Thursday, December 16, 2010

Kerajaan Cinta amat best.


Saya addicted amat dengan lagu ini buat masa ini. Lagu Kerajaan Cinta nama ia. Syahdu rasa meresap dalam jiwa. hukhuk sedih.
Lupakan sebentar lagu yang lain, ok. Bukan lupa terus. Saya akan layan lagu-lagu yang sedap didengar dan ada maksudnya tersendiri. Lagu jiwang evergreen pun ok jeh kot. Sedap juga. (haha galok budak ini)

Sedikit intro...

"Allah jangan palingkan wajahku dari arah kiblat-Mu. Jangan jauhkan hamba dari semua petunjuk cinta-Mu. Tak ada selain nama-Mu, Pemilik hidup dan matiku..."

Jika anda baca lirik lagu ini pun, ada makna yang bagus. Intro muzik lagu ini pun ada macam sedikit feel lagu korea laa. Terpegun kejap bila first time dengar. Saya pun tidak tahu sama ada lagu ini lagu baru atau lagu kurang baru, sebab baru jumpa minggu lepas. hekhek memang dadooongg la ichah op. Apa pun jika ada manfaatnya, ambil lah. Kalau tak ada, biarkan....yee


Maha Agung Sang Pencipta
Pemilik Syurga yang begitu indah
Maha Gagah Sang Pencipta
Semua tunduk atas kehendak-Nya
Di langit tertulis nama-Mu..
Dan bumi pun selalu bersujud...

Allah jangan palingkan
Wajahku dari arah kiblat-Mu
Jangan jauhkan hamba
Dari semua petunjuk cinta-Mu
Tak ada selain nama-Mu
pemilik hidup dan matiku...

Segalanya adalah milik-Mu
Kerajaan cinta yang teragung
Tuliskanlah rinduku di dalam
Takdir indah, saat kau memanggilku
Kembali...Kembali ...
Pada-Mu...

Wednesday, December 15, 2010

Menjaga perasaan


Raihan kata..

~ Kasih sayang itu penawar...Pengubat hati duka lara...

Betul dooohh ayat dia kata gitu. Saya ada baca satu lagi hadis di dalam laman web Jakim mengenai menjaga perasaan ini. Soal adab dan cara dalam menjaga perasaan memang patut kita amik cakna. Penting! Sebabnya bab menjaga perasaan ini yang susah kita mahu kawal. Kadang-kadang dengan sengaja kita ingin mempermainkan perasaan orang op. Hekhe (Dengki gamaknya, eishh buruk perangai dia lorr).

Saya mahu share hadis mengenai bab ini yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya :

"Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya."


Huraiannya

1. Apabila terdapat tiga orang berada dalam satu majlis maka tidak harus dua daripada mereka berbual dan meninggalkan yang ketiga. Perbuatan ini boleh menyebabkan orang yang ketiga berasa dukacita, gelisah dan menimbulkan buruk sangka kerana dirinya tidak dipedulikan.

2. Setiap manusia hendaklah memahami disiplin-disiplin dalam bergaul dan berinteraksi supaya tidak berlaku perkelahian dan pergaduhan.

3. Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang menepati apa yang dimaksudkan bukan sesuatu yang samar-samar sehingga timbul berbagai fitnah dan cerita bohong yang diada-adakan hingga mengakibatkan perpecahan dan sebagainya.

4. Seorang muslim itu wajib menjauhi sebarang percakapan yang mengandungi unsur-unsur umpat keji, kata mengata dan sebagainya dan tidak menyibukkan diri dengan percakapan yang tidak berfaedah.

Monday, December 13, 2010

Batasan Dalam Bergurau Senda


Ada satu hadis Riwayat Abu Daud yang menceritakan mengenai adab dalam bergurau-senda. Katanya begini :

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud...

"Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!"


Huraian hadis

i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.

ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah S.A.W juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.

iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh agama Islam seperti :

- Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah S.A.W.

- Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.

- Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.

- Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.

- Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.

- Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.

- Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

iv) Sesungguhnya Rasulullah S.A.W apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh.

Dengan maksud lainnya di sini dapat disimpulkan bahawa selaku seorang Muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam erti kata yang sepatutnya.

Jadi..

"Jagailah adab dan pergaulan kita seharian sesama muslim kerana itulah ia kunci ketaqwaan yang patut kita jaga sokmooo tau!"

dilema cinta illahi.


