Sunday, February 28, 2010

itu bukan kad jemputan kahwin.


OOhhhh...itu bukan kad jemputan kahwin la. Itu cuma kad jemputan ke Majlis Malam Pra-Graduasi untuk pensyarah2 dan staff Fakulti Informatik. So jangan laaa buat2 silap paham yee....

Eh. Memandai pulak cakap orang nak kahwin ek..takda2, belum masanya untuk Chah melangkah ke alam perkahwinan. Saya tak matang lagi nak jadi pengantin. haha....ieyeke? Iye lah. Lagi pun soal jodoh, saya tak kisah sesiapa pun, asalkan ciri Iman, Amal dan Taqwanya wajib ada. Kalau tak, gane nak bimbing isteri dan keluarga nya nanti kan...Dan kalau nak merisik anak dara orang, lebih baik terus pergi jumpa walinya yang lagi berhak. Lagi selamat dan berkat, InsyaAllah...

Chah kena belajar dulu bidang munakahat nie lebih mendalam. Banyak ilmu yang Chah tak tahu lagi...tapi sijil kursus kahwin sudah ada. Calonnya saja belum ada. tapi kalau iye pun. Apa salahnya kan. Lagi cepat kahwin lagi bagus....terhindar dari segala perkara makruf.

Thursday, February 25, 2010

Saya Sibuk.

Saya sibuk...makin sibuk.

Sibuk dengan banyak perkara...dunia akhirat semua laa. Kadang2 disibukkan dengan masalah yang sengaja dicipta manusia....

Juga sibuk dengan assignment yang semakin bertambah. berTambah lagi dengan tugas exco yang berderet2 menunggu disiapkan...adduuuhh pening. Letih kaki tangan nie.

Program terdekat. InsyaAllah Malam Pra-Graduasi dan......jeng2... (dalam perancangan lagi)

Nak merintih selalu. Minta dikuatkan iman taqwa diri hamba-NYA...

Kita tahu Tuhan sayangkan hamba-Nya. Dan setiap hamba-Nya akan sentiasa diuji dengan bermacam2 dugaan kan..

So, duhai cik eChah jangan laa mengeluh lagi. Di depan sana akan ada jalan penyelesaiannya....


"Menitis Air Mataku. Hilangnya Sahabat Sejati. Yang Diam Dikau Ku Rindu. Persahabatan Sejati. Setiap Detik Teringatkan DiKau. Walaupun Kau Pergi Membawa Diri. Kasih Sayang Kita Tidak Terjangkau. Ditemukan Impian Yang Murni. Perlukah Daku Ditinggalkan. Perlukah Engkau Melupakanku. Perlukah Ada Rasa Kesangsian. Perlukah Ada Rasa Rindu..."

Iye laah...Kita tahu walau sesibuk mana pun tugas kita di dunia, tugas untuk mencapai nikmat di Akhirat yang pastinya lebih besar. Nak dapat nikmat pahala bukan payah. Sebab apa kita buat setiapnya dinilai Allah s.w.t walau setitik cuma.....

Jadi tepuk dada tanya laa selera. Nak pilih jalan mana...

Monday, February 22, 2010

Kenapa Patah Hati.

Semasa Konsert Maulidur Rasul anjuran kump. Rabbani yang diadakan di TTI baru2 ini, Chah sempat menjengah sebentar. Itu pun, hanya nak menemankan Nisaa' yang teruja nak jumpa kump. Saujana...Kak Nisaa' ajak jadi teman drive

Pertemuan yang cuma sebentar saja, Chah tengok dari jauh, sambil menunggu Nisaa' melunaskan apa yang patut...Chah ada dapat poster kump. Saujana, juga dengan belas ihsan dari Nisaa' yang sudi ambilkan untuk kawan2- nya. Boleh laa kan, walau pun tak boleh nak jumpa ngan diorang.....emmm, takda rezeki lagi laa kot.

Tak nak salahkan sesiapa. Tak bagus sangat kala
u asyik nak salahkan orang lain. Umat Islam sendiri juga op...


Di sana, Chah ada dengar lagu Patah Hati, emm...boleh tahan laa. Lirik biasa jeh, khusus untuk yang selalu dipatahkan hatinya, boleh laa nak cuba dengar sama- sama.

Kau Tidak Seperti Dulu
Yang Ku Kenali Dulu
Sudah Hilang Seri
Manakah Manisnya

Kau Tidak Seperti Dulu
Yang Ku Kenali Dulu
Madah Tak Berlagu
Manakah Girangnya

Patah Hati...
Jangan Terdampar Sepi
Jangan Tersungkur Mati

Patah Hati...
Jangan Leburkan Mimpi
Jangan Memakan Diri

Kau Tidak Seperti Dulu
Yang Ku Kenali Dulu
Madah Tak Berlagu
Manakah Girangnya

Patah Hati...
Jangan Terdampar Sepi
Jangan Tersungkur Mati

Patah Hati...
Jangan Leburkan Mimpi
Jangan Memakan Diri

Patah Hati...
Jangan Terdampar Sepi
Jangan Tersungkur Mati

Patah Hati...
Jangan Leburkan Mimpi
Jangan Memakan Diri

Bukankah Tuhan Ciptakan Malam
Untuk Beradu Menanti Siang
Bukankah Tuhan Titiskan Hujan
Menanti Limpah Kemarau Panjang

Patah Hati...
Jangan Terdampar Sepi
Jangan Tersungkur Mati

Patah Hati...
Jangan Leburkan Mimpi
Jangan Memakan Diri...

Ada lagi lagu2 lain yang ada. Tapi yang sedap dengar lagu Nota Cinta dengan Patah Hati.

