hadapan baru jadi kakak rasmi saya ek

Seterusnya. ada lagi wish yang tidak dilupakan

Selamat Melangkah ke Alam Perkahwinan kepada Naqiuddin & isteri, Syafa & suami serta Kak Husna & Abg Hafriz

dan

Selamat Bakal Bergelar Suami dan Isteri kepada Farah & suami. They are sweet couple

dan

Selamat Bertunang kepada yang akan bertunang laa kan...ngeh~

nota kaki: Saya mahu menjemur baju-baju yang sudah diberus tadi...so papai~

Thursday, April 28, 2011

Menutup Aurat atau Melapik Kain?


Saya share ini dari sini...:d

MENUTUP aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi masih ramai yang tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam.


Menutup Perkara yang Memalukan atau Sudah Hilang Malu?

JAWAPAN DALAM kamus Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur menjelaskan makna tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki.

(Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, jld:3, hlm:33).

Ini bermaksud apa sahaja perbuatan seorang wanita dalam menghiasi wajahnya serta tubuhnya supaya dilihat oleh orang lelaki dan ia termasuk juga memperagakan fesyen pakaian. Dalam persoalan ini anda boleh lihat adanya tiga kategori wanita.

Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna.

Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna.

Ketiga, langsung tidak menutup aurat.

Kumpulan pertama


Menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.

Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna.


Kategori ini mutakhir ini cukup banyak. Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.

Ungkapan "Daripada tak tutup langsung lebih baik tutup." Kata-kata ini, nampak baik, dan positif, tetapi pada hakikatnya adalah suatu kata yang amat dangkal.

Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik. Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat?

Itulah manusia yang banyak sangat beralasan dalam urusan dunia dibandingkan dirinya denga yang lebih baik, manakala dalam urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk.

Tidak salah berfesyen dalam bertudung tetapi sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pandangan saya agak jumud. Tetapi suka saya nyatakan bahawa takut saya pada Pencipta mengatasi keinginan nafsu manusia. Cuba lihat diri anda yang sempurna kejadiannya, cantik, rambut ikal mayang, sihat dan sebagainya.

Manusia itu sempurna tidak kira lelaki mahupun perempuan. Siapa yang menjadikan manusia berpasangan, ada lelaki ada perempuan? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah Allah SWT.


Dialah yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita hendaklah menutup aurat. Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu.

Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai 'AhlulBait'dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji).

(al-Ahzab: 33)

Seorang ahli tafsir mengulas ayat ini dengan berpendapat:

"Tabarruj wanita bermakna dia (wanita) meletakkan penutup (kain selendang) atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai di lehernya."

(Ibn Kathir, jld: 3, hlm: 482-483).

Manakala Abu Ubaidah berpendapat:

"Tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan kecantikannya yang memungkinkan orang lelaki ghairah."

(Tafsir al-Alusiy, jld: 21, hlm: 8)

Ulasan ulama dalam ayat di atas serta kaitannya dengan perhiasan di zaman jahiliah. Maksudnya sebelum kedatangan Islam orang Arab perempuan memang sudah menutupi kepala mereka. Setelah Islam menyinari bumi, dan lokasi sinaran itu ialah Mekah. Jadi masalah sosial juga berlegar dalam persoalan masyarakat hari itu.

Selepas turunnya ayat dari surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud:

"Dan hendaklah kami tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan terus dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan daripada kamu, hai 'ahl al-bait' dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."

Lantaran itu, wanita-wanita Islam segera menutup aurat dengan sempurna sehingga tidak mendedah rambut, leher dan segala perhiasan di leher mereka. Inilah perbezaan yang ketara antara wanita Islam zaman ini dengan wanita Islam di zaman Nabi SAW.

Generasi al-Quran ini cukup unik dan dinamik. Apabila sampai sahaja perintah Allah SWT melalui al-Quran, mereka segera menyahut tanpa sebarang bantahan dan alasan.

Sebagai balasannya, Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, yang pastinya di atas sifat tunduk dan patuh kepada perintah dan suruhan Allah SWT, mereka kelak akan dibalas dengan syurga yang tidak tergambar nikmatnya.

Hari ini macam-macam alasan diberi untuk melepaskan diri daripada perintah Allah SWT.

Dulu, zaman Nabi SAW, orang-orang Arab kuat nafsu, sebab itulah wanita zaman itu kena berkelubung, pakaian warna hitam, tutup muka dan sebagainya. Kalau betul apa yang didakwa, minta tolong kemukakan kes-kes rogol dan pencabulan yang ada pada masa itu. Itu di zaman jahiliah.