Sesekali mahu juga saya berkongsi lirik lagu nasyid di blog ini. Dan inilah lagunya -
Dilema Cinta Illahi oleh Forheart. I love this songgggggg :)

Satu...dua...tiga...mula lahh dengan kalimah Bismillah, ok. hehe

Puasku coretkan kata cinta ini
Beriringan kata seindah bicara
Lautan api telah pun ku selami
Namun geloranya tetap sama

Puasku coretkan kata cinta ini
Beriringan kata seindah bicara
Lautan api telah pun ku selami
Namun geloranya tetap sama

* Korus
Oh Tuhan!
Di manakah cinta-Mu
Oh Tuhan!
Di manakah rindu-Mu
Dan kemanakah redha-Mu
Ke manakah restu-Mu

Dilema cinta ini
Merunsingkan hatiku
Ku harapkan cinta-Mu Illahi

Dilema cinta ini
Merunsingkan hatiku
hanya ku dapat laknat dari-Mu

Dilema...Cinta...Illahi...


* ulang Korus

Oh Tuhan!
Di manakah cinta-Mu
Oh Tuhan!
Di manakah rindu-Mu
Dan kemanakah redha-Mu
Kemanakah restu-Mu

Dilema cinta ini
Merunsingkan hatiku
Ku harapkan cinta-Mu Illahi

Dilema cinta ini
Merunsingkan hatiku
hanya ku dapat laknat dari-Mu

Dilema cinta ini
Merunsingkan hatiku
Ku harapkan cinta-Mu Illahi

Dilema cinta ini
Merunsingkan hatiku
hanya ku dapat laknat dari-Mu

Puasku coretkan kata cinta ini
Beriringan kata seindah bicara
Lautan api telah pun ku selami
Namun geloranya tetap sama


"Whatever it is ISLAM is still the best. Peace in Allah's love!"
"Apa pun yang berlaku, Islam adalah yang terbaik. Hiduplah kamu di dalam cinta-Nya!"

Sunday, December 12, 2010

Doa cepat jodoh insyAllah.


Assalamualaikum w.b.t

Salam Maal Hijrah. Salam Muharam 1432 Hijrah. Salam membuka buku baru bagi kita umat Islam, insyAllah. Moga-moga semuanya di kalangan kita ini ada yang terus melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik sokmo yeee. OK

Salam maal hijrah saya kali ini "bersambut" di rumah sahaja. Selepas bertungkus-lumus berperang dengan kertas peperiksaan yang amat tough, dapat juga saya bercuti sebentar di rumah kan. pheww saya suka berada di rumah bersenang-lenang. Tiada tekanan juga pastinya tiada gangguan perasaan op. hehe memang doh!

Di musim cuti begini, ada di kalangan rakan-rakan dan sahabat-sahabat saya yang berhijrah melangkah ke alam rumah tangga. Ada yang telah menjadi isteri dan ada yang bertukar status kepada suami. Hilang doooooh status bujang masing-masing op. hakhak. Dan ada juga yang telah bergelar tunangan orang.


* Barakallahu fik special untuk mereka -

Kak Ngah Qbee dan Muna'eem

dan

Kak Ija dan Abg Heykal

Psst...Saya mahu anak sedare cepat-cepat yee, boleh tak? hehe

Ya Alhamdulillah atas keterbukaan hati mereka kerana telah melaksanakan satu lagi sunnah agama kita. Saya amat gembira untuk perkahwinan dan pertunangan mereka. Saya bila lagi la gamaknya? hehe mungkin jodoh saya belum mahu memunculkan diri lagi buat masa ini kot

Oh ya, saya ada baca dalam satu laman MyJodoh jika mahu cepat bertemu jodoh, boleh cuba amalkan ayat ini :

tetapi beringatlah juga, jika belum bertemu jodoh yang sesuai, sila amalkan ayat ini juga. Mudahan selepas ini akan beroleh ketenangan dari Allah s.w.t


Monday, December 6, 2010

mari kita baca doa ahir tahun dan doa awal tahun bersama-sama!


esok sudah masuk hari baru sekali lagi bagi kita umat islam. esok adalah 1 muharam. maka-nya pada malam ini kita digalakkan membaca doa akhir tahun bulan islam zulhijjah dan juga doa awal tahun bulan islam muharam. jadi saya mahu kongsikan ini untuk anda!

doa akhir tahun bulan islam zulhijjah ini hendaklah dibaca 3 kali pada penghujung waktu solat asar iaitu sebelum masuknya waktu solat maghrib.

lorrr...cepat2 baca sebelum azan maghrib berkumandang sebentar sahaja lagi :D



ini pula doa awal tahun bulan islam muharam. cara bacaannya adalah harus dibaca sebanyak 3 kali selepas waktu solat maghrib.



P/s : jadi - renung-renungkan dan selamat beramal yeehh