Semoga liriknya bermanfaat untuk semua..harapnya begitu, bukan senang nak mengajak sesama kita berbuat kebaikan kan


Sunday, February 21, 2010

Cinta Kampus : Matlamat Halalkan Cara

CINTA KAMPUS : MATLAMAT HALALKAN CARA.

Matlamat salah cuba menghalalkan cara.


Melalui hidup sebagai remaja, hidup di universiti yang berjauhan daripada ibu bapa, sedikit sebanyak, tempiasnya akan terkena juga. Terlalu banyak dugaan dalam cinta siswa siswi dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri. Kehidupan di kampus yang jauh daripada pengawasan keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan ajakan nafsu.

Bagi mereka yang sudah terjebak, bukan mudah untuk membuat keputusan yang rasional di saat emosi dan perasaan sedang berkecamuk. Kalau ambil keputusan untuk berpisah, adakah masih ada lelaki lain yang seperti dia? Kalau diteruskan hubungan ini, sanggupkah aku menanggung dosanya?

" Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit daripada dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, Allah Taala akan permudahkan jalan itu."

Inilah dunia sekarang yang penuh dengan kekeliruan dan jauh daripada penghayatan Islam sebenar. Masing-masing menggunakan agama sebagai pasport untuk membuat kebaikan daripada kaca mata mereka sendiri bukannya apa yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasul.

Walaupun pada awalnya kita berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tapi mudah sungguh syaitan dan nafsu memesongkan niat suci itu dalam pelbagai cara yang cukup kreatif. Rasanya ramai remaja merasakan perlu kepada teman lelaki atau perempuan yang berlainan jantina merupakan satu ‘keperluan’ untuk rasa sempurna.

Sememangnya manusia lebih terdedah kepada kebaikan yang adakalanya mengaburi mata mereka, walhal perkara itulah sebenarnya yang mengundang malapetaka buat diri mereka sendiri. Begitu payahnya kita mahu membezakan perkara yang baik dan yang benar-benar baik. Apabila kita sudah terhantuk barulah kita baru terngandah itulah sebenarnya kesilapan.

Mereka tahu mereka hidup dalam dosa dan kesalahan, cuma yang penulis tidak faham bagaimana mereka boleh rasa sayang untuk lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud. Bagaimana mereka memandang dan menilai kebaikan?



MATLAMAT HALALKAN CARA

Penulis rasa gusar memandangkan beberapa kes yang banyak berlaku di kalangan mereka ingin membawa Islam, tetapi akhlak pergaulan muslimah dan muslimin tidak dijaga.

Hanya berbekalkan perkataan yang berbentuk perbincangan, jihad, tazkirah, dan mengejutkan untuk ber-tahajjud, sinonim dengan perbincangan berbau Islam mereka anggap hubungan mereka ini sudah diredhai walaupun hanya sekadar bertelefon, sms, e-mail dengan luahan perasaan cinta masing-masing.

Tambahan lagi pengaruh nasyid temporari kini yang hangat mengutarakan lagu cinta sesama muslim menjadi penghangat cinta bagi mereka yang menghalalkan cara.

Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikkan di dalam dosa itu, dan amat jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikkan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilakukan. Memanglah alam remaja, teramat indah jika ada orang lain yang sentiasa caring ke atas kita, tetapi percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan dan keburukan pasangan masing-masing.

Bila anak-anak sudah bertambah dan kesibukan hidup pun juga bertambah, hilanglah segala impian-impian dan angan-angan terdahulu.

Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat ber-couple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah Taala bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah Taala. Rumahtangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai.

Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya.

Muhasabahlah kalian.

HAYATI AJARAN ISLAM SEBENAR

Kita bincang pasal manusia, naluri manusia suka dicintai dan mencintai, hati pula kalau sentiasa senang akan menjadi bosan tapi kalau sentiasa susah hati akan menjadi rawan, nafsu adalah kelemahan manusia.

" Barang siapa berjaya menundukkan nafsu, martabatnya akan menyaingi malaikat, kalau ditundukkan oleh nafsu akan turun lebih rendah daripada binatang."

Memang susah mengubah seorang musuh menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat, memadamkan kemarahan hati dan merubah muka marah dengan senyum, memberi maaf kesalahan sehingga udara yang tadinya mendung menjadi terang benderang. Memang susah melakukan itu, dan ini hanyalah pekerjaan orang yang berhati waja, mempunyai kemahuan yang besar dan bercita-cita mulia.

Namun sedar atau tidak, taqwa kepada Allah Taala adalah yang perlu ditekankan. Betapa beratnya balasannya andai kita tersilap langkah dan akhirnya terjerumus ke arah maksiat yang pastinya kita semua maklum tentang balasan Tuhan.

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ


Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” al-Ankabut (29:69)

Usahlah berlengah lagi untuk berhijrah, andai sudah terdetik dalam hati bahawa perlakuan kalian buat ini adalah salah dan dilaknat Allah Taala, segeralah berhijrah kerana teramat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah Taala datang untuk menegur kita dan kita pula tidak mengendahkannya, kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita.

Perlakuan matlamat menghalalkan cara mengelabui mata.

Perintah itu wajib.

Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan. Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin. Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang.

Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah Taala serahkan kita kepada manusia.

Pesanan penaja : Ok. Kata-kata di atas adalah nukilan hati dari Tuan Mohd Reza sendiri. Saya cuma nak sampaikan saja...Chah pun masih jahil tentang ini. Yang terbaik bagi kita, pandai2 la bawa diri yee....Jangan sampai menyesal udah laa.