Wanita Melayu juga pada satu ketika dahulu, mungkin awal 1950an, perempuan-perempuannya berkelubung dengan kain batik, bila dengar suara lelaki lari menyorok, tidak mudah keluar rumah.

Maksudnya pergerakan dan perwatakan mereka dikawal oleh kedua-dua orang tua. Adakah pada awal tahun 1950 banyak kes rogol, pencabulan, buang anak, gugurkan janin, anak luar nikah, lari dari rumah, kanak-kanak hilang dan sebagainya?

Keruntuhan moral, budaya dan ancaman luaran yang menyebabkan segala macam bencana manusiawi yang tidak pernah berlaku di zaman jahiliah dan juga di awal kemerdekaan berlaku hari ini.

Dewasa ini orang pakai tudung sempurna pun tidak selamat, ini pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham.

Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.

Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?

Jawabnya seperti berikut...:d

KESALAHAN PERTAMA: Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA: Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA: Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT: Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.

KESALAHAN KELIMA: Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM: Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH: Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN: Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT:

وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّ‌ۖ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَآٮِٕهِنَّ أَوۡ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآٮِٕهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ أَخَوَٲتِهِنَّ أَوۡ نِسَآٮِٕهِنَّ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّـٰبِعِينَ غَيۡرِ أُوْلِى ٱلۡإِرۡبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفۡلِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يَظۡهَرُواْ عَلَىٰ عَوۡرَٲتِ ٱلنِّسَآءِ‌ۖ وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا يُخۡفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ‌ۚ وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

(Surah An-Nur 24: Ayat Ke 31)

Friday, April 15, 2011

Cantik kah kita?


Artikel ini saya copy and paste dari sini.

Cantik kah kita ini? Kalau rasa kita cantik, iye lah tuh kot. Jangan takbur sudah laa. Tak suka langsung op...:( Kalau rasa kita tak cantik, berusahalah menjadi sebaik2 ciptaan.
Tuhan jadikan hamba-Nya saling melengkapi, ada kelebihan dan ada kekurangan juga.

Moh kita baca sama-sama apa yang ingin dikupas mengenai maksud cantik ini.

Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.

Cahaya iman mungkin?

Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah

1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa

Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.

Cantik sebagai ujian

1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata

Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!

Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata. semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.

P/s: Cantik, tertarik, menarik kau memang dabooooom!


Kenapa Aku Masih Solo?


Assalamualaikum w.b.t....:d

Saya baca mengenai ini di dalam iluvislam. So, apa lagi saya mahu kongsi dengan semua. Boleh la kita sama2 meneliti diri kita kan.

Tajuknya: Kenapa Aku Masih Solo?

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.


Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.


Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Tuesday, March 8, 2011

Azab Bagi Wanita.


Just want to share little
peringatan bagi muslimah sekalian...:)

(tolong ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal)

Renungan khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri...

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah s.a.w menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah s.a.w menangis.

Beliau menjawab:

"Pada malam aku di-isra'- kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, aku dapat menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya."

Puteri Rasulullah s.a.w kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. Baginda menjawab demikian:

- Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

- Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

- Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

- Aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.

- Aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku melihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.

- Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.

- Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka.


Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Rasulullah menjawab,

* Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

* Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

* Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.


* Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.


* Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain dengan bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.


* Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking padanya kerana ia boleh melakukan solat tetapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.


* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.

* Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.


Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada semua kaum perempuan.

No excuseeee...please larrr :)


Tuesday, February 1, 2011

adam oh adam :)


Wahai adam...
Lindungilah hawa selagi kamu mampu,
bukan menyakitinya.
Bimbingilah hawa di jalan Nur-NYA,
bukan menyesatkannya.
Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,
bukan meracuninya.
Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,
dan saling membantu.
Hilangkanlah egomu kerana,
itu api yang membenamkan nur kebahagiaan.
Jaga diri hiasi peribadi,
kelak tunggu lah dia sebagai bidadarimu ♥

Ingatlah wahai lelaki!

Wahai lelaki jua wahai adam...

Taklukilah hati wanita hawa itu dengan bicara keikhlasan cintamu.
Bukan mengharapkan balasan.
Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu.
Hamparkan padang keikhlasanmu dengan memberikan,
kedua telingamu untuk mendengarkannya.
Wangikan mulutmu dengan bicara kitab Ilahi.
Ajarkan ia perihal sunnah junjungan mulia.
Atur langkahmu menuju jalan rimba berdaunkan kejujuran.
Indah pelangi di langit tinggi,
indah lagi pelangi di hati.
Bila bersemi bersama cinta Ilahi.

Ingatlah lelaki..Ingatlah adam!

Wahai adam..

Amatilah keindahan pelangi ciptaan Ilahi,
begitu cantik pada warna kebesaran ciptaannya.
Begitu juga indahnya pelangi cinta di hati ini.

Wahai adam beringatlah kamu~

Tatkala hati bertaut buat hawa,
Datanglah menjemput CINTA ♥
dengan senyuman keikhlasan.
Bicara kesetiaan dengan sapaan kejujuran.
Senyuman tanda kau benar-benar mencintainya ♥
Tanamkan bunga cinta kesyukuran,
atas zat dan nikmat kekuasaan Ilahi.
Menadah dua tangan menangis kesyukuran.
Dengan izin-Nya maka dibenarkan kau untuk merasa.

Merasa apa?

Merasa apakah itu perasaan cinta
dengan sebaik-baik penilaian.
Dengan sebaik-baik rujukan...
Baluti cintamu padanya dengan tangisan,
betapa di rasa diri itu kerdil...
Bukan dengan kemegahan pada maksiat bisikan syaitan,
jauhinya! bunuhinya..

Eratkan matamu melihat kalam-Nya..
Lunakkan telingamu dan ajarinya
dengan nafas alunan suci Quran.
Rajinkan kakimu bersamanya melangkah
menuju dakwah...
Wangikan mulutmu dengan penenang hati zikrullah
Perihal Junjungan mulia ajarinya satu per satu
Maka bertaut lah cinta berkati..

Subhanallah..

Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam,
di mana segala kesusahan, kesakitan, kesedihan,
kerinduan, kegelisahan yang dihadapi
dapat diharungi bersama dengan sabar dan redha
mengkafarahkan dosa-dosa kecil..

Bukankah kamu lelaki punya peranan besar terhadap hawa!
Lindungilah hawa itu.
Jadilah pemimpin imamnya yang terbaik.
Lindungilah hawa itu...

Itulah sebenar benar CINTA ♥

Wahai adam..
Sayang jua yang tidak sesekali mencampakkan ke neraka.
Cinta yang membawa ke syurga bahagia abadi.
Maka yang itu..
tunggu lah hawa itu sebagai bidadarimu kelak di syurga ♥

Monday, January 31, 2011

mesir meruncing!


Salam semua.

Saya sebenarnya takda apa nak dikongsi buat masa ini. alasan yang mudah - kekeringan idea tidak sudah-sudah jadinya sekarang ini. hihi. tiada modal mahu bercerita lagi.
mood pun takda. sudah hilang dibawa arus :( hukhu.

Berita isu tunduk perasaan di Mesir makin meruncing. dalam tv3 tadi ada cakap situasi di sana sudah masuk ke tahap oren. apa itu? saya tidak tahu mana mengenai warna-warna ini. yang saya mahu tahu keadaan adik saya di sana. oh kerajaan malaysia, bertindaklah segera, ok! sayanglah akan nyawa rakyat malaysia di sana...dah, takmau cakap lebih2 di blog ini.

(nasib baik masa saya sedang menaip ini, kerajaan malaysia sudah membuat tindakan sepatutnya. selamatlah engkau....)

dalam facebook pun dah ada page mengenai ini.
Boleh like page ini juga.

- Dr. Nurul Insyirah -

Saya bimbang akan adik saya (gambar di atas kalau belum kenal beliau. hihi comel tak?) di mesir sekarang ini. bukan saya seorang la, semua ahli keluarga saya termasuk sekali. yang paling tak boleh nak senyap for sure ummi saya lah. setiap minit tak berhenti cakap pasal isu ini. betul dah, siapa tak bimbang kan. dia satu-satunya adik perempuan saya yang saya sayanggg lebih. sayang dia sangat la. dahla saya takda kakak perempuan yang boleh berkongsi semua cerita saya op. Along oh along - cepatlah kahwin. Mahu kakak ipar cepat-cepat. hakha :p

eshh..sudah jangan mengarut. kita sambung bab tadi ek

alhamdulillah pagi tadi - ummi ada try calling her. dapatlah dengar suaranya dalam keadaan mamai dan mengantuk. di sana sudah pukul 4 pagi, so memang patut dia tidur merehatkan minda kan? mood agak lega sedikit laa :) sedap sangat berbual dalam 2minit jeh kot, tooouuuuuuuuuut terputus panggilan. bila check kredit, see balance yang tinggal only RM1 selepas ditolak RM12. haha! terkejut ummi saya. haha...nak gelak. nak gelak :p

samapi di sini sahaja dulu...lain kali saya sambung menaip lagi di sini...